Ada yang berkata :
“Susahlah, suami aku tak minat masuk hutan gini”
“Untunglah sama minat, isteri aku tak berani nak tidur dalam khemah”
“Seronoknya boleh pergi sama-sama ke Pesta Buku, aku masuk sorang je, laki aku tak minat la...dia tunggu dalam kereta”
“Beruntunglah siapa dapat pasangan sama minat, seronok boleh buat aktiviti sama-sama!”
Minat bermaksud kecenderungan kepada sesuatu.
Ada yang minatnya membaca buku.
Ada yang minatnya mendaki bukit dan gunung.
Ada yang minatnya memancing.
Ada yang minatnya berbasikal.
Ada yang minatnya menyertai acara larian.
Ada yang minatnya bercucuk tanam.
Minat setiap manusia adalah berbeza.
Mungkin kita akan bertemu pasangan dengan minat yang sama.
Mungkin kita akan bertemu pasangan dengan minat yang berbeza.
Persoalannya...
Sukarkah menjadi pasangan yang berbeza minat?
Tidaklah sukar jika...
kita tahu menghormati minat pasangan,
kita tahu mengendalikan minat secara bersama,
kita tahu bahawa di saat kita bersetuju untuk hidup bersama pasangan, kita juga telah bersetuju untuk menerima minatnya.
Kita mungkin tak minat dengan lambakan buku,
Tapi kita boleh raikan minat pasangan dengan bersama-sama ke Pesta Buku.
Kita mungkin tak minat memancing,
Tapi kita boleh raikan minat pasangan dengan sesekali ikut pergi memancing.
Kita mungkin tak minat mendaki bukit atau gunung,
Tapi kita boleh raikan minat pasangan dengan sesekali ikut bersama mendaki bukit yang mudah.
Pasangan tentu gembira bila kita ada usaha untuk meraikan minatnya.
Usaha itu juga sebagai tanda cinta dan sayang kita kepada pasangan.
Melakukan aktiviti secara bersama juga mengeratkan hubungan.
Sukarkah menjadi pasangan yang berbeza minat?
Mungkin menjadi satu kesukaran,
bila minat tersekat dek tiada sokongan dari pasangan.
Mungkin juga hidup menjadi lebih seronok,
kerana kita belajar melakukan sesuatu yang baru, iaitu minat pasangan kita.
Komunikasi itu penting untuk mencari titik persefahaman.
Carilah bahagia walau berbeza minat!
————————————————————————————-
Minat saya dan suami memang berbeza, tapi kami cuba meraikan minat masing-masing. |
Teringat satu kisah di zaman remaja, semasa saya mengikuti aktiviti pendakian ke Gunung Stong, Kelantan. Ada satu malam tu kami duduk berborak santai. Abang juru pandu arah yang membawa kami bertanya, siapa yang naik gunung kerana terpaksa? Seorang kawan lelaki mengakui dia naik kerana terpaksa - dia tak minat mendaki, tapi naik juga kerana nak menemani/menjaga teman wanitanya. Itulah kuasa cinta! Berdasarkan pemerhatian sepanjang melakukan pendakian bersama, saya yakin dia memang nak menjaga dan bukan sebab cemburu.
Apakah minat kawan-kawan?
📖 🚴🏼♂️ ✈️
Saya dan suami sangat berbeza minat.... tapi sesekali saya join la juga dia layan minat dia..temankan. hobi dan minat saya tak perlu dia teman. semak
ReplyDeleteApa hobi Yan yang tak perlu teman tu? 😀
Deletesamalah kak, minat dana dah suami tak sama... dana suka beli buku, novel tapi suami tak minat tapi dia ok je teman bini nya kat kedai buku lama-lama pun, dia tahu dana suka pantai dan dia tak heran dengan pantai sebab rumah dia dekat pantai tapi dia rela je bawak bini nya tiap kali balik kampung ke pantai walaupun setiap hari...
ReplyDeletetak semestinya kita kene sama minat janji kita sama-sama hormat minat masing2... kan kak?
Bagus dan sweet je suami Dana 🥰
Deletekami suami isteri ada minat yg masing2. tapi kami berdua ok je nak join minat pasangan suami. suami minat kartun, kami tak minat. tapi kami boleh teman dia tgk kartun kat living room, sambil2 kami menjahit, or scroll IG. Kami minat deco, suami plak melayan dan tolong2 cari idea. Kalau outdoor, kami berdua tak reti berenang, so kami berdua akan sama2 buat aktiviti mandi sungai tepi2 tebing je.hehehe.. each other tahu minat masing2
ReplyDeleteterbaik..saling faham memahami 😊
DeleteMinat saya dan suami memang berbeza, tapi kami saling menyokong dan hormat perasaan masing-masing! Seronok rasanya.
ReplyDeleteKan Amie..bila macam tu, masing2 seronok dan rumahtangga jadi bahagia ❤
Deletesalam kak ujie, rindu sangat dekat akak dan penulisan akak..:) rindu dekat blog sebenarnya, baru ni datang menjengah
ReplyDeletewa salam Roros..rindu Ros jugak! Rindu zaman blogging dulu2 kan..🥰
Deletesuami isteri kan saling lengkap melengkapi
ReplyDeletebetul Ewan..barulah rumahtangga bahagia.
DeleteSalam kak ujie..
ReplyDeleteHihi.. Ira tak tau minat apa skrg ni? Rasanya skg ni minat bersama lebih kpd menonton tv. Ada jgk perkara yg dia suka, ira x berapa suka. Sama la mcm dia, ada yg ira suka, dia x berapa suka. Apa2 pun berpada2 la kan.. Suka berpada2, x suka pun berpada2. Respect each other.
wa salam Ira..setuju, kena saling hormat dan ambil jln tengah 😊
DeleteTak tau nak cakap..berminat sangat ke tak..sebab tak praktik sangat.
ReplyDeletehihi...ok la tu Bunda. Senang..takde isu.
Deletekena faham-memahami
ReplyDeletekan cikgu...
Deletebetul tu, communication is key..gittew
ReplyDeleteTak berkomunikasi..camne nak capai titik persefahaman kan Syaz
Deleteraikan perbezaan, sweet juga bila sesekali berebut siaran radio kerana jenis music yang disukai berbeza, selalu dia menang, tapi angah ok je...
ReplyDeleteseronok main rebut2 tu kan..hihi
DeleteMenambah mesra sebenarnya.
Betul2 sejiwa ni Diana 😀
ReplyDeletekekdg bila menemani pasangan ikut minat dia, kita akan lebih mengenali diri pasangan and vice versa..belajar benda baru is fun..
ReplyDelete