Judul : TERKAITNYA KITA
Penulis : Syaz Eym
Penerbit : Syihabudin Press
Tahun terbit : 2020
Jumlah muka surat : 132
Harga : RM20
Buku Terkaitnya Kita ni sangat istimewa bagi saya, kerana ia merupakan hadiah dari penulisnya iaitu sahabat blogger Syaz. Buku ni saya terima pada hari Rabu minggu lepas, dalam satu bungkusan berwarna pink. Warna yang menarik. Terima kasih Syaz ❤️
Sesuai dengan tajuk Terkaitnya Kita, naskhah ini membawakan 13 buah cerita pendek yang mana sebenarnya ia saling berkaitan. Walaupun ia saling berkaitan, tetapi setiap cerita pendek membawa isu yang berbeza. Saya kagum dengan penulis Syaz Eym yang bijak mengolah dan menyusun setiap cerita, sehingga kita langsung tak rasa bosan membaca dari awal hingga ke akhir kulit buku.
Membaca cerpen pertama saja dah membuat saya tepuk dahi! Cerpen bertajuk Hatiku Ada Kamu benar-benar berjaya menipu saya selaku pembaca. Juga membuat saya ketawa kecil sendiri. Kenapa? Itu kenalah baca sendiri...hehe.
Cerpen bertajuk Jun pula mengangkat isu yang agak berat - penderaan domestik. Penulis menyedarkan kita betapa perlunya sokongan orang sekeliling dalam membantu mereka yang didera. Juga menyedarkan pentingnya seseorang itu keluar dari perkahwinan toksik.
Antara yang memberi kesan di hati, cerpen bertajuk Selesai. Kisah kasih sayang seorang kakak yang menjaga adiknya seorang penghidap kanser. Lain yang kita jangkakan, rupanya lain yang terjadi.
Cerpen bertajuk Pesona Fitra pula membuatkan saya tak tahu nak rasa bagaimana. Entah nak rasa kasihan pada Fitra Maziyah, atau nak rasa lucu atau kasihan dengan kesilapan Muhib?
Pendek kata, setiap cerpen membawa rasa yang berbeza. Juga banyak pengajaran yang boleh kita ambil daripada setiap cerita.
Tahniah kepada Syaz Eym yang berjaya membawa setiap cerita dengan baik, seronok dibaca, penuh dengan pengajaran dan paling utama ia membawa kita kepada Allah. Memetik kata-kata nota kaki penulis, “...kita merancang, Allah jua merancang. Dan ternyata perancangan Dia jualah yang lebih baik dari segalanya.”
Bagi yang nak mendapatkan naskhah Terkaitnya Kita, boleh klik DI SINI. E-cerpen oleh Syaz juga boleh baca DI SINI.
“Jangan lokek untuk membantu orang, kerana mungkin Allah menjawab doa hamba-Nya yang lain, melalui kita” - halaman 46, Terkaitnya Kita
Novel yang sangat menarik dan ada pengajarannya. Suka baca gaya penulisan Kak Syaz.
ReplyDeleteYa membantu ikut kemampuan.
ReplyDeleteAlhamdulillah kak ujie, terima kasih atas review ini. Syukur akak suka jalan ceritanya ��
ReplyDeletekan...unik sangat buku ni
ReplyDeleteTahniah Syaz Eym
ReplyDeleteTeruslah berkarya
kak syaz punya cerpen wajib baca ! sbb best and mmg terkait dgn kita :)
ReplyDeleteMenarik juga ni. Selalu baca blog Syaz, novel tak pernah lagi
ReplyDeleteTahniah syaz! teruskan menulis tanpa henti! :)
ReplyDeletekak ujie! shida pn dpt buku ni dr sahabat blogger sya, blm habis membaca lg :)