Friday, 4 May 2012

Laksa Johor

Laksa kegemaran saya dan suami...
Susah nak dapat Laksa Johor sebenarnya, ia tak dijual secara meluas.
Pernah makan dibeberapa tempat, tapi rasanya tak berapa sedap.
Sehinggalah kami jumpa satu kedai makan menjual Laksa Johor yang cukup sedap..
Terletak di Pontian, setiap kali balik kampung mesti kami atur masa biar sempat merasa laksa ni.



Saya bagi info, kot ada yang pergi Pontian..boleh merasa.
Nama kedai tu 'Gerai Shima'. Tutup hari Selasa.
Jika dari bandar Pontian menghala ke Benut / Batu Pahat, kedai ni berada di sebelah kiri jalan besar. Sebelah kanan bertentangan dengan kedai, ada Rumah Kediaman Rasmi Jurutera Daerah. Betul-betul selepas kedai, ada traffic light simpang ke Klinik Kesihatan Pontian.
Harga? RM3.50.

Kalau nak resepi, KLIK SINI.
Saya pernah masak sendiri beberapa kali, memang puas makan seharian.


p/s: Tak sabar nak balik Johor, antaranya sebab laksa nilah!

25 comments:

  1. Mmg susah nak jumpa laksa Johor sedap melainkan masak sendiri (err, bukan sy masak tp mak...hahaha). Klu mcm nie, bolehlah cuba. Cuma nak kene redah dr Bp ke Pontian sane jelah. tap apa, makan sedap punye psl!

    ReplyDelete
  2. saya tak pernah mkn laksa johor ujie...kalau laksa penang dgn laksa tganu tu biasa la..

    ReplyDelete
  3. sy suka cara timun laksa johor dipotong, tak mcm laksa utara... =)

    psl timun pun boleh komen sy ni kan? bedal lah kak ujieeeeee....hahahaha

    ReplyDelete
  4. laksa johor yg sedap adalah yg jiran saye msak..hehe..die siap pnah dpat offer tuk msak smpena hari terbuka malaysia kt putrajaya..

    p/s:peminat semua jenis laksa..hehe

    ReplyDelete
  5. dari bandar pontian tu maksudnya menuju ke jb, ayer baloi atau kukup? aku nak cari...

    ReplyDelete
  6. sedapnyer...
    tak tahan tengok tu...

    ReplyDelete
  7. laksa johor antara feveret saya >.< buat sendiri adalah kepuasan.. ^_^ boleh makan banyak2

    ReplyDelete
  8. nakkkkkkkkkkk....
    tp mls msak....

    utara ni tade ;laksa johor...

    ReplyDelete
  9. saya x penah try lg laksa johor ni ..dlu besfwen kat upm org majidi tp mak dia sempat jamu ungkep je..n ajar saya makan tempe..sampai sekarang mmg ske tempe..laksa johor guna sphegeti kan..

    ReplyDelete
  10. ujie..acik pun suka laksa johor..tapi kalau nak makan memang kena merajinkan diri..buat sendiri..tak de jual disini..

    ReplyDelete
  11. lamanya tak makan laksa johor....

    dahulu hanya makan laksa ni di rumah kawan2(org johor) dan rumah2 famili angkat serta kerabatnya.

    tak pernah lagi jumpa dikedai2

    ReplyDelete
  12. salam kunjungan Ujie.
    Tak pernah lagi sy merasa laksa johor.Kalau laksa sy sekadar mkn kt kuala kangsar jer skrg ni.

    ReplyDelete
  13. PAA:
    tapi kalau tak sedap kat tekak fara, jgn marah saya pulak ya! hehee

    FIEDA:
    mmg susah nak jumpa pun.
    laksa terengganu? saya pulak tak penah.

    MUNNA:
    eh, bkn sama ke? potong panjang2 gitu..

    CK:
    wah..tu betul2 sedap. teringin nak rasa, dia tak bukak kedai ke?

    SM:
    oppss..sorry. info tak lengkap.
    dari bandar pontian ke arah ayer baloi/benut/bt. pahat.
    Laksa ni sblh pagi hingga tengahari je tau. lambat2 dah abis.

    EITA:
    kalau tak tahan..nak merasa, try masak la. ita kan rajin msk memasak. ^_^

    DIANA:
    weh..dasat la kwn tu. mmg mvm ketagih la pulak!

    HANAMIKO:
    tulah..tapi akak kurang rajin..kalau teringin sgt, baru buat.

    AA:
    nanti kalau ada yg pes segera yg sedap..saya share kat blog.

    TIHARA:
    tempe kalau kena cara masak..pasti sedap!
    a'ah..laksa johor guna mi spagheti.

    ACIK:
    acik mmg rajin..saya tau..sume boleh masak sendiri. ^_^

    TP:
    mmg susah nak jumpa kat kedai kan..
    apsal ntah diorang tak jual.

    SHAMEEL:
    laksa johor mcm laksa sarawak..tak dijual secara meluas.

    ReplyDelete
  14. Ujie : mungkin mereka nak perkenalkan tradisi rakyat johor, jika ada dimerata-rata di warung makan mungkin juga akan hilang sengatnya si laksa johor tu dan mulai bosan(kerana mudah didapati)

    ReplyDelete
  15. Sedaaapnyaaa.....dh lama saya tak mkn laksa johor huhuuu

    ReplyDelete
  16. same mcm laksa terengganu.. huhuhu nyumnyum!



    tengah diet, takleh makan.. huuuu~

    ReplyDelete
  17. tak pernah mkn pun laksa johor. hee. mkn laksa tranung aje. ;)

    ReplyDelete
  18. x..die msak tym ade open house @ majlis je..tp kdg2 ade jgak jiran laen tempah kt die..tu yg special tu..hehe

    ReplyDelete
  19. izan pun suka laksa johor. tapi nak cari yg special camni jauhlah pulak nak meredah ke sana.

    ReplyDelete
  20. tak pernah makan laksa johor..nampak sedap k.ujie..johor pun belum jejak lagi ni..hehe

    ReplyDelete
  21. CK:
    Tak dpt la nk merasa..hmmm..
    Skrg ni kalo teringin, terpaksa buat sndiri. tp tak power.

    IZAN:
    hehe..kenala bljr buat sndiri yg sedap punya!

    PRETTYWRITE:
    Carila kwn..jln2 Johor..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni gerai shimah tu ada lagi x?

      Delete
    2. Unknown : setahu saya,masih ada. Tapi pada kali terakhir saya makan laksa Johor di sana, dah tak 'power' macam sebelum2nya. Ntah selera saya yg berubah atau memang ada perubahan bahan/cara masakannya.

      Delete
  22. Saya baru mkn lksa johor di gerai shima..tqvm atas info yg anda beri ..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****