Kisah bermula apabila saya membeli setin Rendang Daging Adabi pada tahun lepas. Kononnya nak bawa pergi berkhemah, mudah tak perlu memasak beria. Panaskan saja, dah boleh makan.
Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang nampaknya bersambung-sambung di PP ni, saya ambil keputusan nak makan jelah dulu rendang tersebut. Nak merasa.
Buka tin, tuang isi ke dalam periuk dan panaskan. Bau memang sedap! Sesekali saya kacau-kacau rendang tersebut supaya tak hangus. Masa mengacau...eh, macam kentang je semua ni, tapi tak mungkinlah! Jenama ADABI kot (baca : menafikan apa dilihat).
Kenyataannya, rendang daging tersebut cuma mengandungi sepotong kecil daging dan secebis lelemak. Ketulan kentang je yang banyak. Ini rendang kentang!
Saya salurkan rasa kecewa (maaf kalau macam agak garang bahasa saya) kepada pihak ADABI, dengan harapan mereka ambil maklum dan atasi perkara ini untuk masa akan datang. Tak sangka, pantas juga mereka jawab mesej saya. Saya diminta buat aduan mengikut format diberi dan saya sertakan gambar tin yang tertera tarikh luput produk (untuk rujukan mereka).
Selepas itu, ada wakil syarikat yang menghubungi saya untuk menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan apa yang berlaku. Menurutnya, proses mengisi dibuat secara manual oleh pekerja dan dah ditetapkan berapa banyak daging dan kentang perlu diisi dalam setiap tin. Maksudnya, berkemungkinan pekerja melakukan kesilapan semasa mengisi. Lupa pulak saya nak tanya, sepatutnya berapa banyak daging dalam setiap tin tu kan...hehe.
Kejutan buat saya! Pada 21 hb. lalu, wakil ADABI datang ke rumah dan memberikan bungkusan bakul hadiah ni. Bagus cara mereka ni kan, bukan sekadar kata-kata maaf saja diberi. Memang sejuk hati sungguh kalau gini.
Produk ADABI dalam bungkusan bakul hadiah tadi. Memang berguna semuanya, dan ada yang dah habis guna pun...hehe.
Alhamdulillah...rezeki yang tak dijangka di kala PKP 2.0. Terima kasih ADABI!
Rezeki dapat satu hamper Adabi ni. Rasa tertipu kalau isinya kentang, daging seciput. Bagus juga akak buat aduan tu.
ReplyDeleteWah sekali dapat banyak.
ReplyDeleteBagus juga beri tindakbalas segera.
Alhamdulillah rezeki
ReplyDeletewaaaa! rezeki.. kadang2 feedback customer penting kan... ada stgh org mcm ah lantak la tak yah beli dah.. tapi akak buat ni bgos juga..utk product diorg juga kan
ReplyDeleteAkak suka kebanyakkan produk Adabi, jadi rasa macam terkilan...kenapa laa daging ciput sangat, rasa dah sedap! Tu yang nak mengadu jugak..haha
Deletewahh..rezeki, Alhamdulillah..
ReplyDeletealhamdulillah rejeki pkp tuuh.. bagusla dorg nk jaga nama brand
ReplyDeleteWah! tengok..rezeki kak ujie..ALhamdulillah!
ReplyDelete