Ahad, 1/12/2013
Dalam catatan lalu saya ada cerita pasal lawatan ke Lombong Bawah Tanah di Sungai Lembing, Pahang. Lepas tu saya terus ke Temerloh - rumah adik bongsu. Kat sana kakak saya sekeluarga dah menunggu. Esoknya selepas sarapan dan membeli di pasar pagi Temerloh, kami menuju ke Kuala Gandah, Lanchang.
CARA KE SANA? Dari susur keluar tol Lanchang, belok kanan. Kuala Gandah terletak kira-kira 12km dari situ.
Kami tiba di sana kira-kira jam 12 tengahari dalam renyai hujan. Orang tak ramai, mungkin sebab musim hujan dan aktiviti mandikan gajah bermula sekitar jam 2 petang. Sebelum masuk, kita kena mendaftar (nama & no. kad pengenalan). Staf bagitau, untuk hari tersebut tiada aktiviti mandikan gajah sebab air sungai naik tinggi. Sebenarnya kami tak kisah pun sebab tak sempat nak tunggu pukul 2 petang tu.
Lepas daftar, kita dapat pelekat ni. Lekatlah kat mana sesuai ya..
Suasana di kawasan yang menempatkan gajah untuk pengunjung bermesra.
Anak sedara saya buat aksi baling makanan ke dalam mulut gajah. Nampak segala lidah gigi gajah ni. Kalau jatuh kat kaki dia, gajah ni pandai ambil sendiri guna belalainya. Makanan iaitu tebu dan pisang boleh dibeli di gerai berhampiran. Tebu seikat RM3. Kalau nak bagi makanan percuma, kena tunggu pukul 2 petang.
Kesian yang kecik ni, tak sampai belalai dia nak ambil makanan dari pengunjung. Anak gajah ni sebenarnya terlibat dalam satu rakaman tv - 'Kids Discovery Channel' (saya tengok kat baju diorang).
Memang tinggi air sungai masa ni, patutlah aktiviti mandikan gajah dibatalkan.
Kalau korang nak ke sini eloklah di luar musim hujan dan datang sekitar pukul 2 petang untuk aktiviti mandikan gajah dan memberi gajah makan. Sebelum pergi eloklah baca info pusat konservasi ni di DI SINI. Bayaran? PERCUMA je sebab ni di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN.
p/s: Kat kafe tempat ni ada karipap istimewa...inti ikan. Sedap betul, rugi beli sikit je aritu.
yeyy angah dah pergi tgk gajah kat sini....dah siap tunggang dah gajah tu...
ReplyDeleteada singgah deer land tak?
ReplyDeleteingtkn pusat kontroversi gajah tadi..
ReplyDeletehehe..
silap baca pulak..
x pnah lg ke sini..
nmpk cam mnarik jer main ngan gajah.
anak anak saya mesti eksaited dapat tengok gajah mcm ni.. especially damia..dia sangat suka gajah dari kecik lagi.. haha..
ReplyDeleteTeringin nak ke sini. Aydin mst suka. Selalu tgk kwn2 update psl Kuala Gandah ni. Bestlah....
ReplyDeleteSaya ingatkan pusat konvensyen gajah, rupanya conservation..
ReplyDeleteSaya ada terbaca kat blog siapa entah...katanya sekarang dah tak boleh buat aktiviti " mandi bersama gajah"....
ReplyDeletetempat ni mmg dlm ' wish list' saya..:)
SM:
ReplyDeleteTak..pertama-hujan, kedua-berbayar. :D
DADDY Z:
Saya dgr pun camtu gak, kita cuma boleh tengok je masa penjaga gajah mandikan gajah kat sungai tu.
tak pernah lagi tengok gajah depan-depan mata
ReplyDeletekena pergi tengok sekali ni
kak ujie rajin betul pergi tempat2 mcm ni kn..seronok nye..
ReplyDeletekaripap inti ikan tu kalau tak silap namanya temosa org pahang panggil. mmg susah nak jumpa kat KL ni.
ReplyDeleteLYD:
ReplyDeletethanks info..TEMOSA. Patutla saya tak penah jumpa.
Tq atas info. Lepas baca ni teringin rasanya nak pergi. :)
ReplyDeletebest nyer dapat tengok gajah...kite yang dah nak masuk warga mas ni pun tak pernah tengok gajah secara live
ReplyDeletewah...syok gak bagi makan gajah nie kan??mesti gajah2 kat sana aktif...last time sy pergi zoo negara, gajah dia malas jer..hehehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
teringin nk pergi.. kawan kelas dulu dh promote tp itulah asyik tertangguh. best kalau dpt mandi dgn gajah
ReplyDeleteseronoknya dapat tgk gajah depan mata mcm ni.. siap blh bg makan lg..
ReplyDelete