Wednesday, 29 July 2020

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang)

Ahad | 26.07.2020

Berpagian di hari Ahad kononnya nak JJCM sarapan pagi di pulau, tapi kedai dituju dah pun padat dengan pelanggan. Lepas makan (bukan di kedai tadi), baliknya saya dan suami memilih untuk melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pengalaman pertama buat kami.

[info ringkas]
Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau dikenali juga sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang telah siap secara rasmi pada tahun 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau. Jambatan yang menelan kos sebanyak RM4.5 bilion ini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara, dengan keseluruhan panjang 24 km (16.9 km berada di atas air). Baca lebih info di sini.

Tersalah masuk jalan sebelum naik jambatan, terjumpa lokasi dengan pemandangan menarik begini. Pagi yang nyaman dan cuaca sedikit mendung.

Berada di bahagian tengah jambatan. 

Dari sudut ni pula jelas kelihatan lengkok jambatan.

Pemandangan pulau kecil dan bukit-bukau yang kelihatan berbalam, indah ciptaan Allah.

Pemanduan santai kami mengambil masa kira-kira 13 minit melalui jambatan ini. Jalan lengang, hanya sesekali ada kenderaan lain. Jambatan ni juga menyediakan laluan khas untuk motosikal.

5 comments:

  1. pernah lalu sekali..ramai yg ambik gambar bhg tengah tu..iconic sikit..

    ReplyDelete
  2. Seronoknya berjalan.
    Apabila dapat peluang kerja di negeri lain, bolehlah jalan-jalan cari makan.

    ReplyDelete
  3. saya pernah lalu sekali dalam 5 tahun lepas, seram pun ada sebab masa tu sunyi..kami je huhu

    ReplyDelete
  4. cantik view nya .. saya pernah lalu sekali semasa bercuti ke penang dulu ... masuk pulau ikut jambatan ni... keluar pulau naik feri kat jambatan pertama.

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak berkunjung ke sini... terakhir datang sewaktu ikut sukan antara varsiti UM-USM.
    Tentu semakin cantik suasananya di Penang!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****