Friday 25 May 2012

Cili Boh...Ada Pengawet & Pewarna!

Sumber: Google
Tengok Ejen Halal di Tv Hijrah, kali ni topik pasal cili boh.
Atau ada yang disebut cili giling..cili kisar.
Yang jadi isu adalah cili boh yang dihasilkan untuk tujuan komersial.
Sebabnya ada pengusaha yang mencampurkannya dengan asid borik untuk tahan lama.
Ada juga yang masukkan bahan pewarna untuk 'mencantikkan' cili boh tadi.
Tak kurang juga yang tak endah cili yang digunakan tu elok atau sudah rosak.
Cili yang sudah rosak mengandungi bakteria, seterusnya mempengaruhi kualiti cili boh.
Juga ada pengusaha yang tak menjaga kebersihan semasa memprosesnya.

Bagaiman nak elakkan terbeli cili boh seperti ciri-ciri di atas?
Cari yang ada tanda HALAL JAKIM. 
Yang ada bintang bucu lapan tu...bukan yang sekadar tulis 'HALAL'.
Ada jaminan bersih dan tak memudaratkan.
Sebelum beli, belek dulu tanda tu...selain tarikh luputnya.

Paling baik, hasilkan sendiri cili boh kita.
Terjamin bersih, bebas bahan pengawet.
Cara buat pun mudah dan boleh tahan berminggu.
Caranya? Bagi yang belum tahu...
Gunting serong cili kering, tampi untuk buang biji.
Kemudian rebus seketika untuk melembutkannya.
Lepas tu basuh banyak kali untuk buang biji yang masih ada.
Selepas itu kisar bersama air dan sedikit minyak masak.
Hasilnya, bila memasak guna cili kisar sendiri ni masakan jadi tak terlalu pedas.


p/s: Saya cerewet bab cili boh ni, suka buatan sendiri. Beli kalau terpaksa je.

24 comments:

  1. salam ujie..acik tak pernah beli cili boh..acik buat sendiri..untuk tahan lebih lama..acik siap2 blend dengan bawang merah dan putih dan masakkan sampai mendidih..dah sejuk masuk botol dan simpan dalam peti ais

    ReplyDelete
  2. ACIK:
    kalau gitu bila guna cuma msk kejap je la kan..sbb cili tu dh dimasak betul.
    Thanks..mungkin saya boleh ikut cara acik ni. ^_^

    ReplyDelete
  3. Ujie, sama la kita. Saya anti betul dengan cili boh. Sebab cili boh ni dia ada beri rasa asing pada masakan. Sebab dia dah masin kot? Saya pun setiap kali nak masak, akan potong sendiri cili kering potong serong, rendam [kalo ada banyak masa rendam dalam air sejuk, kalo nak cepat rendam air panas.]. Pastu masukkan air je, tak masukkan minyak pun. Biasanya saya akan buat banyak terus, letak dalam fridge. Bila nak masak, terus bleh guna.

    ReplyDelete
  4. Sy pun cerewet. Sy tak suke beli. Sy selalu bt sendiri. Tak tepati selera la kan? Dulu ms bujang, tak de blender. Tp teringin nak mkn sambal tumis sotong buatan sendiri. Gigih menumbuk cili kering nie. Hahahahah!

    ReplyDelete
  5. dulu selalu beli cili boh sebab malas nak menumbuk cili.hehee..kualiti terjaminkan kalau kita buat sendiri...

    ReplyDelete
  6. LYD:
    betul..susah nk control rasa masakan kita bila guna yg beli tu. Saya pun buat utk stok 2-3 minggu.
    Dulu saya pun rendam je, lps tu ada org ajar soh rebus biar lebih lembut..halus bila dikisar & biar jd separuh msk..bila memasak tak perlu tunggu lama utk sambal msk.

    PAA:
    apa fara? Awak tumbuk cili kering tuh...mmg tabiklah! Sungguh2 betul merealisasikan impian.

    AISHAH:
    Tumbuk ke? Blend je. buat byk2 utk stok, masuk petiais.
    Tp kalau nk beli...amik jenama Adabi. rasa dia kira ok & ada halal jakim.

    ReplyDelete
  7. kakak! ros tak suke bau cili boh..mmang kuat sgt bau dy pastu tak sedap tau..baik buat sendiri..beli cili kerin banyak3..pastu rebus ngan air dan bubuh sikit minyak then blend bawang besar dan bawang puti skali dan blend kan skaali dengan ccili kering yg dah direbus dan dicuci bersih tadi..:) maca tu jek kat umah ni..tapi kalo akk nak beli..amik jenama MAZ..:) insyaALlah sedap cilinya..:)

    ReplyDelete
  8. buat sendiri adalah cara yang terbaik :)

    ReplyDelete
  9. macam mak ctbuat sendiri....tp lau mls, bli jugk :D

    ReplyDelete
  10. izan pun dah lama sangat tak pernah beli cili boh ni. lebih suka kisar sendiri cili kering bila nak masak. itupun jarang kisar sekali byk. biasanya utk masak 2-3 kali aje.

    ReplyDelete
  11. cik tom gn cili boh yg ada jual kt kmpg ni..blh dipercayai sikit..

    ReplyDelete
  12. lily pun tak suka guna cili boh..lebih suka buat sendiri...

    ReplyDelete
  13. saya pun ske buat seniri..saya tumbuk dlm lesung sbb kalau blend tak sedap..hihi cam wajin sgt...tp asid borik tu ada dlm mee jugak kan...kdg2 kita tgk mee tu tukar jd merah color dia..penah jugak terjumpa sekali dua...kena basuh cuci2 dulu seblom celor or goreng..wallahualam..

    ReplyDelete
  14. saya tak guna cili boh sebab tak pandai nak masak gun acili boh ni. kalau nak masak sambal tumis sy blend je cili kering..buat sendiri lagi sedap.

    ReplyDelete
  15. TIHARA:
    waah..super rajin tu! Tp mmg org kata yg ditumbuk/giling tu lebih sdp.

    A'ah..asid borik tu kdg ada yg guna kat mee kuning..sos.

    ReplyDelete
  16. Cili boh, oh dislike! Memang nak blend sendiri jer cili kering.. Melainkan kalau nak goreng ikan jer perap guna cili boh dan bawang... Hai Ujie.. Wink wink!

    ReplyDelete
  17. TEA:
    hei..mana awak? Baru muncul! ^_~

    ReplyDelete
  18. saya masuk lewat 1 sem dulu..maybe awak kenal kawan saya suhaida, fazlina othman, ambik tak subjek marketing dgn kenny teoh, mgt dgn zafaran, kenegaraan dgn jayum, costing ambik tak arr..sy pn tk igt dah subjek mana yg sama dgn BBA :)....sya ramai kawan dr ptpl ampang sbb terpisah dgn kawan2 matriks yg lama..tp still contact je dgn diorang sampai sekarang :)

    ReplyDelete
  19. lama dah tak beli cili boh ni..kalo masak kat umah pun biasa ma soh blend cili kering jer..rupanya ada isu halal tak halal ek..susahnya nak makan kan..tu belum pk yang kat kedai makan lagi..apa yang diorang guna..halal ke tak..kesimpulannya kena rajin2 masak n belajar masak yg penting..keh3..

    ReplyDelete
  20. TIHARA:
    alamak..dh tak ingat nama lecturer la.
    Kwn2 tu kalau tengok muka mybe ada yg kenal kot. Hihi..

    PRETTYWRITE:
    betul tu..kat kedai mkn mmg diluar kwln kita. Tp arwah bapak akak dulu ada kedai mkn..cili kisar mmg buat sndiri.

    ReplyDelete
  21. biasa beli yang cili orang kampung buat...
    rasa n wana memang berbeza dengan yang awet lama tu...

    ReplyDelete
  22. Yg asli org kmpung sye buat hntr fmly store kedai2 runcit.namanye industri kmpung..cume tulis halal je sb org tu da apply halal tp blum proses lg.tp cilinye memang asli..

    ReplyDelete
  23. Ape beza cili boh n cili giling?

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****