Saturday 13 November 2021

Santai Petang Bersama Keluarga

AHAD | 31.10.2021

Semasa balik kampung di Pontian tempohari, sempatlah saya bertemu dan berkumpul bersama ahli keluarga lain. Kali terakhir kami berkumpul ramai-ramai pada bulan Julai 2020, iaitu sewaktu menyambut Hari Raya Aidiladha. Sudah lebih setahun berlalu.

Kami kumpul mana yang ada sajalah, tak dapat nak kumpul keluarga 9 beradik. Tak buat persiapan beria pun, cukup sekadar ada hidangan ringkas. Sambil berbual, sambil makan-makan. Pertemuan santai. Yang penting dapat bersua muka dan bertukar cerita. Juga buat kali pertama sebahagian daripada kami dapat bertemu dengan ahli keluarga baru, iaitu isteri kepada anak saudara saya yang bernikah pada penghujung Disember 2020 lalu. 

Roti Jala ni saya tempah je, buat carian di Facebook. Sangat berpuas hati, sedap Roti Jala dan kuah karinya. 

Cheese Tart yang ceria dan sedap ni pun hasil buat carian di Facebook. Tempah juga Cheese Tart perisa buah.

Kek Pisang dibuat oleh salah seorang kakak saya. Sedap bila tergigit coklat tu.

Kata santai je kan…ginilah rupanya 😂. Orang dewasa berbual sambil makan, yang kecik sibuk main dan berebut mainan. Bersepah gini. Selain makanan di atas, ada yang bawa bihun goreng dan pelbagai jajan.

Kami berkumpul di luar rumah je, ruang terbuka dan lebih seronok dapat angin petang. Alhamdulillah cuaca redup je, tak hujan dan tak panas. Mula selepas Asar dan bersurai sebelum Maghrib. Walaupun sekejap dan ringkas begini, tapi cukup puas hati dan seronok! Nampak Mak tersenyum lebar dan seronok dapat berkumpul dengan anak-anak dan cucu-cucu. Yang jauh di luar Johor kami sempat buat video call, termasuklah yang tinggal di Sarawak.

Alhamdulillah. Semoga Allah beri kesempatan seterusnya untuk kami (juga kita semua) agar dapat berkumpul dengan seluruh ahli keluarga.

11 comments:

  1. alhamdulillah
    seronok dpt kumpul adikberadik
    mak paling bahagia lihat ank2nya
    rinduuu jga suasana camni

    ReplyDelete
  2. wahh sonoknyee kumpul ramai2 sedara mara.. 😅

    ReplyDelete
  3. Berkumpul macam ni hidang ala kadar pun tak mengapa. Asalkan seronok berjumpa dan bersembang.

    ReplyDelete
  4. Amboi! Beremosi pulak cheese tart tu!

    ReplyDelete
  5. Cantik rupa tart. Macam-macam emoji. Gigih tukang buat hias.
    Hehe nampak biru di luar rumah.

    ReplyDelete
  6. bestnya kak... seronok kan dapat kumpul memacam cerita keluar.... dana aritu walaupun 5 beradik je tapi kerjanya gelak je, adik 2 orang dah mula kerja sanggup ambil cuti hari jumaat sebab kami ada di kampung... tak puas duduk 4 hari di kampung

    ReplyDelete
  7. seronok berkumpul bila dah lama x bersua..cantik roti jalanya..sekata je bentuknya..

    ReplyDelete
  8. Seronok jumpa begini walaupun sekejap. Perut kenyang, hati senang

    ReplyDelete
  9. aida pun ari tu, dpt 2-3 kali berkumpul adik beradik.
    kebetulan, anak buah asben kawin. bestnya lah.
    lebih setengah tahun kami tersadai sorang di melaka, tak berjumpa keluarga.
    bila berjumpa, riang ria tak terkata lah!
    melepas rindu dendam kat emak abah :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****