Wednesday, 2 May 2012

Lelaki Dayus?

sumber: google
Dalam entri Suami Nusyuz, ada yang bertanya apa bezanya dengan suami DAYUS?

Memang ada beza. Secara ringkasnya, berdasarkan hadis berikut:

 قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Beza bukan? Suami nusyuz enggan menunaikan hak spiritual dan material, manakala suami dayus pula membiarkan saja kejahatan dilakukan oleh isteri dan keluarganya. Samada berlaku nusyuz atau dayus, keduanya adalah berdosa.

Bila lelaki dikatakan DAYUS? Antaranya:

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

(Untuk membaca sumber asal entri ini beserta penjelasan yang terperinci, sila KLIK DI SINI.) 


*Sebagai isteri dan anak, kita juga bertanggungjawab membantu suami/ayah tersayang daripada menjadi LELAKI DAYUS. Bagaimana? Fahami dan patuhi suruhan Allah, tinggalkan larangan-Nya!*

18 comments:

  1. dulu2 selalu pikey , laki dayus ni laki yang suka pukul perempuan ..

    ReplyDelete
  2. Erm...kdg2 kita anggap sesetgah perkara remeh je kan,
    tp tanpa sedar myumbang kpda perkara buruk..

    Smoga, kita saling mgingagatkan yg kdangkala leka..

    ReplyDelete
  3. Memang banyak orang yang memandang remeh perkara2 sebegitu...

    ReplyDelete
  4. yang no 4 tu ramai bapak2 yg buat kan. Dayus sungguh.

    ReplyDelete
  5. betul tu :) terima kasih kak atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  6. betul tu kak..lelaki yang masak untuk bini tak semestinya dayus..term2 dayus macam nie yang selalu masyarakat terlupa..hehehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Besar tanggungjawab sebagai seorang suami :)

    ReplyDelete
  8. lelaki dayus ni sama dengan macam pengecut lah kan...
    ke lain.....

    ReplyDelete
  9. nauzubillahhh.... terimalah teguran suami jgn sampai mereka dianggap dayus kesiannn...

    ReplyDelete
  10. perkogsian menarik akk. terima kasih. jmput singgah blog, jmput bc entri TERKUNCI :)

    ReplyDelete
  11. Mintalah dijauhi suami yg dayus dan nusyuz.....

    ReplyDelete
  12. owh..baru paham..ada beza 2,2 nya eyh..orang laki patut baca ni..

    ReplyDelete
  13. IKT:
    mmg biasa org faham gitu tia..
    sbnrnya kalau pukul, masuk kategori suami nusyuz.

    AA:
    betul, bila tak tau mmg kita rasa hal remeh. tu penting cari tau.

    LYD:
    ramai yg tak tau kot..

    AZLAN:
    iyelah..dayus ni antara term yg disalah faham oleh org kita.

    KARUKORD:
    takpe, Allah bg t/jawab..Allah pun bagi hak besar pd suami. Hak utk ditaati oleh isteri & anak.

    EITA:
    boleh gak..pengecut nak betulkan hal salah pd anak isteri.

    MASYA:
    kdg suami tu mmg tegur, tp kita yg isteri buat tak tau je kan..

    PRETTYWRITE:
    prmpuan pun kena baca, biar faham tugas org lelaki..senang kalau sama2 faham.

    ReplyDelete
  14. terima kasih. baru ku mengerti

    ReplyDelete
  15. bila dunia dah akhir zaman ni... makin ramai lelaki dayus, kadang2 sedih sangat tgk sbb mereka pun di keliling kita juga...

    ReplyDelete
  16. IZAN:
    betul tu..mmg ada disekeliling saya jugak. kita dah tegur pun, tetap gitu. sedih tau..

    ReplyDelete
  17. huhu.. thanks kak ujie kerana mengingatkan...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****