Friday 28 August 2020

Embun Di Hujung Daun

Satu-satunya pokok tanaman yang saya bawa dari rumah di Negeri Sembilan ke rumah sewa di Pulau Pinang - Money Plant. Itu pun saya bawa setelah beberapa kali balik sana.

Pokok-pokok lain saya dah beri kepada jiran, kecuali satu pasu besar pokok Orkid Harimau yang saya masih sayang dan tak risau tinggalkan (sebab ia jenis tanaman yang boleh hidup tanpa penjagaan rapi). Insya Allah asalkan ada air hujan bolehlah ia bertahan.

Money Plant atau nama lainnya Devil’s Ivy, Pothos. Di rumah Negeri Sembilan saya letak ia dalam tandas (gambar DI SINI), sebelum bawa pindah ke Pulau Pinang saya potong yang berjurai untuk mudah bawa. Di rumah Pulau Pinang, saya gantungkan ia pada bahagian luar tingkap dapur. Sambil membasuh pinggan di sinki, bolehlah segarkan mata melihat kehijauan 😊

Kat luar ni merupakan ruang dobi. Ada mesin basuh dan ampaian. Juga ada tingkap yang boleh dibuka luas untuk kemasukan cahaya dan aliran udara. Pokok Money Plant ni nampak lebih segar dan warna daun lebih cantik bila cukup air, cahaya dan pengudaraan.

Paling saya suka...bila tengok ada air embun di hujung daunnya. Biasanya waktu malam dah mula keluar air embun ni, sehinggalah waktu pagi. Biarpun cuma seketika, tapi tetap memberi bahagia!


*UPDATE : Nak betulkan info, air yang keluar dari daun pokok Money Plant saya ni bukanlah air embun (yang cuma berada di permukaan tumbuhan dan terjadi disebabkan udara sejuk). Tetapi ia air yang terjadi disebabkan proses gutasi - proses pengeluaran air yang berlebihan dengan cara pengeluaran titisan air pada hujung daun. Gutasi biasanya terjadi pada waktu malam. Boleh buat carian di Internet untuk penerangan lanjut. Apa pun sebab ia terjadi, titisan air di hujung daun sentiasa terlihat indah di mata saya!*


16 comments:

  1. dah lama x nmpk embun...suka tgk embun menitis..

    kuasa Allah swt..air boleh mmbulat & bergantung dihujung daun..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah.
    Appriciate the little things.

    ReplyDelete
  3. cantik tengok embun di hujung daun

    ReplyDelete
  4. Saya suka sangat kalau tangkap gambar daun hujungnya ada air tergantung! Cantik sungguh! Nampak hidup!

    ReplyDelete
  5. comel lak tgk pokok ni sb ada embun.. hhe,,walaupn da pindah bawak juga satu pokok kan kak ujie.. .

    ReplyDelete
  6. Sangat menarik sekali ketika melihat pokok yang digantung macam tu. Salam...

    ReplyDelete
  7. Mcm saya. Suka tengok titisan air di hujung daun golden pothos ni. Saya letakkan pokok ni di anjung rumah, besebelahan dgn pintu utama. Jd, pagi2 saya akn jenguk pokok ni utk lihat titisan air dihujung daun tu. Cantik sgt... Sejuk mata memandangnya. Rasa tenang je kn...

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. menariknya pokok ni..teringin pula nak bela..sng x nk dapatkan ujie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shida boleh beli kat nursery. Ada jual dalam pasu kecik dan pasu besar siap lilit kat tiang dia. Lepas tu bolehlah biakkan sendiri guna keratan batang.

      Delete
  10. Pokok ini sangat unik la. 1st time tahu air leh keluar dr daun sebegitu banyak. huhu

    ReplyDelete
  11. Pengetahuan baru pasal gutasi. Kalau tidak tahu mesti ingat air embun.
    Saya memang berangan dapur menghadap pemandangan hijau atau dapat melihat awan.

    ReplyDelete
  12. Tak tahu sangat pasal air embun ni. Ingatkan lebihan air siraman. Pokok ni memang mudah nak jaga. Dari sepasu dah berpasu pasu tanam kat rumah ni termasuklah letak dalam air.

    ReplyDelete
  13. Akk pun banyak tanam money plant,mmg selalu npk air di hujung daun tu😁

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****