Balik kampung tempohari, sempatlah saya bersama mak dan kakak ke Pasar Tani di bandar Pontian. Kebetulan Pasar Tani dibuka pada hari Khamis, sedang elok untuk kami membeli bahan keperluan untuk juadah hari raya esok (Jumaat).
Ini merupakan kunjungan pertama kami ke Pasar Tani semenjak PKP berkuatkuasa. Ada prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi. Semua pengunjung perlu berbaris di khemah urusetia untuk mencatat maklumat diri, pemeriksaan suhu badan dan menggunakan hand sanitizer. Terdengar juga suara-suara merungut dan ada juga yang cuba masuk kawasan gerai jualan tanpa ikut SOP. Tapi memang tak dapatlah, urusetia yang mengawal cepat menghalang dan suruh ikut kami berbaris 😄.
Tape merah putih dipasang, pengunjung akan melalui setiap gerai jualan dengan mengikuti laluan tape ni.
Gerai jualan daging dan ayam berada di kawasan yang lebih luas dan kita perlu beratur untuk membeli. Cara begini boleh mengelakkan kesesakan, serta mudahlah masing-masing nak menjaga jarak.
Alhamdulillah...semuanya nampak diatur dengan baik. Kurang rasa risau nak ke pasar begini bila ada SOP. Mak saya pun nampak gembira dapat ke Pasar Tani, walaupun pada awal dulu asyik sebut tak selesa kena pakai pelitup muka. Dah berbulan lama duduk dirumah, tentu rasa teringin jugak nak berjalan memilih sendiri barang keperluan. Jadinya mak akur saja bila keluar tapi kena ikut SOP dan berpelitup muka. Inilah norma baharu hidup kita 😔
Harap2 semua kekal patuh SOP :)
ReplyDeleteMemang sudah lama tidak pergi ke pasar tani.
ReplyDeleteSemua kena ikut SOP sekarang.
ReplyDeleteHidung dan mulut pun dah bernilai 1000 kalau tak tutup.
alhamdulillah bila kita semua mematuhi SOP semoga rantaian ini akan berjaya di putuskan ,aamiin
ReplyDeletekawasan luas, mudah nak buat SOP..pasar tani di tempat saya pun, dah tukar tempat. Tempat lama sempit..kebarangkalian nak bersesak-sesak tu adalah tinggi..
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah.
ReplyDeletePatuhi SOP, kita jaga kita. Mudah-mudahan Covid-19 segera berlalu pergi.