Tuesday, 12 January 2021

Cabut Geraham Bongsu Menjelang PKP

Esok, berkuatkuasa 13 Januari 2021 bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 8 buah negeri selama 14 hari. Ia termasuklah negeri tempat saya menetap sekarang, Pulau Pinang.

Bila dikenakan PKP ni, pergerakan terhad dalam 10 km radius sahaja. Saya pulak nak ke klinik gigi yang terletak kira-kira 16 km dari rumah. Jadinya untuk mengelakkan sebarang kesukaran, temujanji hari Sabtu saya awalkan kepada petang tadi.


TIGA KALI AMBIL SUHU
Sampai je di klinik, staf klinik ambil suhu badan saya. Tinggi. Saya diminta duduk, nanti ambil suhu lagi. Mungkin sebab duduk dalam kereta agak lama dengan pancaran matahari terik di luar. Tadi dari rumah bukan terus ke klinik, kami menyinggah ke tempat lain sekejap. Suami selesaikan urusannya, sementara saya duduk menunggu dalam kereta.

Bila ambil bacaan kali ke-2, masih tinggi. Staf bagitau, kalau kali ke-3 masih tinggi tak dapatlah saya buat rawatan hari ini. Hmm...saya dah mula risau. Tiba-tiba terfikir nak kipaskan muka biar cepat sejuk. Saya pun mintak staf tadi on kipas dinding (entah mana kedudukan suisnya). Lepas tu saya pun berdiri la ngadap kipas tu dalam 5 minit. Haha! Takde pesakit lain pun, tak segan.

Lepas 5 minit, staf panggil lagi untuk ambil bacaan kali ke-3. Alhamdulillah dah ok! Pheww...lega tau. Bolehlah teruskan rawatan.


CABUT GERAHAM BONGSU 
Kali pertama datang pada minggu lepas, doktor periksa gigi saya yang sakit (sebenarnya sakit gusi). Doktor sarankan gigi geraham bongsu dicabut sebab ada jangkitan (masalah gusi). Sebelum dicabut, saya perlu makan pil antibiotik selama 5 hari dan dibekalkan juga pil tahan sakit. Lepas hilang sakit, baru boleh datang semula untuk dicabut. Kalau tak mau cabut? Ha...akan berulanglah sakitnya. Seksa tau!

Sebelum cabut gigi, doktor beri suntikan bius (saya kira-kira ada 4 suntikan). Saya pejam mata, tak nampak jarum ke apa pun. Penakut nak tengok...haha! Lepas dah rasa kebas, doktor pun mulakan operasi mencabut. Sepanjang masa memang saya tak henti berzikir dalam hati ربي يسر ولا تعسر (Rabbi Yassir Wala Tu’assir ), semoga Allah permudahkan doktor mencabut gigi saya.

Alhamdulillah...gigi geraham bongsu sebelah bawah kiri selamat dicabut dalam tempoh sekitar 10 minit berada dalam bilik doktor. Doktor tunjukkan gigi yang dicabut dan beri penerangan ringkas. Takde rasa sakit pun masa cabut, cuma rasa sakit sikit masa suntikan bius.


Dapat pil tahan sakit, kain kasa (gauze) dan gigi yang dah dicabut tadi. Hehe...pertama kali kot, saya cabut  gigi ditanya nak bawa balik gigi tak? Mula-mula saya geleng, lepas tu...eh, bolehlah! Tapi sampai sekarang saya tak buka tengok, ngeri pulak. Esoklah.

Keseluruhannya, saya puas hati dengan servis di klinik gigi ni. Kadar caj dikenakan RM100 untuk cabut gigi geraham bongsu saya tadi. Tapi bab harga ni berbezalah ya, kalau kena buat pembedahan kecil lebih tinggi caj.

Lega sangat bila dah jumpa klinik gigi yang kita rasa ‘ngam’ dengan kita. Bagi yang berdekatan dan nak doktor gigi perempuan, bolehlah cuba rawatan di klinik ni.


KLINIK PERGIGIAN DESA MURNI
Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Waktu operasi :  Isnin - Sabtu (9 pagi - 6 petang)
Facebook : Klinik Pergigian Desa Murni
Pertanyaan/temujanji : 019-987 7502



12 comments:

  1. Teringat saya pernah juga pembedahan kecil masa cabut gigi. Lambat juga benang nak tanggal masa tu hehe

    ReplyDelete
  2. Nasib baik apabila cabut sudah tidak sakit.
    Tiada komplikasi lepas cabut kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah takde komplikasi.
      Sekarang cuma sakit kesan luka gusi dicabut. Tak terlalu seksa macam sakit gusi.

      Delete
  3. nasibla ok kalau idok lps PKP lah baru dapat cabut ye kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun kalau PKP 14 hari, kot dibuat sambung lagi..haru jugak.

      Delete
  4. Lega kan bila dah cabut, tak sakit langsung dah skrg ni?

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.
    Dapat bayangkan time sakit gigi, semua serba tak kena.
    Dah cabut, seribu syukur!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..lega bila dah cabut gigi ni. kalau operate lagi seram dan ambil masa sikit macam saya dulu. Seram dia nak tahu nak kata tapi beranikan diri jugaklah.

    ReplyDelete
  7. Sekejapnya 10 minit. Saya dulu hampir setengah jam nak buang geraham bongsu. Alhamdulillah sekarang dah lega. Semoga cepat sembuh ye

    ReplyDelete
  8. Nasib kalai ke 3 okay suhunya kak ujie..tp mmg betul kalau suhu masih tgi semua urusan xboleh buat lagi2 yg jenis nk berurusan di kaunter kan huhuu.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Mesti lega bila dah cabut kan..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****