Tuesday, 10 December 2013

ROHINGYA - Derita Yang Terpinggir

 Mereka diserang, dibunuh, malah dibakar hidup-hidup.
Masjid, kubur, madrasah turut dibakar dan dimusnahkan.
Mereka dizalimi, dinafikan hak, terbuang di negara sendiri.
Pergerakan keluar mereka disekat, makanan dicatu.
Tiada wartawan mahupun pelawat dibenarkan masuk.
Tiada liputan khabar derita mereka.
 
Mereka...etnik Rohingya Muslim, di Arakan, Myanmar.

Etnik yang dinafikan kewarganegaraan.
Etnik yang cuba dihapuskan oleh etnik Rakhine Buddha.
Dengan sokongan dan tanpa halangan dari kerajaan Myanmar!
 
Masih mampukah kita berdiam diri?
Masih sanggupkah kita membiarkan ia berlanjutan?
Masih keraskah hati kita untuk membutakan mata?
Sedang segalanya berlaku tidak jauh dari kita...
Mereka...saudara se-agama kita.
Lakukan sesuatu!


Pelarian Rohingya...mencari titik bahagia di negara orang.
 
Anak-anak pelarian Rohingya yang dibantu oleh sebuah NGO di Malaysia.
 
Kehadiran delegasi OIC pada November 2013 lalu untuk meninjau keadaan
etnik Rohingya disambut dengan demonstrasi yang 'direstui' oleh kerajaan Myanmar.
Hasrat untuk bertemu dengan penerima Nobel Keamanan - Aung San Suu Kyi juga gagal.
 
Sepanduk penghinaan terhadap Islam.
 
Antara usaha NGO di Malaysia - mengadakan demo dan
menghantar memo kepada kerajaan Myanmar.
 
 

Sumber info/gambar:
Fb MAPIMkosmo, MERHROM,

*********************************************
 
Antara kempen dan usaha yang sedang berlangsung sekarang - BOIKOT SUKAN SEA di MYANMAR. Malangnya usaha sebegini dan seperti usaha/kempen lainnya, hanya berlegar dikalangan 'suara kecil'. Kerajaan Malaysia (yang dikenali sebagai negara Islam) nampaknya belum menjalankan sebarang usaha untuk menggesa jirannya-Myanmar, agar segera menangani isu ini. Di manakah pendirian kerajaan? Menyatakan pendirian/bantahan juga merupakan satu bentuk sokongan pada saudara se-agama kita di sana (dan yang sedang menjadi pelarian di negara kita).

Usaha kita? LIKE Fb MAPIM, sokong usaha NGO, fahamkan dan sebarkan isu ini kepada keluarga/kawan dan doakan kesejahteraan umat Islam yang tertindas ini.


 *Biar tampak kecil usaha kita, tapi ia sangat besar maknanya pada mereka yang memerlukan*
 

15 comments:

  1. Begitulah keadaan mereka. Yg sedihnya ramai pekerja Myanmar yg ada dinegara kita berlagak dan diberi kerja senang-lenang. Geram pulak kakak...

    Moga saudara kita terselamat. Surau kakak selalu tekankan hal ini.

    ReplyDelete
  2. Payah nak menghrp pd gomen kita. Salah satu isu - Syria. Entahlah Ujie tapi it's ok klu kita dok pung pang mulut kat sini. At least, bising kite biar smpi ke 'telinga-telinga' sana.

    Same goes to etnik Uyghur di China. Mana-mana etnik minoriti Muslim akan menerima nsb yg sama oleh dunia....

    ReplyDelete
  3. Kesian kan...semoga mereka tabah. Macam-macam dugaaan

    ReplyDelete
  4. memang kasihan tgk penderitaan mereka,geramlah tgk apa yg diorg buat ke atas etnik minoriti Islam di sana,semoga mereka tabah.

    ReplyDelete
  5. Ramai saudara2 seagama yg nasibnya hampir serupa dgn Rohingya, termasuk di Filipina dan Thailand. Di Angla lagi teruk, masjid dan Al-Quran dibakar oleh pemerintah.
    Dan kerajaan kita sekarang sedang sibuk menguruskan orang Islam Shiah....

    ReplyDelete
  6. Ramai saudara2 seagama yg nasibnya hampir serupa dgn Rohingya, termasuk di Filipina dan Thailand. Di Angola lagi teruk, masjid dan Al-Quran dibakar oleh pemerintah.
    Dan kerajaan kita sekarang sedang sibuk menguruskan orang Islam Shiah....

    ReplyDelete
  7. dah pemimpin nak jaga perut masing2 je kejenye..hanya doa dari jauh untuk saudara2 seagama moga aman hidup mereka..

    ReplyDelete
  8. itu la kadang2 org myammar ni memang disiksa di negara sendiri... tapi bila berada di negara kita dia orang ni lupa apa penderitaan yg dilalui kat negara mereka... lebih kepada samseng pulak

    ReplyDelete
  9. kdg kesian, tp kdg geram sbb diorg juga la yg selalu ada sindiket minta sedekah..susah nk tgk yg bekerja d kedai makan basuh pinggan @ kerja2 laen..

    ReplyDelete
  10. Moga ramai pemimpin negara islam berani ke sana melihat dgn mata sendiri.. seperti perdana menteri turkey.. Moga allah memberi kemenangan pada oihak islam di rohingya

    ReplyDelete
  11. KAK ZAKIE:
    mungkin gomen boleh sekat kemasukan pekerja Myanmar (Buddha) sbg tanda protes terhadap kerajaan mereka.

    FARA:
    termenung kenang nasib saudara yg tertindas di merata dunia..ada yang dah haramkan islam pun.

    QASHMERE:
    cuma doa mampu dititipkan..

    NAZAYIENA:
    tulah kak..sbb saya geram tu sampai buat entri. :(

    JR:
    sebenarnya..semua hal perlu diuruskan serentak. yg dlm Negara dan yg di luar sana.

    TIHARA:
    takde menteri yg berani keluar suara/cadangan.

    MP:
    yg samseng tu Myanmar yg masuk secara sah kan..Buddha (bukan etnik rohingya).

    CK:
    yup, yg tu mmg geram. walau takde pendapatan (sbb diorang takleh diambik bekerja secara sah), jgn le sampai bwk anak kecik kat tepi jln.

    TT:
    kalau tak silap cuma turki je yg ke sana kan..Malaysia? jiran pun tak sampai. :(

    ReplyDelete
  12. kesian kadang2 tengok mereka nie kak..mereka menjadi pelarian bukan untuk mencari kekayaan tapi hanya sekadar mencari tempat berlindung.

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. kadang2 kesian dgn org2 rohingya ni tp di tempat nina mereka punya la berlagak. siap berebut di pasar.

    ReplyDelete
  14. saya tgk majlis pembukaan sukan sea mlm td..tgk org myanmar bertudung bile nk tunjuk tarian dr brunei..dan perkara ni terlintas dlm kepala saya, kita boleh boikot brg bile hasilnye digunakan tuk beli senjata, tp sukan, sedikit sebanyak dapat menyebarkan budaya..mereka benci islam sbb xnampak kecantikkan islam tu, jd drpd boikot, lebih baek kite gne kn sukan tuk menghampiri mereka.. :)

    ReplyDelete
  15. CK:
    secara umumnya akak setuju dgn pendapat CK. cuma kebanyakkan atlet kita dan pemimpin Malaysia tak membawa imej Islam, berbeza dgn Brunei. Jadi agak sukar utk org luar melihat Islam dalam diri Malaysia.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****