Wednesday 17 November 2021

Ceri Terengganu

Sambungan entri BUAH APA NI?, ada beberapa nama pokok buah yang disebut oleh sahabat blogger. Berdasarkan nama-nama pokok buah tersebut, saya buat carian internet dan padankan dengan gambar yang saya ada.

Hasilnya, komen blogger Dana yang menyebut Ceri Terengganu paling menepati jawapan yang dicari. Terima kasih Dana dan semua yang memberi idea nama pokok buah ni. Sebelum ni saya betul-betul tak ada idea nak buat carian nama apa.

————————————————
 norhidana 17 November 2021 at 07:39
“kalau dah masak warna merah maroon ye kak? kalau tak silap dana pernah baca, di panggil pokok ceri terengganu atau ada juga panggil buah rokam...”
———————————————————

Ini gambar yang dirakam oleh saya, buah warna kemerah-merah. Belum masak.

Ini pula gambar yang diperolehi hasil carian internet. Gambar milik indahnyatrg.blogspot.com. Sepadan bentuk daun dan buahnya. Cuma dalam gambar ni, buah sudah masak berwarna merah tua. Jemput baca info lanjut mengenai buah yang menarik ini di blog beliau DI SINI.


Info ringkas pokok Ceri Terengganu (sumber wikipedia) :
  • Pokok Ceri Terengganu atau juga dikenali sebagai pokok Johor atau pokok Perupuk memiliki nama saintifik Lepisanthes alata.
  • Buah Ceri Terengganu bergugus-gugus seperti buah anggur. Kulitnya amat menarik seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini bergantungan pada dahan dan ranting kecil. 
  • Banyak ditanam di Terengganu dan Johor. Di Johor, buah ini juga disebut kelelek atau gegelek.
  • Berbuah di sepanjang tahun. Buahnya yang menarik tersusun bergugusan pada tangkai yang panjang dan setiap tangkai mempunyai sehingga 20 biji buah yang warna merah gelap dan berkilat. Saiz buahnya antara 2 cm hingga 3 cm, berbentuk bulat dan tajam di bahagian hujungnya dan setiap buah mempunyai satu hingga tiga biji. Isi buahnya manis dan sedikit kelat.

Pokok Ceri Terengganu dikategorikan sebagai pokok buah nadir (jarang ditemui dan tidak ditanam secara komersial). Patutlah saya langsung tak kenal dan tak pernah jumpa. Nampaknya memang betul inilah buah yang pernah suami saya makan semasa zaman kanak-kanaknya di Batu Pahat, Johor. Bila buahnya masak, memang ada rupa seperti bawang (suami panggil ‘buah bawang’).

Kalau sesiapa ada info tambahan atau kisah masa lalu (seperti suami saya) yang berkaitan pokok Ceri Terengganu ni bolehlah kongsikannya di ruangan komen ya.




.

23 comments:

  1. ooo..pertama kali dgr buah ni..teringin lak nak rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa buat carian internet, nampak ada jugak orang menjual buah ni 😀

      Delete
  2. Replies
    1. Pasal Rokam ni saya tak dapat nak pastikan. Bila buat carian, gambar daun & buah rokam tak sama dengan ceri terengganu ni.

      Delete
  3. wak pon xtau nama buah cheri terengganu ni 😅

    ReplyDelete
  4. Tambah pengetahuan baru untuk saya. Nama rokam pernah dengar juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..kalau rokam pernah jugak dengar. Tapi saya tak dapat pastikan rokam tu sama atau tak dengan ceri terengganu. Sebab bila search gambar rokam, tak serupa ceri terengganu. Atau mungkin panggilan berbeza ikut tempat.

      Delete
  5. kita yang orang johor pun tak kenal ye kak... hehehhe
    dana suka baca pasal buah nadir dan kalau jumpa teringin nak rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..padahal pokok tu banyak kat Terengganu dan Johor..haha
      Kalau Dana jenjalan lajak ke arah Tg Piai, boleh singgah rumah Mak akak ambik buah ni.

      Delete
  6. DApat ilmu baharu hari ni.... TQTQ

    ReplyDelete
  7. Tak pernah dengar ceri Terengganu tapi rokam pernah rupa buah tak tahu hehehee...
    Terima kasih atas perkongsian. Kategori buah nadir kira macam buah hutan la kan macam buah tampoi, buah nipah tu tapi ada je orang jual cuma tak meluas.

    ReplyDelete
  8. Ohh pokok ceri Terengganu @ ceri Johor. Selama membesar di Johor tak pernah nampak pulak. Mungkin sebab dia pokok nadir, rare susah nak jumpa. mungkin di beberapa daerah je kot yang ada. Apapun terima kasih share info ni kak. kot terjumpa buah ni tak lah pelik sebab dah tahu sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak akak yang tak pernah duduk luar Johor pun tak pernah jumpa pokok buah ni 😄
      Apa lagi la kita kan..

      Delete
  9. ohh
    yg gambar mula2 tu mcm buah putat, buat ulam. sedapp ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pastilah kalau memang buah yang sama, tapi nama panggilan berbeza ikut tempat.

      Delete
  10. Kalau dapat tanam pokok ni bagus juga ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Wak ada ke arah Kukup, boleh singgah ambil keratannya di rumah mak saya.

      Delete
  11. First time ccl tahu ceri terengganu ni . Seakan anggur kalau dilihat dri segi gugusan

    ReplyDelete
  12. Sha pun baru pertama kali tengok dan tahu..
    TQ untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  13. tq for perkongsian ni.
    kalau tak baca ni, aida tak tahu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****