Sabtu, 30/11/2013
LOMBONG SUNGAI LEMBING atau digelar sebagai 'El-Dorado of The East'...inilah tujuan sebenar saya datang ke Sungai Lembing. Tiket dah beli awal masa di FLORIA 2013 lalu. Oh ya, masa saya pergi ni hujan turun tanpa henti (kadang lebat, kadang gerimis). Makanya, tak banyak gambar kat luar terowong dapat diambil untuk simpanan peribadi.
INFO : Lombong ini telah dibuka oleh British pada tahun 1888, sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 memberi persetujuan untuk menubuhkan Pahang Consolidated Company Limited (P.C.C.L.). Lombong bijih timah ini merupakan yang terbesar, terpanjang dan terdalam di dunia. Lombong ini juga dikenali sebagai TABETO atau TAI PEI TONG (oleh penduduk setempat). Ia menamatkan operasi pada tahun 1986. (Info lanjut sila klik DI SINI)
CARA KE SINI?
Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Pantai Timur sampai ke Kuantan dan memandu mengambil masa kira-kira tiga jam. Keluar di Plaza Tol Kuantan, belok kanan di lampu isyarat pertama dan ikut arahan pada papan tanda. Sungai Lembing adalah kira-kira 27 km atau 30 minit pemanduan. Perkhidmatan bas setiap jam disediakan dari terminal bas Kuantan.
Bila sampai di pekan Sungai Lembing, terus je sampai hujung pekan. Akan nampak Muzium Sungai Lembing atas bukit sebelah kiri. Laluan ke lombong terletak bersebelahan dengan laluan ke muzium tadi.
CARA KE SINI?
Dari Kuala Lumpur, gunakan Lebuhraya Pantai Timur sampai ke Kuantan dan memandu mengambil masa kira-kira tiga jam. Keluar di Plaza Tol Kuantan, belok kanan di lampu isyarat pertama dan ikut arahan pada papan tanda. Sungai Lembing adalah kira-kira 27 km atau 30 minit pemanduan. Perkhidmatan bas setiap jam disediakan dari terminal bas Kuantan.
Bila sampai di pekan Sungai Lembing, terus je sampai hujung pekan. Akan nampak Muzium Sungai Lembing atas bukit sebelah kiri. Laluan ke lombong terletak bersebelahan dengan laluan ke muzium tadi.
1. Harga tiket.
2. Penerokaan ke terowong lombong bawah tanah bermula di sini...
3. Pengunjung akan dibawa masuk menggunakan 'gerabak mini' ini.
Cuma untuk 80 meter je tau, lepas tu sila jalan kaki sendiri!
4. Beginilah rupa dalam terowong lombong. Ini bukanlah rupa asal,
dah ditambahbaik untuk keselamatan dan kemudahan pengunjung. Kita perlu berjalan
kaki melalui laluan begini sejauh lebih 500 meter (jangan risau, tak sampai 1 km pun).
5. 'Air Terjun Mini' yang mengalir dalam terowong lombong ini.
Mungkin sebab kat luar tengah hujan.
6. LUBANG SEJUTA...khabarnya di bahagian inilah aktiviti perlombongan haram
dilakukan selepas lombong ditutup. Kumpulan pelombong berjaya kumpul hasil RM1juta!
7. Lubang sejuta...kelihatan struktur terowong yang dah runtuh di kawasan ni.
Patung pelombong, dulu memang pakai macam ni sebab dalam terowong kan panas.
8. Dalam terowong ni ada banyak sangat laluan, tapi yang dibuka sikit je atas
faktor keselamatan pengunjung dan kos baikpulih pun tinggi.
Laluan di atas ni antara yang ditutup, kecil dan sempit je. Ni rupa sebenar terowong.
9. Lagi satu laluan yang ditutup (saya ambil gambar ni dari celah palang besi).
Inilah rupa asal lombong. Tapi cuma sebagai laluan utama, diorang melombong
kat bawah tanah. Ada banyak tingkat/aras lagi kat bawah tanah ni rupanya.
10. Tangga yang curam dan tinggi (masa ni saya nak turun dah..).
Kat atas ni tempat operasi 'KIEW' atau lif, iaitu satu-satunya cara untuk pekerja
keluar masuk dari aras lombong.
11. Nak rasa naik 'kiew'? Masuk dalam benda ni, simulasi naik 'kiew'.
Macam real la jugak, best!
12. Ni lubang keluar para pengunjung (pandangan dari luar). Ikut papan tanda 'keluar'
supaya tak sesat, sebab ada beberapa laluan dalam terowong ni.
Saya menghabiskan masa selama 1jam 15minit dalam lombong ni. Bagi saya ianya satu pengalaman yang seronok dan menambah pengetahuan am kita. Staf kat sini semuanya sangat mesra. Rajin menjawab pertanyaan saya yang banyak tanya ni dan ada yang offer untuk ambilkan gambar kami. Maklumlah pergi berdua je kan.
Kepada peminat sejarah, lombong ni antara tempat mesti pergi. Untuk yang lain, baca catatan ni pun dah cukup sekadar untuk pengetahuan am.
Kakak ni Ujie kalau lalu terowong memang macam-macam kakak baca sebab membayangkan kalau runtuh tertimbus terus mati (pendik akal kan kakak ni).
ReplyDeleteTengok terowong ini pun kakak dah rasa aduhai... serun aje..
bestnya melawat tapak sejarah
ReplyDeletemacam tempat kat vietnam tu... ape nama dia??? ala.. lupe plaks
ReplyDeleteKAK ZAKIE:
ReplyDeletehehe..mcm mak saya la tu. siap Tanya..kalau tak pegi tak boleh ke?
Saya ada gak terfikir, tapi keinginan tinggi dan yakin diorang dah buat yg terbaik utk baikpulih.
KHAI:
best bagi yg minat..
NM03:
alamak..saya pun taktau la..:D
Tengok lombong bawah tanah itu rasa seram...takut runtuh...
ReplyDeletepengalaman yang menarik masuk dalam nie kak..teringat pulak masa masuk dalam gua tempurung..
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
saya sama mcm kakzakie..sangat takut masuk terowong..terowong karak tu pun dulu saya pejam mata kalau lalu..
ReplyDeletetapi pengalaman menarik kan ke sini.. sejarah negara.. :D
tempat ni dkt kuantan yer kak? hehehe... kana pergi tahun depan lah sbb skrg dh banjir... huhuhu moga banjir di kuantan cepat2 surut...
ReplyDeleteassalam ujie..acik rasanya memang tak kan masuk..tak berani
ReplyDeleteassalam ujie..acik rasanya memang tak kan masuk..tak berani
ReplyDeletesaya belum masuk sini lagi ujie. memang minat sangat nak masuk cuma masa terhad sangat. pekerja2 yg peramah tu mmg anak2 jati kampung. MPK ambil bekerja. muzium ujie tak masuk ke.
ReplyDeletetak pernah lg ke sana.. mungkin kalau singgah kuantan boleh terokai tempat ni. hehe
ReplyDeletesaya tak penah pegi lagi sini..
ReplyDeleteyang baju oren tu suami ujie ke ?
AHLAM:
ReplyDeleteYup, exit tol kuantan..amik kanan. Kalau kiri bandar Kuantan. Elok pegi di luar musim tengkujuh.
LYD:
Ooh..diorang mmg mesra layan kami. Sntiasa senyum.
Muzium bijih saya tak pegi, tak sempat dan sebenarnya tak minat..sbb dah masuk lombong yg real punya.
Apapun tmpt lyd tu aman je rasa, betul2 desa..bukit, hutan, sungai.
TIHARA:
A'ah..itulah geng saya ke hulu ke hilir. Sib baik dia boleh ikut minat saya ni. ;)
ciktom keje kat jgke skang..slalu gak lalu area sgi lembing..xtau plk ada lombong ni..hehe..maybe blh pergi sini lain kali..
ReplyDelete