Wednesday 4 December 2013

Sungai Lembing : Pekan Lombong Bijih Timah

(Sabtu, 30/11/2013)
 
SUNGAI LEMBING, KUANTAN, PAHANG destinasi saya dan suami kali ini. Mengambil masa selama 3jam 50minit perjalanan dari Bangi dalam keadaan hujan hampir disepanjang perjalanan. Musim hujan begini memang bukan masa yang sesuai untuk berjalan-jalan, tapi nak mencari masa hujung minggu yang lapang agak susah akhir-akhir ini. Jadinya, rancangan yang lama tertangguh tetap diteruskan!
 
30minit perjalanan dari susur keluar tol Kuantan, kami tiba di destinasi.
 
 
Suasana hijau alam yang melatari kehidupan di sini...saya suka!
 
 
Inilah pekan Sungai Lembing. Terasa aroma lama...terdapat banyak deretan kedai kayu dan pokok-pokok besar yang menjadi pembahagi jalan.
 
 
Tempat pertama dicari, kedai makan. Jumpa sebuah kedai makan Melayu yang buka. Yang lain banyak kedai makan Cina. Masa kami makan tu hujan sedang turun, memang terasa sedap makan nasi panas. Harga pun ok, tak mahal dan taklah murah.
 
Antara yang menarik perhatian saya di sini, jambatan gantung yang merentangi sungai yang luas. Tapi tak sempat nak mencuba, sebab hujan. Pasal line telefon pulak, line Celcom saya langsung takde. Mungkin atas faktor cuaca.
 
Tempat menarik di sini :
  • Muzium Sg. Lembing
  • Terowong lombong bijih timah @ El-Dorado of The East
  • Bukit Panorama
  • Air Terjun Pelangi
Mana satu tujuan saya, nanti saya cerita dalam catatan seterusnya. Nak pergi semua memang tak mampu (masa dan tenaga). Sungai Lembing...sesuai bagi pencinta sejarah dan alam semulajadi.
 




9 comments:

  1. mana gambar sungainya ujie? hehehe.. masih adakah lombongnya? teringat dulu masa belajar sejarah ke geografi. lombong bijih di sg lembing ni mmg sgt terkenal. kerap soalannya masuk dalam exam. hehehe..

    ReplyDelete
  2. tak pernah sampai situ lagi..tempat bersejarahkann..

    ReplyDelete
  3. adoi segannya... org lain plak yg promote sungai lembing. ni anak watan sg lembing balik tiap2 bulan tp tempat2 yg ujie cerita tu tak sempat nak pegi. hehe...

    ujie, syukur la ujie sempat balik sebelum banjir. sbb kali ni banjir mmg teruk kat kuantan. lagi teruk drpd yd lepas2. saya mmg ada kat sana sabtu lepas. tapi mmg dah takde jodoh lagi utk kita jumpa kan. sbb takde line nak contact. insyaAllah lain kali kalau Allah izinkan.

    ReplyDelete
  4. Kami suka ke tempat perkelahan Pasir Kubor. Seberang sungai yang ada jambatan gantung. Apa2 pun, wajib makan kat kedai sebelah jambatan tu. Mee jawa, mee kari, mee rebus...marvelous.

    ReplyDelete
  5. fuh..nampak oldschool giler pekan lembing tu kak..boleh bookmark tempat nie kalau nak datang bercuti kat pahang nanti...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. RAI:
    Tak sempat nak amik gamba sungai, ujan. Lombong tu..next entry. :)

    AIN:
    yup, sejarah perlombongan.

    LYD:
    biasa la tu, org tempatan tak pegi..org luar yg sibuk nak pegi.
    Insya allah..next time. Saya teringin nak ke Air terjun pelangi. Khabarnya mmg ada pelangi kat bhg air terjun (pd waktu tertentu).

    AZIELA:
    ohh..kalau tau awal boleh cari tempat mkn tu. :)

    AZLAN:
    Datangle..sesuai utk org KL mcm azlan ni.

    ReplyDelete
  7. Belum pernah sampai Sg Lembing..hanya pernah dengar nama dlm buku...

    ReplyDelete
  8. aku teringin juga nak ke sana...

    ReplyDelete
  9. skrg musim hujan.. nk berjalan pun susah tp tetap digagah juga,

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****