Tajuk: ...Hujan Pun Menari...
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: NB Kara S/B
Harga: RM29.50 (semenanjung)
Muka surat: 892
Sejak pagi semalam saya menghadap novel yang sangat tebal ni. Sampaikan langsung tak online, sehinggalah lewat malam baru buka blog untuk taip entri (target satu hari, satu entri). Akhirnya pagi tadi selesai jugak membacanya.
Mula-mula tak minat nak baca, sebab sekali tengok macam novel cinta semata. Tapi sebab ia karya penulis terkenal, saya nak cuba baca jugaklah. Memang tak mengecewakan. Cerita kekeluargaan, persahabatan, kehidupan masyarakat kampung dan cara hidup Islam. Banyak jugak diselitkan hadis-hadis, nilai-nilai murni dan info industri perkapalan. Cuma saya tak berpuashati pada penghujung cerita, ada watak-watak yang tergantung pengakhirannya. Sedangkan saya sangat ingin tahu apa kesudahan hidup watak tersebut.
Sinopsis
Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari yang lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu harus tabah. Sebagai anak sulung, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan.
Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan, ketika gelap, ketika cahaya suram...sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkah berlari..Qurban..lelaki itu tetap di sisi.
Petikan Novel
Muna, Allah tidak menjanjikan hari-hari yang kita lalui tanpa diduga. Bahkan kita tahu juga, Allah tidak pernah menjanjikan yang siang mataharinya terus bersinar, bahkan Allah tidak pernah berjanji yang hujan tidak akan turun di siang hari. Tetapi Allah menjanjikan kekuatan dan ketabahan buat kita semua. Allah sudah menetapkan segala ganjaran.
kalau kisah cinta lamak....susah sikit nak hadam
ReplyDeletetapi kalau ianya kisah2 tentang masyarakat. paling laju.
ReplyDeletesuka part last petikan novel tu...kata2 motivasi tu :)
ReplyDeletebanyka mmbaca buku kak ujie ni...bgus tuk minda..
ReplyDelete#nak baca juga,tapi tkde bahan..ehhe
pinjam je la mampu^^
892 muka surat....tebal laaaa.....yg nipis sikit ada tak >_<
ReplyDeleteTP:
ReplyDeleteDlm novel ni..ujung2 baru ada kisah cinta.
TIHARA:
Sbb tu saya amik ia jd petikan novel..boleh bg motivasi sekali. ^_^
WS:
ni pun novel free, hadiah peraduan..
Sblm2 ni mmg pinjam dari library awam pun.
KARUKORD:
hehe..biasa saya baca mmg tak tebal gini pun. Baru beberapa novel je ni yg tebal sgt.
Otai ni Norhayati Berahim ni. Byk betul idea dia.
ReplyDeletelama sangat tak baca novel. btw, Norhayati ni memang tak pernah kecewakan peminat novel. serious! :)
ReplyDeletebest ke citer ni...xpernah baca lgi..
ReplyDeleteizan dah lama tak layan novel ni ujie... dulu2 masa bujang mmg syoklah. dah ada anak2 masa mcm terhad sgt2...
ReplyDeletemuna? wataknya muna?
ReplyDeletehehe =D
Nmpk menarik....
ReplyDeleteAssalamualaikum Ujie,
ReplyDeleteDengar macam best ja nih....
hujan pun menari..tajuk pun dh unik tu..
ReplyDeletedengar pada sinopsis tu macam best je...
ReplyDeleteacik dah baca novel ni dan semua novel norhayati berahim..
ReplyDeleteoo ini novel yang akak update status kat g+ tu eyh?:)
ReplyDeletekarya NB ni mostly best2 belaka..