Friday, 27 December 2013

Fenomena Laut Terbelah Dua

 
Info ringkas :
  • berlaku di Pulau Jindo, wilayah Jeollanam-do di kawasan barat daya Korea Selatan. Pulau ini adalah yang ketiga terbesar di negara itu dan terletak berhampiran pulau Jejudo dan Geojodo.
  • lautan yang sebelum ini dipenuhi air dan secara tiba-tiba terbelah dan membentuk laluan sementara sepanjang 2.8 kilometer dan selebar 40 hingga 60 meter.
  • menghasilkan laluan bagi menghubungkan dua daratan yang sebelum ini ditenggelami air. Ia juga lazimnya berlaku pada jam 5 atau 6 petang dan disambut menerusi pesta besar-besaran yang dikenali ‘Jindo Yeongdeung Festival’ atau Pesta Laut Terbelah Jindo.
  • berlaku atas faktor semula jadi iaitu berlakunya pertembungan arus surut secara serentak yang menyebabkan paras air surut sebanyak enam hingga tujuh meter.
 

Kisah Nabi Musa belah samudera

Fenomena laut terbelah dua bukan perkara baru kerana ia pernah berlaku pada zaman Nabi Musa yang ketika membawa pengikutnya yang taat kepada Allah melarikan diri daripada kekejaman Firaun, pemerintah Mesir.

Namun begitu, besar perbezaan dengan apa yang berlaku di Korea Selatan kerana perkataan terbelah dan membelah itu sendiri membawa makna berlainan. Kejadian laut terbelah di Korea Selatan berpunca daripada faktor saintifik sedangkan keupayaan Nabi Musa membelah Laut Merah pada tanggal 10 Muharam dengan tongkatnya adalah disebabkan mukjizat yang dikurniakan Allah kepada baginda. Apapun, keduanya berlaku atas kehendak dan kekuasaan Allah.
 
---------------------------------------------------------------------------------------------
 
Teringat masa bercuti di Pulau Pangkor dengan kawan-kawan belajar masa zaman muda remaja dulu. Kami sewa kayak dan berkayak ke sebuah pulau kecil (tak ingat nama). Lepas puas melepak, kami pun nak balik. Sekali tengok ada bahagian yang air dah surut, orang selamba jalan kaki je dari Pangkor ke pulau satu lagi ni. Yang kami ni pulak berkayak dalam kepayahan. Sebab bahagian yang ada air dah tak dalam dan banyak karangan laut. Adeh...


Thursday, 26 December 2013

Model Baru Saya!

 
Sesi photoshoot bersama model baru...pagi tadi.
 
Model baru...mannequin yang dibeli semalam dengan harga promosi RM188. Sebelum tu ada tanya kat kedai lain, dapat RM198. Ada kawan beli di GM Klang harganya RM240. Saya beli di KST Display System Sdn. Bhd., kedainya terletak di Nilai 3. Ada 3 buah cawangan lagi: Bandar Botanic, GM Klang (ada dua di Klang, Selangor) dan di Kenanga Wholesale City, Kuala Lumpur. Saje tulis kot ada yang mencari.
 
Masuk kedai ni ada bermacam-macam produk untuk keperluan para peniaga. Harga pun macam tak mahal je. Insya Allah lain kali saya nak beli rak aluminium pulak, nak susun stok tudung dan baju kat rumah.  
 
Ok, kerja seterusnya yang menanti...ukur tudung, edit gambar sebelum publish dan di buka untuk jualan.  Leceh jugak kerjanya, tapi kalau dah minat tak terasa sangat.


Tuesday, 24 December 2013

Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

Tajuk : Mengemudi Bahtera Perubahan Minda
Penulis : Mohd Asri Zainul Abidin
Penerbit : Utusan Publications & Distributors S/B
Harga : RM35
Muka surat : 400
 
Buku terbitan tahun 2010 ini merupakan himpunan tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam kolum tetap beliau "Pena Mufti" di Mingguan Malaysia sejak 11 Mac 2007. Ia mengupas dan membincangkan pelbagai topik seperti pegangan masyarakat, hiburan dan politik dari sudut pandangan Islam.
 
Membaca buku ini membuatkan minda kita turut berfikir dan ada topik yang mampu menjernihkan persoalan yang bermain di minda saya. Sungguhpun saya suka membacanya, tapi berbulan jugaklah saya nak menghabiskan buku ini dek kemalasan minda menerima bahan bacaan yang kurang santai.
 
Petikan Buku
Topik : Bertanya Dalil
Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil tentang amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata-mata. Ada orang yang mengalami sakit mata dan telinga berkata: "Saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat, nanti batal puasa saya". Saya bertanya kepada dia: "Siapa yang menyatakan batal?". Dia berkata: "Ramai yang kata macam tu".
 
Dalam hadis disebutkan, yang bermaksud:
Rasulullah S.A.W. bercelak sedangkan baginda berpuasa.
(Riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani)
 
Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu Baginda tidak melakukannya. Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau dahaga pada bulan puasa, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu Asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedangkan dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Imam Malik dalam al-Mawata', Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd ar-Rahman meriwayatkan yang bermaksud:
 
Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: "Aku melihat Rasulullah S.A.W. di al-'Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas."
 
(huraian selanjutnya baca di m/s 111, buku ini)
 
*Semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang baru kita tahu. Begitulah luasnya lautan ilmu*


Monday, 23 December 2013

Akukah Yang Cerewet?

Alhamdulillah, hari Rabu lalu saya dan suami dah dapat kunci rumah kami. Memang gembira sebab inilah rumah pertama milik sendiri. Tapi agak geram dan rasa tertipu sebab...
 
Ni bilik air master bedroom kat rumah contoh...tiles moden yang membuat saya jatuh cinta. Juga antara sebab saya setuju beli rumah ni.
 
Geram...inilah rupa bilik air master bedroom kat rumah saya. Lain!
Dah la lain, warna suram dan biasa-biasa je.
 
Mungkin ramai yang tak kisah, janji ada tiles dah okey la tu. Tapi saya rasa tertipu. Masa tengok rumah contoh lebih setahun yang lalu, beria sales person tu cakap.."Apa yang ada kat rumah contoh ni, semuanya sama dengan rumah yang akan kita buat". Disebabkan teruja tengok kemasan dalam rumah contoh tulah, saya setuju beli.
 
Andainya saya dapat rumah ni dengan harga rendah, saya mungkin tak berapa kisah. Tapi bila kita beli rumah dengan harga zaman sekarang yang melambung sesuka hati, tentulah saya rasa sakit hati! Ini baru satu perkara yang saya perasan, entah apa lagi yang berbeza di antara rumah contoh dengan rumah sebenar yang saya dapat.  
 
Tindakan kami? Buat surat kepada pemaju Sunshine Haven (pemaju utamanya Seri Pajam Development). Minta ganti yang cantik atau beri ganti rugi. Surat tu beri jugak kepada Jabatan Perumahan Negara (terima kasih blogger JR yang cadangkan dan beri alamatnya dalam entri lalu..) dan firma arkitek yang bertanggungjawab. Pada masa yang sama, kami dah bersedia sekiranya pemaju tak layan surat kami. Prinsip saya, jangan tewas sebelum berjuang! Kalau tak buat apa-apa usaha, seumur hidup setiap kali masuk bilik air ni saya terkenang-kenang pulak.
 
 
p/s: Seorang bakal jiran baru (lelaki) berkata, dia tak kisah lain. Janji ada tiles. Hmmm...akukah yang cerewet melampau?



Wednesday, 18 December 2013

'Pendrive' Tiruan?

Pendrive storan 128G jual serendah RM9! Murah sangat-sangat. Tapi awas! Harga yang terlampau menarik pasti bersebab. Korang mungkin terbeli pendrive storan tiruan. Anak sedara saya pun dah terkena. Masa kami sama-sama ke Pasar Pagi Temerloh awal bulan ni, ada sorang lelaki jual pendrive yang sangat murah. Anak-anak sedara pun tertarik nak membeli. Saya dan suami tak halang, walaupun kami sangsi kenapa murah sangat.
 
Baru-baru ni, anak sedara bagitau pendrive tu 'bermasalah'. Dan selepas tu barulah saya jumpa artikel berkenaan pendrive tiruan ni. Memang sah la dah kena tipu!
 
----------------------------------------------------------------------------- 

Sedikit info berkenaan pendrive storan tiruan yang saya 'copy & paste' dari amanz.my.:
 
Storan tiruan merujuk kepada storan kapasiti rendah yang telah digodam, jadi ia boleh menunjukkan jumlah storan yang lebih besar daripada yang sepatutnya hadir di dalam storan USB tersebut.
 
Storan seperti ini akan mengatakan ia mempunyai kapasiti yang telah diperbesarkan pada sistem operasi, yang mana ia akan memberitahu jumlah storan yang salah sekiranya kita melihat properties storan ini. Storan tiruan boleh beroperasi secara normal pada kapasiti rendahnya akan tetapi sekiranya ia mencapai tahap kapastiti ‘sebenarnya’, file di dalamnya akan mula corrupt dan turut berpotensi menghilangkan data secara besar-besaran.
 
Untuk bacaan lanjut dan lebih terperinci, korang bacalah sendiri kat amanz.my ni ya. Untuk pengetahuan supaya kita tak tertipu.
 
 

Tuesday, 17 December 2013

Review Bersama Blog HT

http://herba-tihara.blogspot.com/2013/11/review-bersama-blog-ht.html
 
 
Nak blog korang di 'review'?
Klik je banner kat atas.
 
Jom ramai-ramai kita meriahkan segmen anjuran sahabat blogger TIHARA.
^_____^

BUNGA Orkid Harimau

Alhamdulillah...hujung minggu lalu saya balik kampung.
Kalau dalam catatan bulan lepas, saya ada tunjukkan kat korang gambar putiknya.
Kali ni saya nak tunjuk pulak bunga Orkid Harimau ni.
Rasanya, pertama kali juga saya tengok.
Berbau wangi,  warna dan corak yang cantik!
Mungkin sebab coraknya, ia dinamakan Orkid Harimau.
 
 
 
 
Warna nampak lain sikit sebab yang ni ambil awal pagi,
cuaca tak cerah. Air embun pun masih ada tu..
 
Bunga akan mula berkembang dari bahagian bawah tangkai.
 
 
Saya ambil gambar banyak sebab orkid ni agak susah berbunga. Kalau berbunga pun tak banyak. Kali ni kira banyak, ada 9 tangkai semuanya. Nak tanam takde ruangan dan tak berapa rajin pun. Simpan gambar jadiklah. ^__^
 


Friday, 13 December 2013

Tatacara Memberi Salam Dalam Solat

Hari ni kita cerita bab rukun solat. Ada 13 rukun, tapi entri ni kita fokus pada RUKUN KEDUA BELAS : MEMBERI SALAM YANG PERTAMA.
 
 
Kebanyakkan di antara kita akan paling kepala ke kanan beri salam, lepas tu tundukkan kepala sebelum paling kepala ke kiri pulak. Perbuatan ni TAK PERLU dilakukan sebab tak dinyatakan dalam rukun solat dan tiada dinyatakan/dianjurkan dalam mana-mana hadis sahih.
 
Kalau buat jugak? Memang tak berdosa, sebab selepas je salam pertama bermaksud kita dah habis solat. Cuma tak perlulah kita perlu buat perkara tanpa sebab dan sekadar ikut-ikutan.
 
 
Selepas beri salam kedua, menjadi kebiasaan di kalangan kita untuk menyapu dahi/muka. Perbuatan ni pun TAK PERLU dilakukan, alasan yang sama macam di atas. Kalau buat jugak? Jawapan pun sama macam di atas jugak ya.
 
YANG BETUL: Memberi salam yang pertama itu wajib (sebab rukun solat). Perbuatan berpaling ke kanan dan kiri pula adalah sunat. Jadi, kita cuma perlu berpaling ke kanan dan kiri dengan memberi salam tanpa perlu kepada perbuatan seperti dalam gambar-gambar di atas.
 
KESIMPULANNYA: Dalam apa jua perbuatan perlulah disertakan dengan ilmu, bukan sekadar ikut apa orang buat. Macam dalam bab solat ni kita perlu ambil tahu mana yang rukun dan mana yang sunat. (peringatan ni untuk diri saya jugak, yang masih belum sempurna dalam solat walau umur dah meningkat).
 

Wallahu a'lam.
 
*Betulkan yang biasa, biasakan yang betul*


Thursday, 12 December 2013

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah

Ahad, 1/12/2013
 
Dalam catatan lalu saya ada cerita pasal lawatan ke Lombong Bawah Tanah di Sungai Lembing, Pahang. Lepas tu saya terus ke Temerloh - rumah adik bongsu. Kat sana kakak saya sekeluarga dah menunggu. Esoknya selepas sarapan dan membeli di pasar pagi Temerloh, kami menuju ke Kuala Gandah, Lanchang.
 
CARA KE SANA? Dari susur keluar tol Lanchang, belok kanan. Kuala Gandah terletak kira-kira 12km dari situ.
 
Kami tiba di sana kira-kira jam 12 tengahari dalam renyai hujan. Orang tak ramai, mungkin sebab musim hujan dan aktiviti mandikan gajah bermula sekitar jam 2 petang. Sebelum masuk, kita kena mendaftar (nama & no. kad pengenalan). Staf bagitau, untuk hari tersebut tiada aktiviti mandikan gajah sebab air sungai naik tinggi. Sebenarnya kami tak kisah pun sebab tak sempat nak tunggu pukul 2 petang tu.
 
Lepas daftar, kita dapat pelekat ni. Lekatlah kat mana sesuai ya..
 
Suasana di kawasan yang menempatkan gajah untuk pengunjung bermesra.
 
Anak sedara saya buat aksi baling makanan ke dalam mulut gajah. Nampak segala lidah gigi gajah ni. Kalau jatuh kat kaki dia, gajah ni pandai ambil sendiri guna belalainya. Makanan iaitu tebu dan pisang boleh dibeli di gerai berhampiran. Tebu seikat RM3. Kalau nak bagi makanan percuma, kena tunggu pukul 2 petang.
 
Kesian yang kecik ni, tak sampai belalai dia nak ambil makanan dari pengunjung. Anak gajah ni sebenarnya terlibat dalam satu rakaman tv - 'Kids Discovery Channel' (saya tengok kat baju diorang).
 
Memang tinggi air sungai masa ni, patutlah aktiviti mandikan gajah dibatalkan.
 
Kalau korang nak ke sini eloklah di luar musim hujan dan datang sekitar pukul 2 petang untuk aktiviti mandikan gajah dan memberi gajah makan. Sebelum pergi eloklah baca info pusat konservasi ni di DI SINI. Bayaran? PERCUMA je sebab ni di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN.
 
 
p/s: Kat kafe tempat ni ada karipap istimewa...inti ikan. Sedap betul, rugi beli sikit je aritu.




Wednesday, 11 December 2013

Isi dan Kulit

Buah DELIMA...kulitnya memang merah cantik sampai tertarik membelinya.
Beli di pasaraya, harga memang mahal..RM5.90 sebiji ni.
Dengan buahnya yang besar, warna menarik...terbayang isinya yang manis.
Tapi isinya hampa....memang geram jugaklah.
Tertipu!
 
 
Buah DELIMA...kulitnya berwarna suram. Tak menarik pun.
Beli di pasar pagi Temerloh...RM10 untuk 5 biji ni.
Penjualnya kata isinya manis...kami beli untuk mencuba.
Memang betul...manis isinya!
Alhamdulillah.
 
 
*Terkadang kita tertipu dengan kecantikkan luaran sesuatu/seseorang, hingga kita terleka lalu mudah percaya.*


Tuesday, 10 December 2013

ROHINGYA - Derita Yang Terpinggir

 Mereka diserang, dibunuh, malah dibakar hidup-hidup.
Masjid, kubur, madrasah turut dibakar dan dimusnahkan.
Mereka dizalimi, dinafikan hak, terbuang di negara sendiri.
Pergerakan keluar mereka disekat, makanan dicatu.
Tiada wartawan mahupun pelawat dibenarkan masuk.
Tiada liputan khabar derita mereka.
 
Mereka...etnik Rohingya Muslim, di Arakan, Myanmar.

Etnik yang dinafikan kewarganegaraan.
Etnik yang cuba dihapuskan oleh etnik Rakhine Buddha.
Dengan sokongan dan tanpa halangan dari kerajaan Myanmar!
 
Masih mampukah kita berdiam diri?
Masih sanggupkah kita membiarkan ia berlanjutan?
Masih keraskah hati kita untuk membutakan mata?
Sedang segalanya berlaku tidak jauh dari kita...
Mereka...saudara se-agama kita.
Lakukan sesuatu!


Pelarian Rohingya...mencari titik bahagia di negara orang.
 
Anak-anak pelarian Rohingya yang dibantu oleh sebuah NGO di Malaysia.
 
Kehadiran delegasi OIC pada November 2013 lalu untuk meninjau keadaan
etnik Rohingya disambut dengan demonstrasi yang 'direstui' oleh kerajaan Myanmar.
Hasrat untuk bertemu dengan penerima Nobel Keamanan - Aung San Suu Kyi juga gagal.
 
Sepanduk penghinaan terhadap Islam.
 
Antara usaha NGO di Malaysia - mengadakan demo dan
menghantar memo kepada kerajaan Myanmar.
 
 

Sumber info/gambar:
Fb MAPIMkosmo, MERHROM,

*********************************************
 
Antara kempen dan usaha yang sedang berlangsung sekarang - BOIKOT SUKAN SEA di MYANMAR. Malangnya usaha sebegini dan seperti usaha/kempen lainnya, hanya berlegar dikalangan 'suara kecil'. Kerajaan Malaysia (yang dikenali sebagai negara Islam) nampaknya belum menjalankan sebarang usaha untuk menggesa jirannya-Myanmar, agar segera menangani isu ini. Di manakah pendirian kerajaan? Menyatakan pendirian/bantahan juga merupakan satu bentuk sokongan pada saudara se-agama kita di sana (dan yang sedang menjadi pelarian di negara kita).

Usaha kita? LIKE Fb MAPIM, sokong usaha NGO, fahamkan dan sebarkan isu ini kepada keluarga/kawan dan doakan kesejahteraan umat Islam yang tertindas ini.


 *Biar tampak kecil usaha kita, tapi ia sangat besar maknanya pada mereka yang memerlukan*
 

Friday, 6 December 2013

Peha Kanan Dicubit, Peha Kiri Turut Merasa Sakit

Mereka di sana sedang dilanda kesusahan...BANJIR besar.
Kita di sini masih lebih bernasib baik dari mereka.
Apa yang kita boleh bantu?
 
 
 
Berikut saluran menderma yang boleh dipercayai...
 
Derma duit ke IKRAM Pahang & IKRAM Kemaman.
 
 
Derma barangan melalui IKRAM. Yang ni untuk orang sekitar Bangi.
 
 
Derma duit dan derma barang melalui KUIS.
 
 
Banyak lagi saluran derma yang boleh dipercayai, saya sekadar letak beberapa.
Mungkin nak tolong mereka, jauh. Mungkin nak bagi derma barang, pun jauh.
Yang mudah, kita derma duit.
Yang paling mudah..doa.
 
Buatlah ikut mana kita mampu ya.
Atas dasar kasih sayang sesama insan.
Dan demi meraih kasih sayang Allah jugak.
 


Thursday, 5 December 2013

Sungai Lembing : Lombong Bijih Timah Bawah Tanah

(Notis: Entri ni banyak gambar...)

Sabtu, 30/11/2013
 
LOMBONG SUNGAI LEMBING atau digelar sebagai 'El-Dorado of The East'...inilah tujuan sebenar saya datang ke Sungai Lembing. Tiket dah beli awal masa di FLORIA 2013 lalu. Oh ya, masa saya pergi ni hujan turun tanpa henti (kadang lebat, kadang gerimis). Makanya, tak banyak gambar kat luar terowong dapat diambil untuk simpanan peribadi.
 
INFO : Lombong ini telah dibuka oleh British pada tahun 1888, sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 memberi persetujuan untuk menubuhkan Pahang Consolidated Company Limited (P.C.C.L.). Lombong bijih timah ini merupakan yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia. Lombong ini juga dikenali sebagai TABETO atau TAI PEI TONG (oleh penduduk setempat). Ia menamatkan operasi pada tahun 1986. (Info lanjut sila klik DI SINI)

CARA KE SINI? Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Pantai Timur sampai ke Kuantan dan memandu mengambil masa kira-kira tiga jam. Keluar di Plaza Tol Kuantan, belok kanan di lampu isyarat pertama dan ikut arahan pada papan tanda. Sungai Lembing adalah kira-kira 27 km atau 30 minit pemanduan. Perkhidmatan bas setiap jam disediakan dari terminal bas Kuantan.

Bila sampai di pekan Sungai Lembing, terus je sampai hujung pekan. Akan nampak Muzium Sungai Lembing atas bukit sebelah kiri. Laluan ke lombong terletak bersebelahan dengan laluan ke muzium tadi.
 
1. Harga tiket.
 
2. Penerokaan ke terowong lombong bawah tanah bermula di sini...
 
3. Pengunjung akan dibawa masuk menggunakan 'gerabak mini' ini.
Cuma untuk 80 meter je tau, lepas tu sila jalan kaki sendiri!
 
4. Beginilah rupa dalam terowong lombong. Ini bukanlah rupa asal,
dah ditambahbaik untuk keselamatan dan kemudahan pengunjung. Kita perlu berjalan
kaki melalui laluan begini sejauh lebih 500 meter (jangan risau, tak sampai 1 km pun). 
 
5. 'Air Terjun Mini' yang mengalir dalam terowong lombong ini.
Mungkin sebab kat luar tengah hujan.
 
6. LUBANG SEJUTA...khabarnya di bahagian inilah aktiviti perlombongan haram
dilakukan selepas lombong ditutup. Kumpulan pelombong berjaya kumpul hasil RM1juta!
 
7. Lubang sejuta...kelihatan struktur terowong yang dah runtuh di kawasan ni.
Patung pelombong, dulu memang pakai macam ni sebab dalam terowong kan panas.

8. Dalam terowong ni ada banyak sangat laluan, tapi yang dibuka sikit je atas
faktor keselamatan pengunjung dan kos baikpulih pun tinggi.
Laluan di atas ni antara yang ditutup, kecil dan sempit je. Ni rupa sebenar terowong.

9. Lagi satu laluan yang ditutup (saya ambil gambar ni dari celah palang besi).
Inilah rupa asal lombong. Tapi cuma sebagai laluan utama, diorang melombong
kat bawah tanah. Ada banyak tingkat/aras lagi kat bawah tanah ni rupanya.

10. Tangga yang curam dan tinggi (masa ni saya nak turun dah..).
Kat atas ni tempat operasi 'KIEW' atau lif, iaitu satu-satunya cara untuk pekerja
keluar masuk dari aras lombong.

11. Nak rasa naik 'kiew'? Masuk dalam benda ni, simulasi naik 'kiew'.
Macam real la jugak, best!

12. Ni lubang keluar para pengunjung (pandangan dari luar). Ikut papan tanda 'keluar'
supaya tak sesat, sebab ada beberapa laluan dalam terowong ni.
 
Saya menghabiskan masa selama 1jam 15minit dalam lombong ni. Bagi saya ianya satu pengalaman yang seronok dan menambah pengetahuan am kita. Staf kat sini semuanya sangat mesra. Rajin menjawab pertanyaan saya yang banyak tanya ni dan ada yang offer untuk ambilkan gambar kami. Maklumlah pergi berdua je kan.
 
Kepada peminat sejarah, lombong ni antara tempat mesti pergi. Untuk yang lain, baca catatan ni pun dah cukup sekadar untuk pengetahuan am.




Wednesday, 4 December 2013

Sungai Lembing : Pekan Lombong Bijih Timah

(Sabtu, 30/11/2013)
 
SUNGAI LEMBING, KUANTAN, PAHANG destinasi saya dan suami kali ini. Mengambil masa selama 3jam 50minit perjalanan dari Bangi dalam keadaan hujan hampir disepanjang perjalanan. Musim hujan begini memang bukan masa yang sesuai untuk berjalan-jalan, tapi nak mencari masa hujung minggu yang lapang agak susah akhir-akhir ini. Jadinya, rancangan yang lama tertangguh tetap diteruskan!
 
30minit perjalanan dari susur keluar tol Kuantan, kami tiba di destinasi.
 
 
Suasana hijau alam yang melatari kehidupan di sini...saya suka!
 
 
Inilah pekan Sungai Lembing. Terasa aroma lama...terdapat banyak deretan kedai kayu dan pokok-pokok besar yang menjadi pembahagi jalan.
 
 
Tempat pertama dicari, kedai makan. Jumpa sebuah kedai makan Melayu yang buka. Yang lain banyak kedai makan Cina. Masa kami makan tu hujan sedang turun, memang terasa sedap makan nasi panas. Harga pun ok, tak mahal dan taklah murah.
 
Antara yang menarik perhatian saya di sini, jambatan gantung yang merentangi sungai yang luas. Tapi tak sempat nak mencuba, sebab hujan. Pasal line telefon pulak, line Celcom saya langsung takde. Mungkin atas faktor cuaca.
 
Tempat menarik di sini :
  • Muzium Sg. Lembing
  • Terowong lombong bijih timah @ El-Dorado of The East
  • Bukit Panorama
  • Air Terjun Pelangi
Mana satu tujuan saya, nanti saya cerita dalam catatan seterusnya. Nak pergi semua memang tak mampu (masa dan tenaga). Sungai Lembing...sesuai bagi pencinta sejarah dan alam semulajadi.
 




Mini GA KakNi Edisi Tupperware

 
http://goncar.blogspot.com/2013/11/mini-ga-kakni-sihat-cantik-edisi.html
 
Menulis blog sambil makan kuini,
Diletak dalam Tupperware yang cantik,
Mari sertai Mini GA Kak Ni,
Syaratnya ringkas hadiahnya menarik.
 
 
Nak join? Klik je banner di atas.
Tarikh akhir : 6/12/2013
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...