Tuesday 14 July 2020

Tebus Mata Ganjaran Kad PLUSMiles Touch ‘N Go Di Dunkin’ Donuts

Sebelum ni jika nak tebus mata ganjaran kad PLUSMiles Touch ‘N Go di Dunkin’ Donuts cuma boleh tebus sebiji donut je. Walaupun boleh tebus tanpa had, agak leceh la jugak kalau nak buat satu persatu. Tapi baru-baru ni dah boleh tebus 6 biji terus!

6 biji donut pilihan hasil tebus 2,100 mata ganjaran.

Donut Onde-Onde! Tapi taklah rasa macam makan kuih Onde-Onde pun. Atas donut tu ditabur dengan kelapa kering (coconut flakes) dan gula melaka. Inti donut dan bahagian atas tu ada salted caramel.

Ada kad PLUSMiles Touch N Go? Muat turun aplikasi PlusMiles dan daftarkan kad kawan-kawan (tiru cakap Pavithra 😁) kat situ. Bolehlah semak mata ganjaran dan mula menebus ganjaran yang ditawarkan. Tiada had untuk kita tebus setiap ganjaran, tetapi kuantiti terhad, siapa cepat dia dapat!

8 comments:

  1. Minat donut ya.
    Sekarang ini macam-macam aplikasi kena muat turun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak minat DD, tapi tu yg boleh redeem, boleh la makan..hehe

      Delete
  2. lamanya tak layan donat gitu kak...
    dana biasa tebus mata ganjaran tu dengan beras, minyak masak, air atau makanan juga tapi tak pernah lagi tebus dengan donat ni kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh..ada ya ganjaran Plusmiles beras dll tu Dana?

      Sblm ni tebus rebat tol. Sekarang dah takde pulak.

      Delete
  3. sedapnya donut..takde plusmiles..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm dapat percuma..terasa lebih sedap la..:D

      Delete
  4. Sedapnya Donut. Kami suka yang kiwi/buah2 & yang berkacang almond

    ReplyDelete
  5. Sedapnya donut2 tu... Anak-anak mesti suka!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****