Monday 28 May 2012

Kuliah Secara 'Live Streaming'

Kuliah malam tadi...di Shah Alam.
(Sumber: Fb UAI)
Malam tadi dapat tengok kuliah UAI di Shah Alam, Selangor secara 'live streaming'. Pertama kali sebenarnya. Sebelumnya langsung tak boleh bukak, mungkin masalah internet. Memang puas hati sebab jelas gambar dan suara, macam kita sama-sama berada kat sana. 

Macam biasalah, bahagian paling disukai...bila UAI jawab soalan. Sedikit ringkasannya (ayat olahan sendiri, tak ingat yang tepat):

Soalan: Bertemu kawan perempuan yang dah lama tak jumpa, dia peluk dan cium/laga pipi. Saya tak menolak sebab nak jaga air mukanya. Bolehkah?
Jawapan: Tak boleh, lelaki dan perempuan yang bukan mahram (halal berkahwin) haram bersentuhan. Kena menolak. Antara air muka manusia dengan perintah Allah, Allah yang kena dahulukan. Kecualilah kalau kita menolak, muka dia betul-betul jatuh...ni setakat air muka saja (part ni memang lawak cara UAI sampaikan).

Soalan: Betulkah dalam dunia ni ada 7 orang lagi yang muka serupa kita?
Jawapan: Tiada mana-mana hadis atau ayat quran yang menyatakan begitu. Tapi memang tak mustahil sebab Allah berkuasa menjadikannya. Tak payah fikir pasal benda ni. Ia cuma kajian orang tertentu.

Soalan: Batalkah wudhuk kalau tersentuh kemaluan?
Jawapan: Batal kalau sentuh pada bahagian telapak tangan sahaja (termasuk hujung jari), sebab ia perkara yang membatalkan wudhuk. Tapi kalau sentuh berlapik kain atau sentuh dengan bahagian atas tangan atau bahagian lain takde masalah. (UAI juga ada terangkan mana bahagian yang disebut kemaluan, sebab ada yang salah faham.)


Tu jelah sedikit perkongsian pagi ni. Memang tak ngantuk bila dengar kuliah UAI, sentiasa menyelitkan lawak jenaka dalam menyampaikan ilmu.

16 comments:

  1. ouh , saya pun ada tengok smalam ,, heee , memang best !

    ReplyDelete
  2. lawak dia selamba je kan....tapi mesej dalam kuliah tu selalu mudah nak faham..itulah kelebihan UAI... :)

    ReplyDelete
  3. ujie, dia suh tanya saya?? ade plak tuan badan suruh tanya saya....haha

    ReplyDelete
  4. SHAFIQ:
    ada isi dan rasa santai..

    TIHA:
    mmg dia kata, nak jwb direct sbb org muda tak suka dgr jwpn pnjg lebar ni.

    *ntahnya dia, malu kot! ^__^

    ReplyDelete
  5. UAI memang best. Harap2 dia tak jadi mcm org2 alim yg lain, bila femes je terus berubah. Bila ditawarkan dengan wang ringgit terus je dakwah bertukar jadi kain yg melindungi pihak tertentu. Apa pun, UAI setakat ni bagus lagi. Direct.

    ReplyDelete
  6. Suka dengar ceramah2 dia..UAI memang terbaik..^^

    ReplyDelete
  7. ahah muka dia betul2 jatuh?hahaha ustaz meme cool..kena parok orang tu..hehe..

    dalam tahun 2007 dulu masa dok belajar bila ada kwn yana bagitahu pasal ustaz azhar tak berapa nak ambik kisah..lepastu dengar sikit2 ceramah dia rasa tak berapa nak minat sebab cakap dia macam sukati gtu kan..dah lama2 dah tersuka pulak..dah jadi fenomena 1malaysia..kalah siti nurhaliza..hehe..

    ReplyDelete
  8. bila dia bagi contoh tu cepat je leh faham.....
    takde lah nak pening2 pala tanyer 2 3 4 kali..

    ReplyDelete
  9. ustaz sempoi..jawapan dia pn sempoi tapi berilmu...rasanya kembar muka saya lebih dr 7 org...;p

    ReplyDelete
  10. malam td kakak dan abang saya yang pergi masjid biru tengok UAI.. tp saya tak ikut.. ishh.. ishh.. apa pun, cara penyampaian UAI memang best ^^

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah...
    Beliau mmg bestkan..selalu dgr kt utube jer.

    ReplyDelete
  12. sentiasa rmai org kalau UAI yang bagi ceramah kan..:)

    ReplyDelete
  13. hahaha...jawapan UAI mmg terbaik....trus phm..hehe :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****