Walaupun saya dan suami dah berpindah ke Pulau Pinang, tapi kami tidaklah memindahkan semua isi rumah di Negeri Sembilan ke rumah di Pulau Pinang. Cuma membawa pakaian dan barang penting sahaja.
Ada beberapa sebab mengapa kami tak berpindah secara sepenuhnya. Antaranya, sebab kontrak suami untuk bekerja di sini cuma 2 tahun dan juga sebab rumah di Negeri Sembilan merupakan milik sendiri. Insya Allah selepas 2 tahun pastinya perlu kembali ke rumah sendiri. Jadinya tak berbaloi untuk menyewa lori angkut segala barang jauh-jauh. Sesekali bila suami ada urusan di kawasan tengah atau selatan, bolehlah singgah bermalam di rumah sendiri. Jadi rumah persinggahan.
Bila ada dua rumah, kos pun meningkat. Setiap rumah perlukan barangan asas sendiri. Tapi berbeza dengan rumah sendiri, untuk rumah sewa di sini kami beli barang yang betul-betul perlu dan dengan kapasiti/saiz kecil yang bersesuaian dengan saiz rumah 775 kaki persegi.
Peti ais dua pintu jenama Sharp model SJD210MD dengan kapasiti 200 liter, dapat harga promosi RM959 di Aeon Bukit Mertajam. Penghantaran ke rumah pun percuma. Kalau beli satu pintu lebih murah, tapi berdasarkan pengalaman memang leceh asyik nak kena defrost dan buangkan air. Penat juga kami keluar masuk kedai-kedai elektrik untuk mencari peti ais model di atas. Semua tempat dah habis, katanya sebelum raya ramai yang membeli. Akhirnya kami pilih beli di Aeon sebab dapat harga promo dan anggaran masa menunggu stok dalam 2 minggu. Alhamdulillah tak sampai 2 minggu dah dapat.
Mesin basuh jenama Sharp model ES718X dengan kapasiti 7 kg, berharga RM699. Beli sekali dengan peti ais di Aeon. Ruang menyidai pun terhad, tak boleh basuh sekali banyak. Sebelum dapat mesin basuh ni, beberapa kali juga kami terpaksa ke kedai dobi layan diri berhampiran.
Untuk memasak, kami pilih induction cooker jenama Tefal model IH720865 berharga RM198 di Harvey Norman IOI City Mall. Sebenarnya harga tertera lebih tinggi, tapi bila saya buat semakan di laman web jualan online Harvey Norman saya dapati harganya lebih rendah. Saya cuba mintak nak beli di kedai tapi dengan harga seperti di laman web, Alhamdulillah dapat! Ada induction cooker ni senang tak perlu angkut tong gas naik rumah tinggi, cuma pertambahan penggunaan elektrik dan perlu guna peralatan memasak yang sesuai.
Beli induction cooker ni dapat percuma periuk jenama Supor seperti di atas. Tapi...kualitinya sangatlah mengecewakan. Sangat nipis. Saya merebus air, ok lagi. Bila saya menumis, terus hangus bahagian tengah walaupun guna tahap kepanasan minima. Selepas tu saya beli kuali dan periuk lain yang lebih berkualiti dan dapatlah memasak tanpa masalah hangus. Cuma hangus duit pulak nak membelinya...haha!
Saya catatkan secara terperinci di blog untuk rujukan sendiri dan panduan bagi mereka yang sedang mencari barangan yang sama.
Ikut perancangan, barangan besar seperti peti ais dan mesin basuh ni kami akan jual semula selepas tamat tempoh bekerja di sini. Mungkin juga boleh jual kepada tuan rumah (rumah ni disewa dengan sebahagian perabot, tapi tiada mesin basuh/peti ais).
.
Ada 2 rumah maka kena penuhi barang keperluan.
ReplyDeleteMacam makcik saya, tiap-tiap minggu balik rumah sendiri tengok rumah.
rumah kalau tinggal lama, banyak la nak dibersihkan. Dapat jenguk tiap minggu..oklah.
Deletesemua barang diatas tu mmg keperluan..2 tahun tempoh yang lama jg..
ReplyDeleteItulah..memang perlu beli jugak.
Deleteada 2 rumah, barang pun semua 2 jugak la kena beli kan. kami 2 rumah cuma satu tu tak jadi kami nak pindah duduk, kami sewakan kat orang
ReplyDeleteSeronok ada pasif income tu..rumah sewa.
Deletebetul juga kan, dua2 rumah kena ada barang keperluan sebab memang kita nak guna ye tak :)
ReplyDeletetakde benda2 tu..macam susah hidup seharian 😀
DeleteEssential dah kan, bukan kehendak lagi
ReplyDeletehihi...betul.
DeleteTahniah kak, semoga suaminya dan akk dimurahkan rezeki..orang kata banyak pindah ni naik pangkat...mesti suami akk naik pangkat kan?
ReplyDeleteRumah je yang naik pangkat ni Ros...dari rumah bawah ke rumah tingkat 16 😁
Deletebetul tu kalo mmg plan nak duduk sekejap saja tak perlu bawa semua kan..
ReplyDeletehehe saya pula yang berpindah dari Penang ke Selangor hehe..
ooh..Siti pulak keluar dari Penang. Gitulah hidup, ikut keperluan.
Deletekira murah la tu kak peti aisnya tuh... ye 3 benda ini antara benda paling penting kan kak...
ReplyDeleteTulah..Alhamdulillah dapat jugak 2 pintu yg kurang seribu.
Deleteboleh...senang nak dtg amik, tak jauh 😁
ReplyDeleteYelah kan... 3 benda asas tu mmg perlu sanagt tu..
ReplyDeleteHakak pun sebenarnya tgh berkira kira nak beli mesin basuh ni.... mesin basuh problem dah...alahai... Boleh on tapi mcm tak boleh stop hahhahaha... apatah yg rosaknya. Menyampah tengoknya.Brand Sharp le
Alamak!sama brand..jgn jangkit udah.
DeletePelik problem tu kak Nom..ada pulak tak boleh stop..haha