Friday, 13 December 2013

Tatacara Memberi Salam Dalam Solat

Hari ni kita cerita bab rukun solat. Ada 13 rukun, tapi entri ni kita fokus pada RUKUN KEDUA BELAS : MEMBERI SALAM YANG PERTAMA.
 
 
Kebanyakkan di antara kita akan paling kepala ke kanan beri salam, lepas tu tundukkan kepala sebelum paling kepala ke kiri pulak. Perbuatan ni TAK PERLU dilakukan sebab tak dinyatakan dalam rukun solat dan tiada dinyatakan/dianjurkan dalam mana-mana hadis sahih.
 
Kalau buat jugak? Memang tak berdosa, sebab selepas je salam pertama bermaksud kita dah habis solat. Cuma tak perlulah kita perlu buat perkara tanpa sebab dan sekadar ikut-ikutan.
 
 
Selepas beri salam kedua, menjadi kebiasaan di kalangan kita untuk menyapu dahi/muka. Perbuatan ni pun TAK PERLU dilakukan, alasan yang sama macam di atas. Kalau buat jugak? Jawapan pun sama macam di atas jugak ya.
 
YANG BETUL: Memberi salam yang pertama itu wajib (sebab rukun solat). Perbuatan berpaling ke kanan dan kiri pula adalah sunat. Jadi, kita cuma perlu berpaling ke kanan dan kiri dengan memberi salam tanpa perlu kepada perbuatan seperti dalam gambar-gambar di atas.
 
KESIMPULANNYA: Dalam apa jua perbuatan perlulah disertakan dengan ilmu, bukan sekadar ikut apa orang buat. Macam dalam bab solat ni kita perlu ambil tahu mana yang rukun dan mana yang sunat. (peringatan ni untuk diri saya jugak, yang masih belum sempurna dalam solat walau umur dah meningkat).
 

Wallahu a'lam.
 
*Betulkan yang biasa, biasakan yang betul*


20 comments:

  1. kadang kadang tengok orang mengangguk antara salam pertama dan kedua tu beria ria sampai tunduk ke dada.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Dah terbiasa mengangguk ke bwh. Maka, lps ni kita ubahlah. Tapi bab sapu dahi tu, tak pnh lak...

    ReplyDelete
  3. Itulah Ujie kena anak dara kecik kakak kalau tengok drama mesti tunjuk yg memberi salam tunduk selepas salam pertama. Dah sure kena komenlah. "Ini mesti dia tak tahu kan mama". Malu juga sebab yg berlakon tu semuanya dah lebih dari matang...

    ReplyDelete
  4. sebab tu lah penting nyer menuntut ilmu..

    tima ksih kak kongsi kat sini..leh jugak tau...

    ReplyDelete
  5. thanks sebab kongsi nie kak..baru first time sy dengar sebenarnya...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Tahsinul solah,tahsinul ibadah..
    Kita mmg kena sentiasa belajar..update ilmu kita....Kadangkala sedih mengenangkan kita sibuk update ilmu dunia..tapi solat yg kita buat hari2 pun, kita tak pernah nak tambah baik..

    UZAR pun ada menulis sebuah buku tentang solat cara baginda SAW...bagus ..

    Dan rancangan Tahsinul ibadah dgn Ust Fadzli Al Yamani kat radio IKIM pun bagus..

    ReplyDelete
  7. Banyak perkara yg kita terikut2 dlm beribadat...Kadang2 selepas kita diberitahu ia tak perlu, namun masih juga dilakukan (termasuk saya) sebab dah terbiasa...

    ReplyDelete
  8. salam weekend cik kak ujie yee.,ehHHEe

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg baik akak.. lepas ni kena berubah sikit. hehe

    ReplyDelete
  10. alamakkk dah terbiasa la menyapu muka tu. mcm kiranya penutup la konon. Heheh.. sama jugak macam kita lepas baca quran dulu2 cium quran pastu junjung 3 kali. mcm2 orang melayu ni kan.

    ReplyDelete
  11. perkongsian yang bagus
    terima kasih
    sama-sama kita amalkan

    ReplyDelete

  12. Salam saya x hafal doa qunut. Boleh x saye sujut sawi setiap kali solat subuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam, hukum membaca doa qunut adalah sunat muakkad (sunat yg dituntut). Tak buat pun tak apa, samada sengaja atau terlupa, sebab ia bukan perkara wajib. Solat subuh tetap SAH tanpa baca doa qunut.
      Entri berkaitan, boleh baca di sini..http://ujieothman.blogspot.com/2013/04/solat-subuh-tanpa-qunut.html
      Wallahu a'lam.

      Delete
  13. Menurut ulama dalam mazhab Shafie, perbuatan menyapu dahi selepas solat adalah digalakkan.

    Ada pandangan dalam mazhab Shafie turut menyatakan SUNAT menyapu di dahi dengan menggunakan tangan kanan selepas solat.

    “Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya, maka Nabi menyapu dahinya dengan tangan kanannya sambil berdoa, ‘Ashadua an la ilaha illallah ar Rahmanar Rahiim. Allahumma azhib ‘annil hammi wal aza’ (Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, Ya Allah jauhkan daripadaku kesakitan dan kedukacitaan),” (Riwayat al-Tabarani).

    Daripada Qatadah: “Sesungguhnya Baginda menyapu dahinya apabila tamat daripada solat sebelum memberi salam.” (Musannaf Abd Razzaq).

    Berkata Imam Nawawi di dalam Kitab al-Azkar: Dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas RA berkata: Adanya Rasulullah SAW ketika selesai solatnya, beliau mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa: "Aku bersaksi bahawasanya tidak ada tuhan kecuali Dia Zat Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, YA Allah, hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan" (al-Azkar, 69).

    Menurut ulama mazhab Syafie seperti dinyatakan dalam kitab I’anah al-Talibin walaupun hadis-hadis ini dai'f (lemah), ia masih digalakkan kerana termasuk dalam kategori fadhail al-‘amal iaitu kelebihan amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, memang saya pernah mendengar pendapat sebegini. Cuma saya lebih berpegang kepada pendapat seperti yg saya rujuk & tulis di atas. Kedua-duanya boleh diterima pakai kerana masing-masing ada hujah yang menyokong. Dan tidaklah salah untuk kita berbeza pendapat dalam hal begini. Wallahu a'lam.

      Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen anda. :)

      Delete
  14. Salam, pada pendapat saya jika menulis sesuatu perkara yg khilaf boleh juga disertakan dgn pandangan2 dr yg lain supaya tidak timbul kekeliruan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Salam... sy nk tmbah skit, berkenaan sapu dahi/muke lepas salam tu, spt yg saudara addeen terangkan tu,lebih jelas lg...memang ianya x termasuk dlm rukun solat, ianya ikutan drpd yg terdahulu... tetapi org2 dulu buat mesti bersebab n ade yg mengajarnye... bg kite pengikut mazhab As-Syafiee, sptmane yg addeen tulis tu, digalakkan buat krn ianya amalan yg baik... sekiranya Rosullullah ade membuatnye, maka bole dikategorikan sbg sunnah...

    Yg keduanya berkenaan Qunut dlm solat Subuh... Dlm mazhab As-Syafiee, qunut adalah sunat mu'aqad, dimana ianya adalah sunat yg dituntut... makanya, sekiranya terlupe, kene buat sujud sahwi.. penerangannya adalah berkaitan dgn maksud Sunat Mu'aqad itu sendri.. "ianya bkn perkara wajib, tetapi ianya adalah perkara sunat yg dituntut oleh Allah". Mksudnye, kalu x buat, Allah akan persoalkan kite knp x buat.. same mcm solat tarawih pd bln Ramadhan...

    Ape2 pun, sy juga seorg yg masih menuntut ilmu agama, hanya berkongsi serba sedikit pengetahuan yg ada agar tidak lupe dan agar kita sama2 beroleh manfaat dr ilmu Allah itu.... kalu ade yg salah, perbetulkanlah saya.....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****