Tuesday, 6 January 2026

Kamu Yang Mesra (Top Commentators) Tahun 2025

Entri penghargaan buat sahabat blog yang sudi memeriahkan blog saya yang tidak begitu aktif menghasilkan entri. Tahun 2025 saya cuma menghasilkan 128 entri. Alhamdulillah itu pun dah cukup bagus, walaupun banyak hal yang nak dicatatkan akhirnya terlupa begitu saja dek kerana kurang stamina berblog 😅

Berbalik kepada tajuk entri. Saya letak widget Top Commentators di blog cuma untuk 30 hari terakhir supaya loading time blog ini tak mengambil masa lama. Tujuan saya letak - sebagai penghargaan buat sahabat blog yang rajin berkunjung dan memudahkan saya juga sahabat lain untuk berkunjung ke blog mereka (cuma klik link pada nama).

Bagi tujuan pengiraan Top Commentators tahun 2025, saya ubah seketika setting kepada 365 hari. Hasilnya, inilah senarai 10 orang sahabat blog yang paling banyak meninggalkan komen di blog saya pada tahun 2025 :

Terima kasih buat 10 orang sahabat blog yang namanya tertera di atas kerana selalu memberikan kata-kata mesra di blog ini. Tak dilupakan juga penghargaan buat semua sahabat blog yang sudi berkunjung, setiap kata-kata yang ditinggalkan menjalin ikatan persahabatan di alam maya.

Terima kasih sahabat blog yang telah menceriakan blog ini, semoga Allah kurniakan kalian dengan kebaikan di dunia dan akhirat 💙


**************************

Sebagai tanda penghargaan, saya ingin beri hadiah buat tiga orang sahabat yang paling mesra dan beralamat di Malaysia. Sekali lagi (seperti tahun 2024), saya tak dapat mengirim hadiah buat blogger Fanny yang berada di negara jiran. Semoga kali ini bila Fanny datang ke Malaysia saya dapat mengirim sesuatu buat beliau.


Maklumat pengeposan blogger NA dan Puan Hazel masih ada dalam simpanan saya, cuma masih belum ada maklumat blogger Tot a.k.a. Nur - mohon berikan maklumat pengeposan menerusi e-mel : halifa02@gmail.com. Pengeposan hadiah mungkin ambil masa sedikit, saya akan maklumkan selepas pos ya.







18 comments:

  1. Wah... tahniah buat semua top komentator...semoga ukhwah antara blogger berpanjangan..always support insyaallah

    ReplyDelete
  2. Mereka2 tu pun mesra di blog sy jugak, hihi. Tahniah buat Tot, Na & PH. Kena ready siap2 tu hadiah utk Fanny.

    ReplyDelete
  3. Allah, segan pulak Sy PU, asyik muka ni (Sy) je 😌

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat semua yang tersenarai.

    ReplyDelete
  5. Waaa tahniah kepada 3 org pemenang tu.. tapi tak sangka nama kita terselit dalam top 10 pengomen .. byk juga hahaha.. 😅👍🏻

    ReplyDelete
  6. Terima kasih, Ujie. Saya sudah email butiran. Suka, suka! 😍

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah masuk juga. Entah saya rasa tahun lepas kurang blogwalking dan komen. Tq ya.
    Tahniah semua.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dan Tahniah buat Top 3.

    ReplyDelete
  9. Tahniah pada semua yang tersenarai..

    ReplyDelete
  10. Sy baru ja follow blog nie... Tahniah buat semua top komentator

    ReplyDelete
  11. Cantik widget top komen ni.Kreatif dan tahniah semua yang tersenarai..rezeki berblog dan bersosial maya kan.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah..
    Tahniah buat yang tersenarai dan penerima hadiah..

    ReplyDelete
  13. tahniah semua blogger2 hebat.. selamat tahun baru Ujie :)

    ReplyDelete
  14. Tahniah untuk semua.. semoga persahabatan di alam maya berkekalan hedaknya :)

    ReplyDelete
  15. wahh tersenarai sebagai top 10 pun dah rasa bangga sangat! tahniah pada penerima hadiah :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****