Friday 11 May 2012

Sombongkah Kita?

Menghayati alam ciptaan-Nya...membuat diri terasa kebesaran-Nya.
(Sumber gambar: TelorPower)

Kita adalah orang yang sombong jika:
- memandang diri sangat sempurna dari semua segi.
- sering memandang rendah orang lain.
-menganggap orang lain tidak layak untuk mengerjakan suatu urusan.
- enggan menerima kebenaran.

"Tahap kesombongan yang paling dahsyat adalah sombong kepada Allah
 dengan cara menolak kebenaran dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya."

(sumber: Solusi isu 40)
******************************
Sombong sesama manusia, mudah kita fahami. Sombong dengan Allah? Bila kita tak mau ikut perintah Allah- apa yang dilarang itu yang kita buat dan apa yang disuruh itu yang kita tinggalkan. Kita tau hukum halal dan haram, tapi tetap memandang ringan dan tak kisah pun. 

Sombongkah kita? Sama-sama berfikir dan perbaiki diri. Tinggalkan semalam yang kelam, mulakan langkah baru hari ini!

19 comments:

  1. Erm... tersentap jugak. Kdg2 ada jugak sombong dgn Allah secara tak sengaja. Huhu. Ujie, majalah Q&A pernah beli tak? Tu pun best jugak.

    ReplyDelete
  2. insya'allah....
    sama2 kita memperbaiki diri....

    ReplyDelete
  3. Muhasabah dan tazkirah diri dihari jumaat yang mulia.... adakalanya tanpa sedar kt telah banyak melakukan dosa disisi Allah..

    ReplyDelete
  4. sy rasa masih sombong dgn Allah SWT :(

    ReplyDelete
  5. eh, lupe nak ckp Assalamualaikum & selamat pagi kak ujie =)

    ReplyDelete
  6. kadang2 tanpa sengaja kita jadi sombong dgn Allah... malunya!

    ReplyDelete
  7. Sy suka gak majalah Solusi tu. Klu langgan scr tetap, mgkn dpt diskaun kan?

    ReplyDelete
  8. dgn kak ujie sy tak sombong tau....
    dgn org lain pun tak.

    agaga.

    ReplyDelete
  9. LYD:
    saya pun sama, dlm menulis ni tetap terasa tau.

    Q&A tu baru sekali beli, last week. Blm baca pun, nak abiskan solusi ni tak siap2. kalau novel..sehari je!

    MASYA:
    yg sombong kpd Allah ni mmg saya sndiri tak perasan..

    MUNNA:
    wa'alaikumussalam..org bg salam wajib jawab kan..^_^

    akak pun rasa mcm Mun..masih ada sombong!

    IZAN:
    betullah..

    PAA:
    ada diskaun, tapi selepas masuk kos pos. Kalau dikira2, lebih jimat beli sendiri. Lagipun kat KL/Selangor ni mudah dpt. Kalau tmpt yg susah tu, elok langganlah.

    saya pun tak langgan..yg kdg2 beli ni pun punyalah lama nak siap baca.

    NIZA:
    awak hot..mmg la tak sombong! ahaa..^___^

    ReplyDelete
  10. saya rasa saya tak sombong..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  11. minta dijauhkann dari sifat sombong nie huhuh

    ReplyDelete
  12. terima kasih ujie...

    aku juga kadang kala 'sombong' pada Pencipta kerana lalai. moga aku dapat mengikis rasa 'sombong' itu secara berperingkat.

    Sama2lah kita ke jalan yang BENAR. AMIN

    ReplyDelete
  13. sama2 kita jauhkan perasaan ini.. amin~

    takut juga kalau jadi orang sombong tu.. kadang2x terselit juga perasaan seperti ini.. nauzubillah.. jauhkan lah.. insyaAllah.. terima kak ujie telah memperingatkan saya.. ^_^

    ReplyDelete
  14. sebab tu ujian kesusahan selalu membuatkan kita makin dekat padanya...ujian kekayaan buat org jd sombong...

    ReplyDelete
  15. kadang kala bongkak itu datang tanpa kita sedari..semoga dijauhi..

    #cantik kinabalu^^ excited balik kampun..

    ReplyDelete
  16. kadang2 tu kita tak berapa nak sedar bila kita sombong....

    ReplyDelete
  17. sebelum ni "sombong" .. tapi insyaAllah lepas ni , tak akan ..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****