Gambar diambil pada 17 Julai 2020, Hentian R&R Bukit Gantang Arah Selatan. |
Jumaat lalu, saya dan suami berpagi-pagian keluar dari rumah di Pulau Pinang menuju ke rumah di Negeri Sembilan. Ini merupakan kali ke-3 (sejak berpindah) kami berpeluang menjenguk rumah kami di Negeri Sembilan. Kali pertama sebab nak ambil kereta satu lagi, dan selebihnya atas urusan kerja suami.
Pagi Jumaat tu kami singgah bersarapan di R&R. Orang belum ramai mungkin sebab masih awal pagi. Kelihatan kon-kon keselamatan diletakkan disekeliling kawasan gerai makan untuk menghalang orang ramai masuk ke kawasan gerai makan secara sebarangan. Semua mesti masuk melalui satu laluan je. Ada petugas R&R yang menunggu untuk mengambil suhu badan kita. Buku disediakan untuk kita catat nama, nombor telefon dan suhu badan.
Untuk membeli makanan di gerai-gerai pun ada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan - hanya seorang pembeli dalam satu-satu masa boleh masuk ke dalam gerai (bagi gerai yang perlu masuk dalam) dan perlu beratur secara berjarak bagi gerai yang perlu membeli di luar gerai.
Ada juga orang yang mungkin tak perasan dengan SOP ni, terus je merapat dengan orang lain yang sedang membeli di gerai. Yang bagusnya, penjual gerai terus menegur untuk memastikan orang ramai mematuhi SOP - menjaga jarak.
———————————————-
Sengaja saya catatkan di blog untuk memori pada masa hadapan. Sejarah bagaimana situasi negara kita menghadapi cabaran wabak COVID-19.
Satu lagi...saya suka nasi lemak kat R&R ni, gerai kedua dari kiri (dari arah kita masuk tu). Ada pilihan nasi lemak telur atau nasi lemak ikan masin. Dah siap berbungkus kecil dengan harga RM1.50 sebungkus. Sebelum ni pernah makan, rasa sedap dan kali ni mengulang lagi. Siap beli lagi 4 bungkus untuk kami makan tengahari kat rumah Negeri Sembilan nanti. Senang tak perlu singgah mana-mana..hehe. Makanan gerai lain pun mungkin sedap juga, cuma saya belum mencuba.
akak punya gaya penang - negeri sembilan macam dekat je... macam kl- negeri sembilan je
ReplyDeletekadang makanan yang dijual kt RnR ni pun ada yang sedap dan buat kita teringat setiap kali nak singgah
kadang kita nak makan kt kedai makan di luar jadi takut kalau takde yang mematuhi SOP, kadang nak keluar ke mana-mana pun risau, kadang keluar beli barang terus balik rumah
Terpaksa la Dana, kebiasaan baru...Penang-NS. Penat 😅
DeleteKalau makanan RnR arah Johor macam susah jumpa yang sedap kat tekak akak 😁
Belum cuba lagi makan di R&R. Bagus tegas ikut SOP.
ReplyDeleteTapi hakikatnya bukan semua RnR ikut SOP..
Deleteboleh download QR code scanner ... senang x perlu tulis2..just scan shj ... tulis2 tu berkongsi pen juga.
ReplyDeleteBetul.
Deletebiasa memang prefer scan, tak perasan QR code tu..org hulur buku, kita pun terus tulis.
Belum lagi makan di R&R. Tapi ni bagus tegas ikut SOP.
ReplyDeleteitulah..kita pun kurang risau makan tempat awam.
Deletekdg2 terlupa ttg SOP ni..pernah sekali singgah RnR Bukit Gantang arah selatan..
ReplyDeletenasi lemak yg sedap & murah..
kan..sedap dan murah!
Deletekadang2 geram juga dengan orang2 yang ignorant ni.
ReplyDeletealahai nak juga brapat2 padahal 1 dunia da tahu kena jaga jarak.
Nampak makanan..jadi terlupa kot.
DeleteLum pernah singgah RnR sejak covid ni rasanya.... ada tak de singgah Layby nak buang air.
ReplyDeleteSekarang ni kena lebih berdisiplinlah sebab takut kena denda kan. Kang tak pasal pasal duit melayang