Sunday, 4 January 2026

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis

Walaupun dah dua tahun menetap di Perlis, saya jarang makan seafood di Kuala Perlis atas faktor jarak (lebih kurang 40 km dari rumah) dan kurang gemar keluar waktu malam (restoran seafood beroperasi mulai lewat petang). Jadinya boleh dikira dengan sebelah jari je berapa kali saya pernah makan di Kuala Perlis 😄

Bulan lepas Encik Suami bawa saya mencuba hidangan di Restoran Api Api Ikan Bakar. Encik Suami pula dah beberapa kali makan di sini atas urusan kerja. Kami pergi sini waktu siang, jadinya menjelang malam dah boleh sampai rumah semula.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Api Api Ikan Bakar terletak di tepi jalan besar, mudah dilihat. Pengunjung boleh parkir kenderaan di ruang parkir kawasan restoran atau ruang parkir yang terletak di seberang jalan.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Sudut berfoto. Restoran ini terletak di tepi Sungai Perlis.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Sebaik melangkah masuk restoran, petugas kaunter beri salam kepada kami. Kami diberi nombor dan diminta duduk.

Tak lama kemudian, nombor kami dipanggil untuk pilih makanan laut dan buat pesanan makanan. Sebelum tu kami dah berbincang nak makan apa, jadinya mudahlah Encik Suami pergi sendiri uruskan pesanan makanan kami. 
 
Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Ruang makan yang luas dan bersih. Selesa nak makan.

Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, sempatlah saya memotret foto keindahan suasana Sungai Perlis menerusi jendela restoran.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Terdapat jeti dengan deretan bot, antaranya bot milik UiTM dan IKBN.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Sesekali ada bot lalu di sini. Tengoklah orang tu, siap boleh berdiri atas bot kecil.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Cantik warna air sungai di sini - kehijauan.

Bot warna biru kuning tu pula tertera tulisan - Api Api River Cruise. Restoran Api Api Ikan Bakar menawarkan servis river cruise dengan kadar RM15 seorang, berkongsi satu bot dengan pengunjung lain (saya tak pasti berapa orang untuk satu bot). Aktiviti river cruise bermula pada pukul 6.30 petang. Kami tak sempat nak ikut serta sebab nak segera balik rumah selepas makan.

Tak lama menunggu, hidangan yang dipesan tiba satu demi satu.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Sotong goreng tepung, saiz hidangan untuk seorang.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Kerang bakar 500 g.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Udang masak butter. Udang pilih sendiri dan timbang.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Ikan pari kami ambil satu bahagian, buat ikan bakar santan. Bila makan tu rasa macam makan ikan dengan kuah masak lemak. Lebih sedap kalau makan dengan pencicah air asam. Tadi Encik Suami silap faham pertanyaan petugas, jadinya tak ada pencicah air asam 😄. Tapi makan tanpa pencicah pun saya rasa dah cukup menyelerakan.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Sayur kailan ikan masin, saiz hidangan untuk seorang.

Api Api Ikan Bakar, Kuala Perlis
Kos makan-makan kami. Ada caj SST 6%.

Alhamdulillah sedap semuanya sesuai dengan cita rasa kami. Habis licin kami makan 😀. Paling saya suka - sotong goreng tepung dan ikan pari bakar santan. Lauk udang tu saya merasa sikit jelah, saya kurang gemar makan udang. Kali ini makan tak terlampau kenyang sebab kami ambil nasi satu pinggan je dan minum air suam.

Saya rasa puas hati makan di Api Api Ikan Bakar - ruang makan bersih & selesa, layanan mesra & pantas serta rasa masakannya memuaskan selera. InsyaAllah ada kesempatan pasti saya datang makan di sini lagi.


********************************

API API IKAN BAKAR
Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po,
Kuala Perlis,
Perlis.

Google maps - Restoran Api Api Ikan Bakar

Waktu operasi :
Setiap hari | 5 petang - 10.30 malam







31 comments:

  1. Menarik juga ikan bakar santan tu. Tak pernah jumpa lagi kat mana2 kedai ikan bakar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Katanya tu menu istimewa Kuala Perlis. Akak baru tau nama lainnya - ikan bakar susu.

      Delete
  2. Selalu ikan bakar cicah kicap cili atau air asam. Begitu rupanya cara masak santan. Cuba masakan berbeza tidak menghampakan sebab sedap. Boleh datang lagi cuba masakan lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, tak rugi mencuba sebab sedap pulak ikan bakar santan tu.

      Delete
  3. Sedapnya, makan di restoran seafood. Sejuk mata memandang, dapat makan sedap di tepi sungai yang tenang. Boleh tengok bot lalu. Mahal juga harga kerang ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…RM40 sekilo 😅
      Agaknya susah dapat.

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Selamat menjamu selera sesedap.

    ReplyDelete
  5. Menu banyak, sedap, harga berpatutan memang akan repeat. Udang tu, menambat mata betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semuanya memuaskan hati, pasti akan datang lagi.

      Delete
  6. Bila banyak lauk gitu..ratah lauk je pun kenyang dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda, sebab tu kena ambil nasi satu je 😄

      Delete
  7. Alamak! Lamanya tak makan kerang! Geram la pulak!

    ReplyDelete
  8. menarik.menu ikan pari tu...
    kalau sedap ni boleh repeat lagi in the future

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan bakar santan menu istimewa Kuala Perlis. Kalau ke Perlis bolehlah Anies cuba.

      Delete
  9. Nak makan macam kat klinik ek, siap ambil nombor dulu. Tapi berbaloi la sebab makanannya sedap tu. Sy suka makan masak² lemak macam tu.

    ReplyDelete
  10. Bestnya kalau dapat naik river cruise tu, boleh tengok sunset la kot sbb dah lewat petang kan...
    Sy suka ikan bakar Kuala Perlis, sedap dan segar ikan/seafood nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, teringin jugak naik river cruise tu. Lain kali insyaAllah.
      Betul, maklumlah Kuala Perlis tempat pendaratan hasil laut.

      Delete
  11. Pergi mana2 mmg harus cuba masakan seafood kawasan yang dikunjungi.

    ReplyDelete
  12. Tempat ni menarik, view sangat hebat..bestnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, menarik sebab view sungai. Lagi pulak waktu senja, cantik.

      Delete
  13. Suasana ruang makan macam luas ..bersih..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah luas dan bersih, selesa makan sini.

      Delete
  14. First time SA nampak ikan bakar santan tu...nampak sedap...SA dah beberapa kali pergi Perlis tapi x pernah sampai sini...plannya nanti, x tau bila nak ke Perlis juga sebab nak bawa suami yang x pernah ke sana..boleh la singgah makan kat sini..Suka Perlis sebab makanan murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena datang beberapa hari barulah sempat nak ke banyak tempat di Perlis ni. Bab harga makanan, kalau kedai biasa memang murah. Tapi kalau ke kafe terkenal harganya tak murah 😄

      Delete
  15. Menarik ni.. insyallah balik kg boleh terjah api api ni.. 😉👍🏻

    ReplyDelete
  16. Menu ikan bakar tu nampak menarik untuk dicuba.. Bolehlah Sha masukkan dalam list ini..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****