Wednesday 20 January 2021

Pokok Buah Tin di Tingkat 16

Kalau ikut rancangan asal, memang tak mau menanam apa-apa pokok di balkoni rumah PP ni. Tapi tiba-tiba suami saya ni berminat pulak nak cuba menanam pokok tin. Sambil melawat ladang pokok tin (atas urusan kerja), suami terus beli dua varieti pokok tin.

Masa beli tu, pokok pertama dengan saiz yang lebih kecil dan mempunyai 8 biji buah. Manakala pokok kedua dengan saiz yang lebih tinggi, tak ada sebarang buah.

Gambar-gambar di bawah ni adalah gambar pokok tin yang kedua. Excited tengok pokok ni daripada tak ada buah, sehinggalah muncul beberapa biji buah dan seterusnya membesar. Ada juga buah yang gugur sebelum membesar.

Buah pertama yang mula bertukar ke warna merah.

Selepas 3 hari, warna buah hampir sepenuhnya bertukar merah. Cantik! Buah yang di atas dan bawah pun dah bertukar warna. Saiz buah pokok tin kedua ni lebih besar sikit berbanding buah daripada pokok yang pertama.

Ada 4 biji buah je yang kekal membesar. Syukur, ada jugak rezeki.

Sehari kemudian, buah tin dah merah sepenuhnya dan tangkai jatuh ke bawah. Dah boleh petik.

Rupa isi buah tin yang dipetik tadi. Emm...macam kurang menarik. Tak pasti sama ada varieti ni memang gini rupanya, atau ada kekurangan penjagaan. Rasanya? Tak tawar dan taklah manis, macam rasa lemak-lemak.

Ini pulak gambar buah tin dari pokok pertama (yang masa beli memang dah ada buah tu). Buah dari pokok pertama ni sangatlah kecil dan jenis masak hijau. Disebabkan buah ni jenis masak hijau, jadi susah nak tau bila boleh dipetik. Tau tau je dah bergolek jatuh buahnya. Bila dipotong, barulah nampak isi dalam yang dah masak. Cantik isi dalamnya. Berbau sedikit harum/manis.

Alhamdulillah...dapat jugak merasa buah tin pokok sendiri. Walaupun tak besar dan banyak, tapi bolehlah buat ambil pengalaman. Mungkin kena buat sesuatu (tapi tak tau apa...haha) untuk bagi pokok-pokok tin ni menghasilkan buah yang lebih besar dan banyak.

Saya catat di sini sebagai kenangan, kot la dia tak mau berbuah lagi kan...uhh.



12 comments:

  1. Menjadi buah! Kena bagi manis.

    ReplyDelete
  2. Bestnya tanam pokok tin. Elok pulak tu buahnya dan pokok sihat tak ada musuhnya. Tak ingat dah rasa buah tin macamana.

    ReplyDelete
  3. lumayan tu berbudi pd bumi walopon dok tingkat atas.. 😎😎😎

    ReplyDelete
  4. waaa menjadi!!!! bestnya..xada alasan duduk rumah tingkat takleh tanam buah kan

    ReplyDelete
  5. kalau rajin, duk di kayangan pun akan menanam kan... semoga pokok buah tin mengeluarkan banyak hasil lagi lepas ni

    ReplyDelete
  6. wow...gebu... pokok pokok saya kat rumah ni asyik kena serangan ulat dan kulat je... patah hati rasanya

    ReplyDelete
  7. sedapnyaa... pokok buah tin nina mati sbb terdedah dgn terik matahari

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya menjadiii!!!

    Hehe duduk tingkat atas kalau ada balkoni boleh main tanam-tanam. Bila ada hasil rasa happy je...

    ReplyDelete
  9. pertama kali dgr lah kak ujie..pokok dan buah ni ^^

    ReplyDelete
  10. bestnya..buah tin fresh dari pokok..Alhamdulillah, menjadi tanaman..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****