Wednesday 25 January 2012

Papan Iklan di Kelantan

Perkara yang UNIK di Kelantan, tetapi hampir lupa untuk saya ceritakan..mengenai papan iklan dan papan notisnya. Terima kasih kepada Munnafendy yang sebut mengenai papan iklan tulisan jawi dalam komen entri sebelum ini.

Papan Iklan Dengan Model Menutup Aurat

(sumber: blog aneroid)
Saya terlupa nak ambil gambar begini, ni mohon ambil dari blog aneroid.
Belum pernah saya temui negeri yang mewajibkan semua papan iklan mesti ada tulisan jawi dan model perempuan mesti menutup aurat. Jika ke Kelantan, kita akan dapat melihat wajah-wajah selebriti seperti Fara Fauzana dan Maya Karin ayu bertudung dengan pakaian yang sedap mata memandang. Bagaimanapun menurut blog aneroid, gambar ini diambil di Kedah. Nampaknya Kedah dan Kelantan sama ya.

Kenapa perlu model iklan menutup aurat? Kerana ia mendidik secara tak langsung agar para muslimah berpakaian menurut syarak dan masyarakat non-muslim pula lebih memahami Islam daripada perspektif cara berpakaian. Papan iklan begini juga mewujudkan suasana keislaman, sesuai dengan Malaysia sebuah negara Islam menurut perlembagaan.

 
Papan Tanda Niaga Tulisan Jawi

Maaf, yang ni tiada gambar nak ditunjukkan. Papan tanda perniagaan di setiap premis perniagaan di sini turut disertakan dalam tulisan jawi. Samada ia bank, kedai bengkel kereta milik kaum cina...semuanya tak terkecuali. Kadang-kadang ada perkataan yang agak kelakar bila ditulis dalam tulisan Jawi. Apa pun ia satu usaha murni untuk memartabatkan tulisan Jawi yang kian dilupakan.


Papan Notis Peringatan

Harap boleh baca, gambar ni diambil secara tergesa-gesa.
Papan notis ni saya temui di tepi sungai Kelantan, iaitu berhadapan hotel penginapan kami semasa di KB. Kedudukannya memang sesuai sebab kawasan ni menjadi tumpuan orang ramai berkumpul, terutamanya di sebelah petang dan malam. Adanya notis peringatan begini, sekurang-kurangnya pihak kerajaan negeri sudah ada usaha untuk mencegah perbuatan tidak sopan yang menyalahi syarak.


p/s: Berbahagialah menjadi rakyat Kelantan kerana mempunyai pemimpin yang berani buat usaha sebegini. Walau nampak kecil, tapi amat besar maknanya!

18 comments:

  1. Kelantan harus dipuji..kat Gua musang pun mesti tulis jawi kat signboard meka :)...kalau kt pasa malam..masuk azan maghrib,perniagaan dihentikan serta merta..pastu sambung balik mcm biasa..bagus kan :)

    ReplyDelete
  2. Alohla..merangkak ni bw kak ujie..pakai fon gak gini la..hee..terharu baca entry ni pasal negeri kita..hik hik..

    Tu la kat kelate mmmg wajib tulisan jawi kat premis..kalo tesco tu baca kot jawi jadi 'tisku'..haa

    ReplyDelete
  3. tak pernah sampai ke Kelantan lg...

    ReplyDelete
  4. tak perasan plak time saya pergi kat sana..tapi ia satu langkah yang bagus..selain dari menjaga aurat ia juga membuka peluang untuk model yang bertudung untuk mencari rezeki..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. pernah tgk juga sbb ms g kelantan dl..maya karin jd duta nescafe kot..so maya karin pakai tudung..ngeee ;p..

    jarang nmpk ppuan kat kelantan xpkai tudung..tp still ada kan..huu

    ReplyDelete
  6. selama aku pi kelantan tak perasan plak papan iklan macam nie ujie. wah...rasa bangga plak tgk.

    ReplyDelete
  7. tihara:
    wah..camtu ya. bagusnya!
    susah nak bentuk kesedaran & budaya gitu.

    prettywrite:
    lah siannya yana..merangkak ya! ^__^
    'tisku'..mmg kelakar..hahaa

    papa mifz:
    plan la ke kelantan..ada kelainannya.

    ReplyDelete
  8. dekat kedah pun sy penah tengok papan iklan model kena pakai tudung... hehehhee

    ReplyDelete
  9. Salam Ujie..,

    Itulah antara kelebihan Negeri Kelantan...dan sepanjang jalan ada saja sign masjid semuga aman dan tenteram serta terus maju...Insyaallah...aaminnn

    ReplyDelete
  10. azlan:
    kot masa azlan pegi tu blm dikuatkuasakan..

    j.ira:
    betul..ada jumpa segelintir je free hair.

    TP:
    kan..rasa bangga, seronok.
    masa mula2 tengok tu, terus tersenyum!

    lia:
    masa kat kedah..boleh plak akak tak perasan.

    ReplyDelete
  11. azmnor:
    betul..ni la antara kelebihan kelantan. berbeza dgn tmpt lain di malaysia. kalau tak pernah dtg mmg tak tau benda2 gini.

    ReplyDelete
  12. tak pena pergi kelantan lagi..teringin nak pergi sis..heheee

    ReplyDelete
  13. Begitulah sepatutnya...
    Kat kl pun sekarang ramai jugak ambil model bertudung...

    ReplyDelete
  14. satu langkah yg betul dan perlu dipuji...

    ReplyDelete
  15. WS:
    carilah masa ya..jauh perjalanan, luas pengalaman.

    tea:
    sepatutnya..tapi segalanya terletak pada pihak berkuasa. ^_^

    khaifaiz:
    yup! saya mmg kagum dgn pemerintah kelantan.

    ReplyDelete
  16. kat kelantan kaum wanita yg ramai berbisnes kat pasar kn..mmg unik la.tulah dulu tengok papan iklan,pastu ada kawan ckp, ni kalau kat kelantan mesti versi bertudung...:)

    ReplyDelete
  17. aishah:
    a'ah..majoriti wanita yg kuasai bisnes kat sana. gigih mereka bekerja.

    ReplyDelete
  18. kat kelantan mmg selalu ada tulisan jawi..bangga duk kelantan...hehehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****