Wednesday, 30 May 2012

Hati Dia Baik...Walau Tak Tutup Aurat

Hati dia baik...walaupun dia tak tutup aurat.
Pernah dengar kata-kata sebegini?
Samada ditujukan untuk lelaki atau perempuan.
Memang ada cerita-cerita begini.
Dia mungkin kawan, keluarga atau mungkin pasangan kita!

Soalnya...sudah cukup baikkah dia?
Cukupkah sekadar kebaikkan hati tanpa menutup aurat?

Jawapannya...
Dari segi hubungan sesama manusia, memang dia sudah cukup baik.
Tak perlu dipertikaikan lagi.
Dari segi hubungan dengan Allah, masih belum baik.
Kerana masih ada perintah wajib yang ditinggalkannya.

Jadinya?
Kita perlu membimbingnya agar menuruti perintah Allah.
Jika hatinya benar-benar baik,
pasti boleh menerima ketetapan Allah yang telah menciptakannya.

Ingat!
Soal hati dan soal aurat adalah dua perkara berbeza.
Perbaiki mana-mana yang belum baik,
Kerana keduanya memang perlu dijaga.

*Orang yang benar-benar baik ialah seorang yang baik hubungannya dengan Allah, manusia dan semua makhluk ciptaan-Nya.*


p/s: Bukan senang nak jadi orang yang benar-benar baik ni, tapi sama-samalah kita berusaha ke arah itu ya.

19 comments:

  1. biasa dengar atau baca... "eh, aku ni walau tak pakai tudung tapi solat tak tinggal. ingat yang pakai tudung labuh tu cukup baik ke" aduyai, tak reti nak cakap apa dah... sengih je la.

    ReplyDelete
  2. salam Ujie..insyaallah
    semoga kita menuju kearah itu

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, bagus entry ni...sah2 dah dia tak tutup aurat, dia sombong dengan Allah...sentiasa perlu perbaiki diri sendiri, insya Allah ..sebab masih banyak yang kurang..

    ReplyDelete
  4. buat baik ngan tuhan lg mulia :)

    ReplyDelete
  5. setuju dgn k.ujie..

    org y menutup aurat memang belum tentu baik tp org yang tak menutup aurat dah tentu2 dia pn x baik sbb dia xikut apa y Allah perintahkan..

    sm2 la kita menjadi org y baik dgn Allah dan sesama kita..:)

    ReplyDelete
  6. Setuju ujie...
    Tutup aurat tu kan wajib...

    ReplyDelete
  7. waktu sye pegi tgk teater islamophobia hari tu non-muslim ade pertikai muslim yg suke ckp mcm ni..tp xberkesempatan lg nk wt review psal teater tu..huhu

    ReplyDelete
  8. CK:
    buatla review teater tu..akak tak pegi..nak tau gak.

    ReplyDelete
  9. Ujie, susahkan kalo nak berdakwah kat kaum keluarga atau kawan2 rapat. Takut mereka takleh terima, kecik hati pastu merenggangkan hubungan.

    ReplyDelete
  10. BEtul Ujie. Sama2 kite membimbing. Bukan mencemuh.

    Membimbing bukan dgn cara tergesa-gesa dan mendesak. Sbb manusia tu tak sempurna. Klu kite desak bagai nak rak, apa yg mrk akan bls pd kite?

    ReplyDelete
  11. betul ujie.... org yg baik juga selalu muhasabah diri dan meredah diri x kire dgn allah swt mahupun dgn insan lain...

    ReplyDelete
  12. tak mampu dengan kata2 mungkin dengan cara berpakaian kita boleh buat orang rasa malu dan terikut2..itu pengalaman..

    ReplyDelete
  13. setujuuu...
    marilah kita sama2 menjaga hati aurat kita.. :)

    ReplyDelete
  14. LYD:
    kena ada teknik tu, berbaik2 dulu (belanja mkn, bg hadiah ke)..then, baru boleh bukak mulut.

    PAA:
    membimbing mmg biasanya perlu masa dan kesabaran..mungkin berjaya, mungkin gagal. betul, paksa buat makin benci.

    PRETTYWRITE:
    tips yg bagus tu!

    ReplyDelete
  15. k.ujie..wahh wedd annvrsy stay kat colmar ea?bestnyaa..hihihi :)

    mmg romantik la kan kat sn..ira msk surau y bwh tu pn siap ada bath up..y surau ppuan la..rsnya tu bilik pastu dia jdkn surau...mmg nice la..selesa sgt..

    mgkin 1 ari nt ira plak akan tdo sn lepas kahwin..hehehe ;p..

    ReplyDelete
  16. betul tu. paling penting hubungan dgn Allah kene jage kan. ;)

    ReplyDelete
  17. kan..patutnya hubungan sesama Allah SWT paling penting nk jaga..

    ReplyDelete
  18. apa pandangan manusia itu tak penting..yg penting pandangan Allah..

    tak tutup aurat dah terang n jelas akan hukumnya..memg Allah tak redha..

    sama-sama perbaiki diri..

    btw..nice entry..=)

    ReplyDelete
  19. sama2 kena belajar. aku juga kadang2 takterlepas dari menutup aurat

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****