Tuesday, 3 January 2012

Ustaz Azhar & Gitar

Pada malam tahun baru yang lalu, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menyertai program Countdown 2012 di Dataran Shah Alam, Selangor. Program ini turut disertai oleh Zizan Raja Lawak, Sham Kamikaze, Imam Muda Asyraf dan Ustaz Syed Norhisham. Khabarnya juga program ini mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila lebih kurang 70 000 orang yang hadir pada malam itu. SYABAS! kerana berjaya menganjurkan program alternatif bagi orang muda yang ingin meraikan kedatangan tahun baru. Sayang sekali, saya tidak menghadiri atau menyaksikan secara live program yang lain dari kebiasaan ini..

sumber: google
Bagaimanapun, bukan semua orang merasa senang dengan perkembangan begini. Ada blogger yang dengan mudahnya menuduh UAI sebagai SESAT dan pelbagai lagi kata-kata tidak elok, yang jika saya tulis pasti menyalakan api amarah kita.

Antara yang menjadi pertikaian adalah apabila UAI bermain gitar dalam program tersebut. Betul, menurut pengetahuan saya selama ini memang alat muzik bertali adalah dilarang dalam Islam. Tetapi jangan lupa juga bahawa untuk hal-hal begini memang terdapat perbezaan pendapat dikalangan ulama'. Bila ada perbezaan pendapat, ia membawa maksud bermain gitar boleh jadi haram atau harus mengikut keperluan semasa. Oleh kerana UAI yang kita kenali adalah seorang yang ahli (pakar) dalam agama Islam, saya yakin dan percaya beliau pastinya melakukan perkara yang tidak bercanggah dengan agama. Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya bermain gitar kerana saya sedar setakat mana ilmu agama saya.

Jadinya saya juga berharap blogger lain tidaklah sewenang-wenangnya menuduh sesat pada perkara yang bukan kepakaran kita. Ingat itu!

Untuk mengikuti perkembangan UAI, sila ke http://ustazazhar.net/v01/ dan LIKE di sini.


p/s: Saya tak letakkan link blogger tersebut, sebab tak mau korang layan hal begini. Dan kita pun tak tau apa agenda blogger tersebut..nak glamour, trafik atau nak melagakan umat Islam?

35 comments:

  1. Zaman telah berubah, untuk menarik golongan muda tertarik dgn program keagamaan perlu ada pendekatan yang kreatif...

    ReplyDelete
  2. style kan.....aku pun tengok kat youtube.kelakar gak + sempoi

    ReplyDelete
  3. mie:
    betul..bkn senang nak cari pendakwah yg ada kreativiti.

    TP:
    sbb tu ramai org muda tertarik..
    *saya pun tengok youtube je.

    ReplyDelete
  4. btul tu..kita tak sepatutnya mempertikaikan jika ilmu kita tak tinggi...jika dia rasa UAI nie sesat buat laa laporan dan biar orang yg lebih arif menilai..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. saja nak hangat kan isu la tu..haha

    ReplyDelete
  6. saya respect dgn Ustaz Azhar ni, dia pandai guna pendekatan lain untuk dekat dengan golongan remaja. kawan-kawan saya semua suka dengar ceramah dia dekat youtube.

    ada jugak org pertikaikan dia gunakan lawak dalam ceramah dia, katanya, org pergi sebab nak dgr lawak bukan nak dgr ceramah.
    tapi kalau itu yang mampu menarik perhatian orang ape salahnya kan kak.

    orang muda kita dah jauh terpesong sangat. perlu ade yang menarik diorang kembali.

    :)

    ReplyDelete
  7. Salam Ujie..,

    Saya pun suka pendekatan yg dilakukan oleh pendakwah era ini...kreativiti perlu bagi menarik setiap gulongan sasaran...Allahua`lam

    ReplyDelete
  8. ....saya pun tengok Ustaz azhar kat youtube tak pernah tengok live lagi....

    ReplyDelete
  9. pagi td dh terbaca blogger tu tulis..merapu meraban je..bgus pun xyah bg link,gila trafik kot..biasa la blogger tuuuuutttt mana senang hati kalau hal2 agama ni..

    ReplyDelete
  10. masalah org kite cm ni lah.org nk dekat kan islam.dorg kata benda lain.xpaham tol.

    ReplyDelete
  11. apapun..enjoy sgt dengan UAI malam tu walaupun sy hy tengok kat youtube je...cayalah ustakk!

    ReplyDelete
  12. azlan:
    itu yg terbaik..buat je report!

    h.j:
    ntah apa agendanya kan..

    yayan:
    mmg tak salah.
    itulah seni berdakwah..kena ada hubungan hati dulu.
    mungkin mulanya org dtg sbb lawak. tapi akhirnya org dtg sbb nak tadah ilmu.

    ReplyDelete
  13. azmnor:
    golongan remaja perlu didekati dgn cara jadi sahabat. program gini buat mereka rasa UAI spt sahabat yg faham naluri ingin berhibur.

    munna:
    a'ah..mencanak la trafik dia. suka la tu..dah berjaya buat org marah. ^_^

    diana:
    oh??
    dia mmg perlu bantuan!

    ReplyDelete
  14. rara:
    adat org berdakwah, jlnnya mmg tak mudah.

    niza:
    kalau siaran langsung kat tv, mesti tinggi jumlah tontonan.
    tapi..itu hampir mustahil.

    ReplyDelete
  15. daripada anak2 muda pergi layan konsert ntah apa2 apa salahnya dakwah cara begini..


    k.ujie datang kelate roger2 la..datang rumah ya..:)

    ReplyDelete
  16. Suka pendekatan yg ustaz Azhar ni guna..memang kreatif..ktorg pun tengok kat youtube jer..

    ReplyDelete
  17. dan setahu saya juga ust azhar dulunya guru muzik..dia pun minat photography..ske tgk gambar2 koleksi beliau :)

    ReplyDelete
  18. dan setahu saya juga ust azhar dulunya guru muzik..dia pun minat photography..ske tgk gambar2 koleksi beliau :)

    ReplyDelete
  19. ada juga bc k.ujie bnda ni..tp ignore je...xfhm nape itu pon nk jadikan isu..huuu...nak publisiti la tu kot..

    psss: heee..aah kalo cheese sikit xsedap sgt..hee..beli mahal k.ujie..baik buat sndri..:)..boleh mkn rmai2..hee

    ReplyDelete
  20. pretty:
    tu le yna..benda baik pun ada yg benci.

    *tq undangannya..*_*

    lily:
    sorang lagi fan UAI..^__^

    tihara:
    guru muzik? baru ku tahu!
    gambo yg dia amik mmg cantik kan..

    j.ira:
    a'ah..jgn layan!

    *mmg mahal pun..kalau dkt, akak order dgn ira je. ira suka masak, mesti sedap hasilnya!

    ReplyDelete
  21. bila bercakap hal2 keagamaan ini, haruslah ada ilmu yang mantap didada..
    bukan boleh sewenangnya mencanang berita..

    bahaya..

    tq share ssesuatu yg tidak saya tahu..

    ReplyDelete
  22. bila bercakap hal2 keagamaan ini, haruslah ada ilmu yang mantap didada..
    bukan boleh sewenangnya mencanang berita..

    bahaya..

    tq share ssesuatu yg tidak saya tahu..

    ReplyDelete
  23. banyak cara untuk kita berdakwah.. =)

    ReplyDelete
  24. suka dengar ceramah UAI...penyampaian ilmu yang blh buat kita x kering gusi..hihi

    tak sempat lg nak tgk yang UAI dengan zizan raja lawak tu..

    ReplyDelete
  25. Entahlah, blogger tu nak bagi pendapat je kot..tapi kalau ianya tuduhan, maka perlu dipertimbangkan semula lah kan..

    ReplyDelete
  26. bermacam ragam orang skg ni.den pun dah tak faham sis..

    slmt mlm^^

    ReplyDelete
  27. kita ada hak utk bersuara tp biar berpada2 dan tidak salah guna..

    cik tom dl sekolah agama mmg xboleh gn alat muzik bertali ni..psl hukum o niat ustaz tue or maybe hukum tue jadi lain plk wallahualam..sbb bkn seorg yg mahir bab agama nak pertikaikan..

    ReplyDelete
  28. tak paham dengan blogger yang suka menaip tanpa berfikir dahulu, gila trafik benar..

    ReplyDelete
  29. laaa aku tak tahu pun ade UAI aritu... kalau tak mahu aku pergi juga...

    ReplyDelete
  30. abu luqman:
    thanks!

    lia:
    betul, kalau hal lain takpe nak bg pendapat suka hati.

    PU:
    a'ah..asal cara betul & maksud sampai.

    ieja:
    kalau yg biasa tu, ngantuk je ya..

    ReplyDelete
  31. elih:
    bg pendapat boleh, tapi kalau bab agama kena bersandarkan ilmu yg betul.

    ws:
    bermacam ragam utk menguji diri kita sebenarnya..^_^

    cik tom:
    setuju sgt2 dgn komen cik tom!!
    LIKE!

    maii:
    alhamdulillah jenis gini takle ramai sgt. masih ramai yg baik2.

    tea:
    tak dpt publisiti kat media pun. yg dicanang tu countdown kat karnival sayangi selangor je.

    ReplyDelete
  32. aihhhh
    kalaau org buat baik, ade jek mulut mcm2 kan
    ish2..
    yang pntg pengisiannye kan
    UAI mang kool :)
    mane2 pengisian nye mang bes :)

    ReplyDelete
  33. aimie:
    UAI jadi ikon pendakwah terbaru nampaknya! alhamdulillah...

    ReplyDelete
  34. nak ajar org muda, kena ikot cara org muda...
    mesti dia thu halal haramnya...
    hehehehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****