Tuesday, 8 May 2012

Rahsia Azan & Iqamat Di Telinga Bayi

sumber: Google
Seperti yang kita tahu, Islam mensyariatkan supaya AZAN dilaungkan di telinga KANAN, dan IQAMAT di telinga KIRI bayi yang baru lahir. Jadi apa rahsia disebalik laungan tersebut? Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah, antara rahsianya adalah seperti berikut:
  1. Kalimah-kalimah memuji kebesaran Ilahi yang disifatkan sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati sanubari insan yang baru lahir.
  2. Satu penyataan syariat Islam yang berperanan mendahului dakwah syaitan terkutuk dan mengekang arus nafsu syahwat.
(sumber: Buku Indahnya Hidup Bersyariat)

10 comments:

  1. agar bayi itu bila lahir akan menyerap kata-kata yang baik agar terpelihara dirinya..:)

    ReplyDelete
  2. macam itulah yg sebaik²nyakan.. lps tu beri orang alim bacakan kurma dan letak pada lelangit bayi.. supaya baby menjadi anak yg soleh dan bermulut baik..

    ReplyDelete
  3. Moga dipraktikkan oleh bakal2 ayah...

    ReplyDelete
  4. Tapi kenapa azan kat telinga kanan dan iqamat di telinga kiri?

    ReplyDelete
  5. btul, spatutnya kalimah Allah paling awal diperdengarkan kat telinga baby kan?

    ReplyDelete
  6. LYD:
    kat buku ni tak dinyatakan kenapa dan saya tak berani nak bagi pendapat tanpa ilmu.

    Tapi ada disertakan sebuah hadis yg bermaksud, "Abu Rafi' berkata: Saya melihat Rasulullah SAW membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin Ali yang baru dilahirkan oleh Fatimah." -hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

    Wallahu a'lam..

    ReplyDelete
  7. Memang azan dan Iqamat nielah dibuat sebaik bb lahir....

    ReplyDelete
  8. sebelom perkataan lain meresap...biar kalimah allah dulu mendahuluinye...

    ReplyDelete
  9. owh..thanks 4 da knowledge sharing nie kak..hehe :)

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  10. tp orang moden zaman sekarang ms dalam perut lg dah bg dengar macam2 jenis lagu n muzik..hehehe..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****