Wednesday, 26 August 2020

Asap

SITUASI 1
Di sebuah kedai makan, baru nak menikmati hidangan tiba-tiba terganggu dengan asap rokok. Bila saya lihat keliling, nampak seorang lelaki muda asyik sekali menghembuskan asap berkepul! Kadang-kadang nampak macam sengaja dihembus-hembuskan ke arah dua orang perempuan muda yang duduk semeja. Mungkin kawannya.

Begitulah dari awal saya makan sehingga siap, dia masih asyik melayan rokok elektroniknya sambil mata melekat di skrin telefon. Tak makan pun.

Eh...dia ni lupa atau buat-buat lupa larangan merokok di kedai makan? 😡


SITUASI 2
Di sebuah kedai makan, berhampiran meja saya ada sekumpulan mat salih sedang riuh berborak. Dah siap makan nampaknya. Tiba-tiba bangun seorang daripada mereka, beredar dari kedai makan.

Dia berdiri di satu sudut terasing di bahagian luar kedai dan mula menghisap rokok. Selesai urusan, dia kembali semula ke meja bersama kawan-kawannya.

Entah memang sikapnya begitu, atau hasil didikan peraturan ketat di negara asal. Apa pun, ia sikap yang baik!


SITUASI 3
Di tempat parkir kenderaan Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Lebuhraya Utara Selatan, keluar seorang lelaki dari sebuah kereta mewah. Berdiri berhampiran kereta dan mula menghembuskan asap rokoknya.

Memang dia bukan merokok di kawasan larangan merokok (gerai makan, tandas, laluan berbumbung), tapi tetap juga tak beretika kerana masih berada di tempat orang ramai lalu lalang. Nak merokok jugak? Boleh cari lokasi yang agak terasing, bukan tempat laluan orang ramai.


Merokok di tempat umum

Sama seperti situasi 3, malah lebih teruk...lepas habis merokok terus dicampak puntung rokok ke lantai! Sejenis manusia yang mementingkan diri sendiri. Tak cukup dengan menjejaskan kesihatan orang lain, puntung rokok sendiri pun nak suruh orang lain buangkan!

Semuanya berbalik kepada sikap diri sendiri. Kalau memang tak mampu bebaskan diri dari merokok, teruslah merokok TAPI dengan cara yang baik. Hormati hak orang lain yang nak hidup bebas tanpa asap rokok. Sayangi kawan dan keluarga dengan cara tak menjadikan mereka perokok pasif. Buang sikap pentingkan diri!


—-...bila pemimpin pun tak mampu menghalang diri dari menghembus asap dalam DEWAN RAKYAT, masih layakkah bergelar pemimpin? Mungkin dia masih kekal sebagai Yang Berhormat, tapi rakyat sudah hilang hormat! —







15 comments:

  1. Walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan (seperti larangan merokok di tempat awam dan juga pelbagai kesedaran mengenai bahaya rokok), mereka masih merokok. Masih belum timbul kesedaran bahawa rokok merbahaya bukan hanya untuk mereka, tapi juga orang sekeliling mereka

    ReplyDelete
  2. BENCI betul dana dengan orang seperti situasi 1,3 dan 4 di atas... pentingkan diri sendiri je...
    lagilah Edy tak merokok, bila ke mana-mana ada orang merokok jadi tak selesa dan nak cepat2 balik kalau ke kedai makan bila terbau asap rokok

    ReplyDelete
  3. orang merokok ni susah nak di tegur kak.. kalau tegur kita kena balik..tpi ade juge yg bila kite buat muke ada juga yg paham..tp kebanyakan ny susah nak paham...hehehe

    ReplyDelete
  4. Apa2 pun cubalah untuk tidak merokok, merokok ni banyak yang tak elok dari yang elok nya

    ReplyDelete
  5. wak x isap rokok., wak isap bende lainn., aummm

    ReplyDelete
  6. benda mcm ni penguatkuasaan perlu ada. bukan sekadar buat undang undang tetapi sekadar hebahan di tv dan poster. jgn bagi alasan tidak cukup kakitangan untuk mengadakan penguatkuasaan kerana sebelum undang undang dilaksanakan sepatutnya sudah sedia kesemuanya.

    ReplyDelete
  7. Kalau yang dah ketagih tu, ginilah gayanya.

    ReplyDelete
  8. Dia kata tak sengaja. Habit katanya. Habit kepala lutut dia berjambul lah.. hahha.. singgah sini..
    xo.

    ReplyDelete
  9. Salam, blogwalking here. done follow blog ini. :)

    ReplyDelete
  10. Sikap segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri

    ReplyDelete
  11. Sikap segelintir manusia yang mementingkan diri sendiri

    ReplyDelete
  12. Saya terus rasa macam sesak nafas apabila terhidu bau atau asap rokok! Ya Allah.....

    ReplyDelete
  13. memang masih ada org sebegini ujie..kdg2 mguji kesabaran..nk je kite tegur..tp memandgkan msg2 dah besar pnjg ade akal fikiran..blh fikir baik buruk kan..sabarjelah!

    ReplyDelete
  14. Harap pendidikan Sivik diberikan pada orang begini.
    Harap kita selalu pentingkan kebersihan dan kesihatan diri dan sekitar.

    ReplyDelete
  15. Tak suka betul kalau nak makan ada orang hisap rokok. pentingkan diri betul manusia jenis macam tu.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****