Wednesday 23 May 2012

Satu Keluarga Satu Lampu


Kempen Satu Keluarga Satu Lampu ini adalah anjuran Aqsa Syarif, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Sebuah pertubuhan yang dipercayai untuk kita menghulur dana. Sila klik link untuk 'melihat' organisasi terbabit.

Kata-kata penganjur:
Assalamualaikum Semua, Aqsa Syarif telah melancar kempen 1 Lampu 1 Keluarga untuk Palestine. Ketiadaan bekalan eletrik yang kekal telah menyebabkan kesukaran hidup rakyat Palestine. Sejak 2006, Israel telah mengebom dan memusnahkan kesemua 6 transformer di satu-satunya stesyen penjana eletrik Gaza. Bekalan eletrik bergantung kepada generator persendirian, tapi kebanyakkan tidak mampu. Israel menawarkan bekalan eletrik ..... tapi akan dipotong bila-bila masa mereka suka. Anak-anak terpaksa membuat kerja-rumah berbekalkan beberapa batang lilin. Aqsa Syarif telah melancarkan kempen menaja LAMPU SOLAR kepada setiap keluarga Palestine di Gaza. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 1000 lampu akan dibawa ke Palestin dalam misi pertengahan Jun nanti. HANYA RM60 setiap lampu.

Cara untuk menyumbang:
1. Bank-in jumlah yang anda ingin taja kepada akaun AQSA SYARIF (Maybank : 5515 7500 4299 / Bank Islam 12 092 01 003490 4) 
2. Kemudian SMS kepada 012-528 2531, maklumkan untuk TAJAAN LAMPU serta jumlah yang di bank-in. Nyatakan jika resit diperlukan. Contoh : "Salam, sy dah bank-in RM120 utk TAJAAN 2 LAMPU. Resit diperlukan".


p/s: Kita di sini merungut bila bekalan elektrik terputus walau seketika. Sekarang kita fikirkan pula situasi mereka di sana. Menyumbanglah SATU lampu untuk mereka! 

15 comments:

  1. dan Israel x benarkan bantuan bekalan minyak di bawa masuk juga menyebabkan sumber elektrik mereka sgt terhad..dgr dlm Assalamualaikum hari ahad lepas..huhu

    ReplyDelete
  2. sedihnya tengok..dalam keadaan macam tu pun mereka masih berusaha belajar kan..haritu tengok dekat rancangan apa ya yang anak dia mati dalam serangan israel..siap rumah dia ada komputer lagi..rupanya mak ayah educated jugak..ingatkan org palestine semua susah tak tahu apa2..huhu..sila tafsir tapi rumah diaorang tetap dalam keadaan yang menyedihkan..

    ReplyDelete
  3. sedih....

    setakat nu saya tak pernah lagi menyumbang apa2 selain doa untuk mereka...

    Insyaallah ad REZKI NANTI..

    ReplyDelete
  4. insya Allah..


    bilakah nasib rakyat palestin akan terbela..masing2 pentingkan diri..

    ReplyDelete
  5. CK:
    ooh..thanks kongsi cerita tu.

    PRETTYWRITE:
    iyelah..semangat mereka tetap berkobar utk bebas.

    ReplyDelete
  6. AA:
    doa jugak satu sumbangan. doa kita saudara se-muslim mmg amat diperlukan.

    TIHARA:
    palestin adalah isu agama secara khususnya & isu sejagat secara umumnya. Palestin akan terbela jika semua pihak mmg betul2 berusaha ke arah itu.

    ReplyDelete
  7. baru xde letrik seminit dah bising saya ni....mereka lebih lagi serba kekurangan..insaf..

    ReplyDelete
  8. sama2 kita ingat mengingati..

    ReplyDelete
  9. Memang kasihan kat org Palestin nie,Insya Allah.

    ReplyDelete
  10. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing..ayoh, kita membantu..bantuan kita amat bermakna utk mereka..

    ReplyDelete
  11. kita kat sini takde api kejap je dah merungut2

    ReplyDelete
  12. tringin nk tolong dorg...hanya doa mampu sampaikan..insyaallah dh keje nti, ct akn sumbangkan yg mampu :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****