Monday, 21 May 2012

Eh, Esok Dah Bulan Rejab!

sumber: Google
Menjelang selepas waktu Maghrib hari ni...bermulalah bulan Rejab.
Lepas tu Syaaban dan tibalah Ramadhan.
Maksudnya tinggal dua bulan sebelum bulan puasa.
Perkara penting...kena segera habiskan puasa ganti bagi yang berkenaan.
Siapa yang dah habis atau tak perlu ganti puasa...bolehlah buat puasa sunat.
Untuk persiapan diri menemui Ramadhan. 

Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan ini...
Peristiwa Isra' dan Mi'raj.
Isra' iaitu perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak,
bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. 
Mikraj iaitu naiknya Nabi Muhammad s.a.w ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha. 
Untuk menerima kewajiban solat lima waktu sehari semalam.

Amalan khusus bulan Rejab?
Ada percanggahan pendapat mengenainya...
Tak perlu berbicara lebih lanjut kerana saya pun bukan yang pakar.
Paling penting...lakukan saja amalan sunat- puasa, mengaji , solat malam..
Perbanyakkan ia sebagai persediaan menuju Ramadhan.
Semata-mata kerana Allah. Ikhlas.
Bukan kerana fadilatnya sahaja.



12 comments:

  1. Betul la Ujie. Mls nak amik kisah psl amalan yg diorang dok buat dlm bulan Rejab. Amalan yg berlabelkan agama nie. Ilmu sy pun tak setinggi mana. Apa yang penting, dulukan apa yg dituntut. Kan?

    Selamat menyambut bulan rejab. Jom puasa sunat sama-sama?

    ReplyDelete
  2. esok boleh puasa sunat la kan kak?eh puasa ganti ada 2 hari lagi..ehehe..

    ReplyDelete
  3. insya allah..

    sekejap je kan masa berlalu

    ReplyDelete
  4. mari perbanyakkan amalan....:)

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut bulan rejab...^_^

    ReplyDelete
  6. Insya Allah..mekasih ujie, niat kerana Allah, itu yang penting :)

    ReplyDelete
  7. owh begitu pantas dan tak terasa masa berlalu.

    marilah kita sama2 beramal. sangat setuju dengan kata2 MF@pok amai-amai tu

    ReplyDelete
  8. sekejapnya masa berlalu..
    dah nak puasa...

    :)

    ReplyDelete
  9. masa berlalu sangat pantas sekarang ni...

    ReplyDelete
  10. izan kena sudahkan puasa ganti dulu...

    ReplyDelete
  11. insyaallah.. cepatnya masa berlalu dah 1 rejab.. moga² macam tulah hendaklah mulakan mengaji dan puasa.. tp saya tak puasa hari ni hihihihihihi.. x sihatlah..

    ReplyDelete
  12. IZAN:
    yelah..yg wajib kena dulukan.
    Sunat dtg lps tu.

    MASYA:
    takpe..bkn wajib puasa pun. ^_^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****