Walaupun dah dua tahun menetap di Perlis, saya jarang makan seafood di Kuala Perlis atas faktor jarak (lebih kurang 40 km dari rumah) dan kurang gemar keluar waktu malam (restoran seafood beroperasi mulai lewat petang). Jadinya boleh dikira dengan sebelah jari je berapa kali saya pernah makan di Kuala Perlis 😄
Bulan lepas Encik Suami bawa saya mencuba hidangan di Restoran Api Api Ikan Bakar. Encik Suami pula dah beberapa kali makan di sini atas urusan kerja. Kami pergi sini waktu siang, jadinya menjelang malam dah boleh sampai rumah semula.
Api Api Ikan Bakar terletak di tepi jalan besar, mudah dilihat. Pengunjung boleh parkir kenderaan di ruang parkir kawasan restoran atau ruang parkir yang terletak di seberang jalan.
Sudut berfoto. Restoran ini terletak di tepi Sungai Perlis.
Sebaik melangkah masuk restoran, petugas kaunter beri salam kepada kami. Kami diberi nombor dan diminta duduk.
Tak lama kemudian, nombor kami dipanggil untuk pilih makanan laut dan buat pesanan makanan. Sebelum tu kami dah berbincang nak makan apa, jadinya mudahlah Encik Suami pergi sendiri uruskan pesanan makanan kami.
Ruang makan yang luas dan bersih. Selesa nak makan.
Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, sempatlah saya memotret foto keindahan suasana Sungai Perlis menerusi jendela restoran.
Terdapat jeti dengan deretan bot, antaranya bot milik UiTM dan IKBN.
Sesekali ada bot lalu di sini. Tengoklah orang tu, siap boleh berdiri atas bot kecil.
Cantik warna air sungai di sini - kehijauan.
Bot warna biru kuning tu pula tertera tulisan - Api Api River Cruise. Restoran Api Api Ikan Bakar menawarkan servis river cruise dengan kadar RM15 seorang, berkongsi satu bot dengan pengunjung lain (saya tak pasti berapa orang untuk satu bot). Aktiviti river cruise bermula pada pukul 6.30 petang. Kami tak sempat nak ikut serta sebab nak segera balik rumah selepas makan.
Tak lama menunggu, hidangan yang dipesan tiba satu demi satu.
Sotong goreng tepung, saiz hidangan untuk seorang.
Kerang bakar 500 g.
Udang masak butter. Udang pilih sendiri dan timbang.
Ikan pari kami ambil satu bahagian, buat ikan bakar santan. Bila makan tu rasa macam makan ikan dengan kuah masak lemak. Lebih sedap kalau makan dengan pencicah air asam. Tadi Encik Suami silap faham pertanyaan petugas, jadinya tak ada pencicah air asam 😄. Tapi makan tanpa pencicah pun saya rasa dah cukup menyelerakan.
Sayur kailan ikan masin, saiz hidangan untuk seorang.
Kos makan-makan kami. Ada caj SST 6%.
Alhamdulillah sedap semuanya sesuai dengan cita rasa kami. Habis licin kami makan 😀. Paling saya suka - sotong goreng tepung dan ikan pari bakar santan. Lauk udang tu saya merasa sikit jelah, saya kurang gemar makan udang. Kali ini makan tak terlampau kenyang sebab kami ambil nasi satu pinggan je dan minum air suam.
Saya rasa puas hati makan di Api Api Ikan Bakar - ruang makan bersih & selesa, layanan mesra & pantas serta rasa masakannya memuaskan selera. InsyaAllah ada kesempatan pasti saya datang makan di sini lagi.
********************************
API API IKAN BAKAR
Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po,
Kuala Perlis,
Perlis.
Google maps - Restoran Api Api Ikan Bakar
Waktu operasi :
Setiap hari | 5 petang - 10.30 malam













Menarik juga ikan bakar santan tu. Tak pernah jumpa lagi kat mana2 kedai ikan bakar.
ReplyDeleteKatanya tu menu istimewa Kuala Perlis. Akak baru tau nama lainnya - ikan bakar susu.
DeleteSelalu ikan bakar cicah kicap cili atau air asam. Begitu rupanya cara masak santan. Cuba masakan berbeza tidak menghampakan sebab sedap. Boleh datang lagi cuba masakan lain pula.
ReplyDeleteItulah, tak rugi mencuba sebab sedap pulak ikan bakar santan tu.
DeleteSedapnya, makan di restoran seafood. Sejuk mata memandang, dapat makan sedap di tepi sungai yang tenang. Boleh tengok bot lalu. Mahal juga harga kerang ya.
ReplyDeleteItulah…RM40 sekilo 😅
DeleteAgaknya susah dapat.
Alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera sesedap.
Alhamdulillah Wak 😀
DeleteMenu banyak, sedap, harga berpatutan memang akan repeat. Udang tu, menambat mata betul.
ReplyDeleteSemuanya memuaskan hati, pasti akan datang lagi.
DeleteBila banyak lauk gitu..ratah lauk je pun kenyang dah..
ReplyDeleteBetul Linda, sebab tu kena ambil nasi satu je 😄
DeleteAlamak! Lamanya tak makan kerang! Geram la pulak!
ReplyDeleteKena mencari, lepaskan geram 😄
Deletemenarik.menu ikan pari tu...
ReplyDeletekalau sedap ni boleh repeat lagi in the future
Ikan bakar santan menu istimewa Kuala Perlis. Kalau ke Perlis bolehlah Anies cuba.
DeleteNak makan macam kat klinik ek, siap ambil nombor dulu. Tapi berbaloi la sebab makanannya sedap tu. Sy suka makan masak² lemak macam tu.
ReplyDeleteMacam klinik eh 😂
DeleteBestnya kalau dapat naik river cruise tu, boleh tengok sunset la kot sbb dah lewat petang kan...
ReplyDeleteSy suka ikan bakar Kuala Perlis, sedap dan segar ikan/seafood nya
Itulah, teringin jugak naik river cruise tu. Lain kali insyaAllah.
DeleteBetul, maklumlah Kuala Perlis tempat pendaratan hasil laut.
Pergi mana2 mmg harus cuba masakan seafood kawasan yang dikunjungi.
ReplyDeleteLain tempat, lain menu istimewanya kan.
DeleteTempat ni menarik, view sangat hebat..bestnya .
ReplyDeleteYa, menarik sebab view sungai. Lagi pulak waktu senja, cantik.
DeleteSuasana ruang makan macam luas ..bersih..alhamdulillah.
ReplyDeleteAlhamdulillah luas dan bersih, selesa makan sini.
DeleteFirst time SA nampak ikan bakar santan tu...nampak sedap...SA dah beberapa kali pergi Perlis tapi x pernah sampai sini...plannya nanti, x tau bila nak ke Perlis juga sebab nak bawa suami yang x pernah ke sana..boleh la singgah makan kat sini..Suka Perlis sebab makanan murah
ReplyDeleteKena datang beberapa hari barulah sempat nak ke banyak tempat di Perlis ni. Bab harga makanan, kalau kedai biasa memang murah. Tapi kalau ke kafe terkenal harganya tak murah 😄
DeleteMenarik ni.. insyallah balik kg boleh terjah api api ni.. 😉👍🏻
ReplyDeleteJangan lupa masukkan dalam list 😀
DeleteMenu ikan bakar tu nampak menarik untuk dicuba.. Bolehlah Sha masukkan dalam list ini..
ReplyDelete