[ Catatan hari Isnin | 03.08.2020 ]
Semasa dalam perjalanan balik ke rumah di Pulau Pinang (selepas cuti raya haji tempohari), saya sempat berkunjung ke pameran Landak Raya di RTC Gopeng.
Masuk percuma.
Landak Raya diletakkan dalam satu kurungan besar. Nampaknya semua sedang bermalas-malasan. Sedap tidur petang-petang cuaca panas kan...😴
Cantik rupa Landak Raya, durinya warna hitam putih.
Comel je tengok gaya landak ni tidur, kaki lipat belakang 😄
Seekor ni je yang aktif, datang mendekat kat saya.
Close-up sikit rupa Landak Raya.
Selain dapat tengok Landak Raya, kat sini juga ada menjual produk berkaitan Landak Raya. Antaranya duri Landak Raya ni. Harganya RM3 sebatang untuk saiz kecil. Harga berbeza jika beli yang berkotak, sesuai untuk hadiah. Antara kegunaan durinya adalah sebagai batang penunjuk sewaktu membaca al-Quran.
Antara kelebihan duri Landak Raya (rujuk gambar). Tapi bab menghalang makhluk halus tu tak payah percayalah ya, itu khurafat. Kalau ada yang berminat dengan duri ni atau produk lain yang berkaitan, boleh hubungi nama/nombor telefon/alamat tertera pada kotak tu.
Info ringkas Landak Raya :
- Landak Raya (Malayan Porcupine) atau nama saintifiknya Hystrix Brachyura merupakan spesis hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar. Jadinya segala aktiviti membabitkan Landak Raya ni perlu ada permit atau lesen.
- Haiwan yang hidup secara berkumpulan ini mempunyai jangka hayat sehingga lebih 20 tahun.
- Beratnya boleh mencecah melebihi 20 kg.
- Merupakan haiwan yang ‘kuat makan’, mampu menghabiskan 1 kg makanan (terdiri daripada buah, daun kayu dan beberapa jenis makanan lain). Menurut staf di situ, tiada waktu makan khusus untuk Landak Raya. Selagi landak mahu makan, mereka akan beri makanan.
- Duri Landak Raya tidak boleh memanah. Walaupun durinya tajam tapi tak berbisa. Durinya akan gugur dan tumbuh semula dalam tempoh 2 bulan.
Landak Raya dijual mengikut berat, iaitu RM100/kg. Tinggi sungguh harganya! Untuk jualan daging, syarikat ni cuma jual daging yang dah siap masak rendang dengan harga RM50/bekas.
Ada kawan-kawan yang pernah merasa daging Landak Raya?
.
teruk gak kalau beli landak raya ni jadi haiwan belaan...mesti tinggi kos makanan..tak pernah makan daging landak..
ReplyDeleteTu pasal harga jual pun mahal kot, selain landak raya ni kategori haiwan yang hampir pupus.
DeleteNak juga tengok rupa landak dari dekat. Masa kecik2 dulu kalau mengaji kami gunakan bulu landak untuk tunjuk huruf dan ejaan al-Quran.
ReplyDeleteWah..ada jugak pengalaman Amie guna duri landak untuk mengaji.
DeleteSelalu terbayang kalau dekat dengan landak, nanti dia tembak dengan duri dia haha
ReplyDeleteHahaha
DeleteMemang seram bila duri dia kembang, macam nak menembak.
ooo menarik, landak ini lain yek dengan landak yg biasa kt kebun2 tu or hutan?
ReplyDeletedana pernahla makan daging landak dulu kalau ada orang kampung yang dok pasang perangkap landak di kebun kelapa sawit, daging nya agak manis tapi tak sangka lah mahal bebeno
Landak yg kat kebun tu akak pernah jumpa duri warna hitam semua, dan bentuk badan dia tak sama macam landak raya ni.
DeleteKalau tenguk rupa bentuk binatang ni,
ReplyDeletemacam takut nak makan dagingnya.
Landak raya ni ada jual tak UTK dibela
ReplyDeleteAda jual, boleh hubungi syarikat di atas. Info pada gambar kotak.
Delete