Monday, 13 July 2020

Catatan Perjalanan 07.07.2020 | Sekitar Pahang

Selasa | 07.07.2020

10.06 pagi - saya berada di Tanah Rata, Cameron Highlands. Tak berjalan ke mana-mana pun sebab keberadaan di CH sekadar laluan untuk ke Chegar Perah, Kuala Lipis. Malam tadi sampai pun dah menghampiri tengah malam melalui Simpang Pulai, suami habis kerja baru gerak dari rumah di Penang. Dapat la pengalaman naik CH pada waktu malam. Dah lama tak lalu ikut Simpang Pulai, jalan pun dah ada perubahan...ada binaan terowong.

Berbalik kepada CH, saya sangka orang tak ramai sebab hari bekerja. Rupanya sana sini penuh orang. Kebiasaan bila ke CH mesti nak sarapan di YZ Agro Farm. Kami masuk je melepasi pintu gerbang Kampung Taman Sedia, tengok deretan kereta dah bersusun di kiri dan kanan jalan. Sesak, sampai kereta nak bergerak pun susah. Nampak orang ramai menuju ke Abang Strawberry, dah macam pergi kenduri pulak. Seperti yang saya jangka, YZ Agro Farm tutup dan begitu juga kafe KHM di sebelahnya. Kami keluar dari kampung tersebut dan menuju ke kompleks medan selera Tanah Rata. Tapi hampa juga sebab tiada kedai makan yang buka. Haih! Akhirnya jumpa gerai makan berhampiran kompleks tadi, walaupun keadaan gerai tak memuaskan tapi terpaksalah jugak sebab perut dah lapar dan kami perlu segera bergerak turun.

11.28 pagi - melalui Jalan Ringlet-Sungai Koyan. Seperti pengalaman sebelum ini, laluan ni tak banyak kenderaan. Tapi semakin banyak cerun runtuh di bahagian kiri jalan raya. Bahaya jika memandu di waktu malam, takut tak perasan tanda cerun runtuh yang menyebabkan laluan jalan mengecil.

1.29 tengah hari - Alhamdulillah kami tiba di Chegar Perah, Kuala Lipis. Bukit-bukit batu kapur menjadi latar pemandangan di sini. Menarik di mata saya.

6.30 petang - Lemang To'ki, Bentong. Selesai urusan suami di Chegar Perah, kami meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah Negeri Sembilan pula. Singgah di Lemang To'ki menikmati hidangan tengahari dan malam kami. Menu biasa bila ke sini - lemang, ayam bakar dan rendang. Setakat ni saya memang berpuashati makan kat sini, lemangnya masak lembut dan berlemak, ayam bakar dengan rasa perapan yang sedap dan isi ayam empuk.

7.03 petang - perjalanan di teruskan melalui bandar Bentong.

Tak terus balik rumah, sempat lagi singgah IOI City Mall untuk mengambil cermin mata suami yang ditempah minggu lalu.

Alhamdulillah...akhirnya selamat sampai ke rumah N. Sembilan sebelum tengah malam. Perjalanan yang meletihkan, tapi saya suka melihat pemandangan di sepanjang jalan.

Dan bermulalah hidup dengan masalah internet, sebab wi-fi kami dah tamatkan langganan aritu. Harapkan guna mobile data Celcom, tapi tak boleh harap. Nak send mesej WhatsApp pun tak lancar...adeh! Bersabarlah untuk beberapa hari di rumah N. Sembilan sementara suami selesaikan urusannya.

Sekarang? Dah selamat kembali ke rumah Penang, bolehlah mula berblog semula :)


--------------------------
Pesanan untuk Dana - Norhidana, Wak - Warisan Petani dan Ummi - Nur Asyiqin, nak minta tolong e-mail semula butiran untuk pengeposan ke e-mail : halifa02@gmail.com ya. Sebab borang 'contact form' pada blog nampaknya ada masalah, email tak masuk.

11 comments:

  1. jauh perjalanan..Cameron best, pergi banyak kali pun takpe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat..belum bosan lagi kalau ke CH :)

      Delete
  2. wahh jalan jalann pahang., ;p
    laki ahkak ujie sorang ke drive tuuuh., hebatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya wak, terpaksa la sorang je drive sebab bini setakat ada lesen tapi penakut drive..haha!

      Delete
  3. Jauh tempah cermin mata.
    Cantik pemandngan sepanjang perjalanan.

    P.S: terima kasih dah follow balik #613.

    ReplyDelete
  4. naik CH malam2 berkabus tak? macam naik genting malam2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak berkabus, tapi tak pasti kabus mcm naik genting atau tak..blm ada pengalaman..hehe

      Delete
  5. Seronok walau sekadar lalu di CH kan. Sebab nampak keseronokkan orang2 bercuti kat CH, boleh cuci2 mata tgk kedai2 jualan. Cantik la pemandangan Kuala Lipis tu. Saya sejenis suka tempat2 lama/tempat2 hijau/hutan/kampung kalau compared dengan laut. Dulu masa baru kawen siap ajak suami honeymoon kat Lenggong Perak/ Kuala Lipis/ Gua Musang/Perlis kat bukit2 tu sebab nak suasana kampung, best. Cuma tu la. dah kawen, melepek je duk rumah. hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah..sama la citarasa kita!
      Back to nature.

      Delete
  6. Tour berempat pun best, meriah..hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****