Wednesday, 19 August 2020

Rania Beach Resort, Teluk Senangin

Cerita minggu lepas - saya dan suami ke Teluk Senangin, Lumut, Perak atas urusan kerja suami. Seperti selalunya, sudah menjadi tugas saya untuk mencari tempat bermalam. Hasil carian, saya memilih untuk menginap di sebuah resort yang baru dibuka (iaitu pada penghujung tahun 2019) - Rania Beach Resort yang juga merupakan rangkaian hotel OYO.

Pintu gerbang ke Teluk Senangin. Di sepanjang jalan terdapat banyak pilihan penginapan. Pantai terletak di sebelah kiri jalan.

Rania Beach Resort terletak di sebelah kanan jalan. Sebuah resort yang cantik dan ada keunikan tersendiri. Boleh parkir kereta di kawasan lapang sebelah bangunan resort ni atau di seberang jalan hadapan resort.

Melepasi pintu masuk resort, terdapat dua buah kolam renang di sebelah kiri. Sebelum tu, kita perlu buka kasut dan letak di rak tersedia. Kat sini tak boleh bawa kasut terus ke bilik.

Ruang makan - tak pastilah kita tamu boleh guna atau tidak, sebab masa check-in takde pulak bagitau apa-apa. Bukan untuk sarapan pagi, sebab sarapan pagi tak disediakan.

Terdapat 20 bilik penginapan yang terletak di tingkat bawah dan atas.

Bilik penginapan kami di tingkat bawah. Semua bilik memang untuk 4 orang, takde pilihan untuk kami yang cuma berdua. Sebuah bilik dengan keluasan yang memuaskan dan selesa. Kami dapat dengan harga promo RM106 di Agoda, kalau di OYO lebih mahal. Harga biasa bagi bilik di sini RM220, boleh tahan tinggi jugak harganya 😬

Semua masih dalam keadaan baik, maklum je resort ni baru beroperasi. Kecuali tv, takde siaran. Tapi lupa nak bagitau pihak resort masa check-out. Tidur malam pun tanpa gangguan bising. Lagi pulak nampaknya kami satu-satunya tamu yang menginap di sini (kami datang pada hari bekerja), memang senyap sunyi.

Satu kekurangan bilik ni, takde selak di pintu. Rasa tak selamat pulak sebab dah pernah alami kejadian orang buka pintu dari luar menggunakan kunci (di sebuah resort di Pahang). Sebagai langkah berjaga-jaga, saya letakkan beg baju di pintu. Itu jelah mampu dibuat.

Rupa bahagian tandas. Semua berfungsi dengan baik, cuma ada bau tak sedap sikit. Tak tau bau apa.

Resort ni sangat dekat dengan pantai, boleh jalan kaki je. Tapi saya tak berkesempatan jejak kaki ke pantai pun. Paginya kami menaiki kereta untuk mencari sarapan, tapi kecewa sebab semua kedai tak buka. Tempat ni nampaknya cuma ‘hidup’ pada hari hujung minggu.

Ok, secara keseluruhannya saya berpuashati menginap di sini. Tahap kebersihan pun memuaskan. Sangat sesuai untuk percutian keluarga, boleh bermain di kolam renang dan boleh bermain di pantai.


RANIA BEACH RESORT
Pantai Teluk Senangin,
Lumut, Perak.
018-367 9851

Facebook : Rania Beach Resort

18 comments:

  1. Waktu PKP ni mungkin tak ramai orang yang menginap

    ReplyDelete
  2. dah sampai lumut tu nak lajak ke pulau pangkor pun dah boleh dah.

    ReplyDelete
  3. Mungkin sebab weekdays kot.. sebab tu tak ada orang

    ReplyDelete
  4. Besar biliknya..mmg sesuai utk family..dkt pantai, best!!

    ReplyDelete
  5. kiranya memang untuk family ya kak... tapi tang bilik takde selak tu risau jugak kak... yelah kita bukan tahu kan... udahla cuma akak je yang menginap kat situ

    ReplyDelete
  6. last gi Lumut thn 1995 masa belajar di UM. Mesti skrg byk yg dah berubah...

    ReplyDelete
  7. best ny g lumut.. cuti merdeka ni macam nak ke sana jugak. ada pantai boleh mandi x kat sane kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pantai Teluk Senangin ni boleh mandi jugak Ummi.

      Delete
  8. menariknya tempat dia..bersih je, Lumut dekatlah dengan daerah shida..boleh singgah nanti :)

    ReplyDelete
  9. Pernah ke sini suatu ketika dulu.. banyak belangkas kat pantai ni.

    ReplyDelete
  10. Ooh...info bagus nih untuk yang nak ke sana.

    ReplyDelete
  11. wahh cantiknya resort. industrial design. suka lah stay tempat macam ni. view pun nice sangat.

    ReplyDelete
  12. Sekarang orang suka dinding bata merah terdedah.

    ReplyDelete
  13. Kalau bawa pekerja family day ada tak ruangan memasak dan buat bbq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak tau. Cik boleh berhubung terus dengan pihak resort.

      Delete
  14. Maaf sy bertanya...kt cni blh masak2 ke dn ade pot tuk bbq x?

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****