Tuesday, 28 July 2020

Galeri Jeruk Madu Pak Ali (Kilang)

Kilang Jeruk Madu Pak Ali ni rupanya tak jauh mana pun dari rumah saya di Pulau Pinang. Memandangkan insya Allah saya dan suami boleh balik kampung kami di Johor sempena Hari Raya Aidiladha, sesuai sangatlah jika kami beli jeruk Pak Ali sebagai oleh-oleh untuk keluarga di Johor.

Jadinya pada hari Sabtu lalu, kami ke sini...

Ikut je aplikasi Google Maps sampailah kat sini...Galeri Jeruk Madu Pak Ali.

Pelbagai pilihan jenis asam. Boleh rambang mata nak memilihnya ni.

Pelbagai pilihan produk keluaran syarikat Muslim lain juga turut dijual di sini. Kat hujung sekali tu tempat jualan jeruk Pak Ali. Boleh beli yang dah siap pek, atau nak beli dengan kuantiti lebih banyak.

Hasil memborong jeruk Pak Ali untuk keluarga kami, banyak sebab keluarga sebelah saya ramai. Beli jugak rempah kari cap O, sedap tau rempah kari ni. Lebih kurang macam kita guna rempah kari Babas.

Untuk peminat jeruk, bolehlah datang ke sini jika ada ke Pulau Pinang. Saya bukanlah peminat jeruk, bolehlah makan sekadar merasa. 

————————————————-

GALERI JERUK MADU PAK ALI (KILANG)

Lokasi :
Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.
<<< Google Maps : Jeruk Madu Pak Ali (Kilang) >>>

Waktu operasi :
9 pagi - 6 petang
(Setiap hari)


4 comments:

  1. Kalau saya sampai sini, mesti rambang mata gila2 ni haha

    ReplyDelete
  2. pernah singgah membeli juga tapi yang kat Georgetown la ... mmg wajib beli kalau p penang.

    ReplyDelete
  3. ole-ole dari utara untuk orang selatan..suka jeruk mangga & buah salak..buah pala kureng sikit..

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau ada peluang datang ke sini.
    Saya memang peminta jeruk madu Pak Ali!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****