Sunday, 31 January 2021

Kedai Ikan GST

Ini bukanlah cerita pasal GST cukai tu, tapi nama syarikat tempat saya selalu beli ikan di PP ni. Seorang  kawan sekerja suami yang bagitau kewujudan kedai ni. Terletak kira-kira 5 km je dari rumah kami, tak jauh.

GST merujuk kepada nama pemilik syarikat, Goh Siong Tee yang memiliki rangkaian syarikat GST Group. Syarikat ni merupakan pemborong, pembekal hasil laut dan turut mempunyai ladang ternakan ikannya sendiri.

Pemandangan dari luar kedai. Kedai ni terletak di kawasan perindustrian, tak ada kawasan parkir khas. Itu jelah agak leceh sikit, nak cari tempat parkir kereta yang selamat. Kawasan perindustrian banyak lori keluar masuk.

Ni gambar pagi semalam, pemandangan bahagian dalam kedai. Dah beberapa kali saya beli di sini sejak tau kedai ni. Suka beli di sini sebab ada banyak pilihan ikan dengan harga yang agak rendah. Dekat pulak dengan rumah, memang mudah!


Kali ni beli 3 jenis ikan - siakap, bawal emas dan jenahak. Pembelian di sini dapat mata ganjaran, cukup 500 mata akan terus tolak RM10 daripada amaun pembelian. Nombor tertera tu pulak untuk kita tunggu giliran ikan dipotong. Siap potong, nanti dia panggillah nombor kita tu.

Ok, sengaja saya catatkan di blog sebagai memori sepanjang menetap di PP ni. Selama ni duduk di rumah NS dan beli ikan di pasar Nilai 3, tak pernah rasa perlu catat di blog pun...hehe.


GST FINE FOODS SDN BHD
Taman IKS, Simpang Ampat, Pulau Pinang.

Waktu Operasi :
Isnin - Sabtu : 7 pagi - 6.30 petang
Ahad : 7 pagi - 2 petang
Tutup pada cuti umum sahaja.


9 comments:

  1. bagus kan mak ada blog leh tulis apa2 utk kenangan masa depan., hehehe

    nmpk bersih je selesa nk beli ikan x mcm kat pasar dgn hiruk pikuk kan mak., ;p

    ReplyDelete
  2. Baguslah ada nombor giliran. Lepas itu ada sistem mata giliran.
    Apapun senang hendak beli ikan segar.

    ReplyDelete
  3. ikan segar, harga reasonable..ada mata ganjaran, mmg berbaloi beli di sini..

    ReplyDelete
  4. Wah, beli ikan pun dapat mata ganjaran. Bagus strategi dia.

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan dengan harga berpatutan itu yang jadi lebih bersemangat nak membeli kan.

    ReplyDelete
  6. mata ganjaran dapat,
    mata ikan pun dapat.

    ReplyDelete
  7. Bagusnya siap ada points reward lagi. Banyak pilihan tu yang suka datang membeli selalu. Harga pun berpatutan lagi tu.

    ReplyDelete
  8. Ingat beli ade GST hahaa..baguslah tokey kedai buat lagutu..cara dia tarik pelanggan utk dtg lagi beli ikan :)

    ReplyDelete
  9. mula2 baca tajuk memang ingat kedai tu masih kenakan GST hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****