Saturday, 9 January 2021

Dapat Hadiah ‘Top 10 Ejen Dropship Buku JT’ untuk Disember 2020

JADI EJEN DROPSHIP JUAL BUKU
Saya mula mendaftar untuk jadi ejen dropship buku Jejak Tarbiah (JT) sekitar bulan Oktober 2019. Tujuannya supaya saya dapat membeli buku untuk diri sendiri dengan harga diskaun ejen πŸ˜€.

Namun akhirnya pada bulan Mei 2020, saya mulai fokus untuk menjual melalui Instagram (buat satu akaun khas untuk menjual). Sejak tu bermulalah kerja-kerja mempromosi buku hampir setiap hari di Instagram, status WhatsApp dan juga di grup-grup jual-beli buku di Facebook. Bukan kerja mudah, apa lagi ini pertama kali saya beralih arah ke dunia perbukuan (sebelum ni saya reseller tudung). Jual buku nampaknya tak ‘selaju’ jual tudung, memang seksa juga saya nak mendapatkan pembeli. Tapi, usaha tetap dilakukan hari demi hari.


GIVEAWAY UNTUK ‘TOP 10 EJEN DROPSHIP’
Menariknya di JT, setiap bulan akan ada ganjaran hadiah barangan (barang berbeza setiap bulan) untuk 10 ejen dropship dengan jualan buku paling banyak. Tentunya hadiah bukanlah matlamat para ejen, tapi bila ada hadiah dan senarai ‘top 10’ ni kita jadi bertambah semangat menjual. Duit komisyen dapat, hadiah pun dapat!

Setiap awal bulan biasanya pihak JT akan keluarkan poster hadiah yang bakal diberikan. Ni poster untuk bulan Disember 2020.

AKHIRNYA...

Alhamdulillah 🀩! Seronok rasanya bila tengok nama sendiri ada dalam senarai di atas. Maklumlah, baru pertama kali merasa masuk senarai ‘Top 10’ setelah berbulan lama aktif menjual.

Hari Khamis petang sampailah hadiah untuk saya. Tempat ke-7 dapat headphone mic. Kebetulan saya belum ada benda gini, jadinya memang sesuai sangatlah dapat.

Sebenarnya, saya ada sedikit rasa sedih bila jualan bulan Disember saya tak mencapai sasaran yang saya tetapkan sendiri. Dapatlah menjual 53 buah buku dengan nilai jualan sebanyak RM1,076.25 (nilai jualan agak rendah sebab ada diskaun 15% - 50% sempena jualan akhir tahun). Tapi lepas tu jadi gembira semula bila berjaya jugak masuk senarai. Menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menyebarkan buku di kalangan masyarakat.

Pihak JT juga buat bayaran komisyen kepada ejen secara tetap pada/sebelum 5 hb. setiap bulan, tanpa ada nilai minima. Itu yang bagus. Alhamdulillah duit komisyen bulan Disember pun saya dah terima pada 4 hb. lalu, dapatlah RM296.45. Tak perlu pegang stok, tak ada risiko kerugian, tak perlu buat kerja membungkus dan mengepos...ok sangat bagi saya. Ada ejen lain yang mampu meraih komisyen sehingga RM1,000, memang hebat!

*Saya catat di sini dengan agak terperinci untuk rujukan sendiri pada masa akan datang.


11 comments:

  1. Alhamdulillah rezeki dapat headphone tu. Semoga tiap bulan awak dapat top 10. Amiin, insyaAllah :)

    ReplyDelete
  2. Hadiah semua menarik dan belum ada lagi.
    Alhamdulillah, seronoknya. Bagi saya apabila terima bungkusan hati melonjak naik.
    Harap ada lagi rezeki Puan Ujie untuk menang hadiah lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul NA, asalkan dapat hadiah...memang rasa seronok :)

      Delete
  3. Tahniah.. moga bertambah lagi jualannya..

    ReplyDelete
  4. fancynya hadiah!!!!! congratulations k

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Tahniah kak, dapat komisyen dan juga hadiah :) Moga lepas ni lagi luas rezeki akak. Aaminn

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****