Walaupun dah dua tahun menetap di Perlis, saya jarang makan seafood di Kuala Perlis atas faktor jarak (lebih kurang 40 km dari rumah) dan kurang gemar keluar waktu malam (restoran seafood beroperasi mulai lewat petang). Jadinya boleh dikira dengan sebelah jari je berapa kali saya pernah makan di Kuala Perlis 😄
Bulan lepas Encik Suami bawa saya mencuba hidangan di Restoran Api Api Ikan Bakar. Encik Suami pula dah beberapa kali makan di sini atas urusan kerja. Kami pergi sini waktu siang, jadinya menjelang malam dah boleh sampai rumah semula.
Api Api Ikan Bakar terletak di tepi jalan besar, mudah dilihat. Pengunjung boleh parkir kenderaan di ruang parkir kawasan restoran atau ruang parkir yang terletak di seberang jalan.
Sudut berfoto. Restoran ini terletak di tepi Sungai Perlis.
Sebaik melangkah masuk restoran, petugas kaunter beri salam kepada kami. Kami diberi nombor dan diminta duduk.
Tak lama kemudian, nombor kami dipanggil untuk pilih makanan laut dan buat pesanan makanan. Sebelum tu kami dah berbincang nak makan apa, jadinya mudahlah Encik Suami pergi sendiri uruskan pesanan makanan kami.
Ruang makan yang luas dan bersih. Selesa nak makan.
Sementara menunggu hidangan yang dipesan tiba, sempatlah saya memotret foto keindahan suasana Sungai Perlis menerusi jendela restoran.
Terdapat jeti dengan deretan bot, antaranya bot milik UiTM dan IKBN.
Sesekali ada bot lalu di sini. Tengoklah orang tu, siap boleh berdiri atas bot kecil.
Cantik warna air sungai di sini - kehijauan.
Bot warna biru kuning tu pula tertera tulisan - Api Api River Cruise. Restoran Api Api Ikan Bakar menawarkan servis river cruise dengan kadar RM15 seorang, berkongsi satu bot dengan pengunjung lain (saya tak pasti berapa orang untuk satu bot). Aktiviti river cruise bermula pada pukul 6.30 petang. Kami tak sempat nak ikut serta sebab nak segera balik rumah selepas makan.
Tak lama menunggu, hidangan yang dipesan tiba satu demi satu.
Sotong goreng tepung, saiz hidangan untuk seorang.
Kerang bakar 500 g.
Udang masak butter. Udang pilih sendiri dan timbang.
Ikan pari kami ambil satu bahagian, buat ikan bakar santan. Bila makan tu rasa macam makan ikan dengan kuah masak lemak. Lebih sedap kalau makan dengan pencicah air asam. Tadi Encik Suami silap faham pertanyaan petugas, jadinya tak ada pencicah air asam 😄. Tapi makan tanpa pencicah pun saya rasa dah cukup menyelerakan.
Sayur kailan ikan masin, saiz hidangan untuk seorang.
Kos makan-makan kami. Ada caj SST 6%.
Alhamdulillah sedap semuanya sesuai dengan cita rasa kami. Habis licin kami makan 😀. Paling saya suka - sotong goreng tepung dan ikan pari bakar santan. Lauk udang tu saya merasa sikit jelah, saya kurang gemar makan udang. Kali ini makan tak terlampau kenyang sebab kami ambil nasi satu pinggan je dan minum air suam.
Saya rasa puas hati makan di Api Api Ikan Bakar - ruang makan bersih & selesa, layanan mesra & pantas serta rasa masakannya memuaskan selera. InsyaAllah ada kesempatan pasti saya datang makan di sini lagi.
********************************
API API IKAN BAKAR
Jalan Dato Ali, Bukit Tok Po,
Kuala Perlis,
Perlis.
Google maps - Restoran Api Api Ikan Bakar
Waktu operasi :
Setiap hari | 5 petang - 10.30 malam













Menarik juga ikan bakar santan tu. Tak pernah jumpa lagi kat mana2 kedai ikan bakar.
ReplyDeleteSelalu ikan bakar cicah kicap cili atau air asam. Begitu rupanya cara masak santan. Cuba masakan berbeza tidak menghampakan sebab sedap. Boleh datang lagi cuba masakan lain pula.
ReplyDeleteSedapnya, makan di restoran seafood. Sejuk mata memandang, dapat makan sedap di tepi sungai yang tenang. Boleh tengok bot lalu. Mahal juga harga kerang ya.
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteSelamat menjamu selera sesedap.
Menu banyak, sedap, harga berpatutan memang akan repeat. Udang tu, menambat mata betul.
ReplyDeleteBila banyak lauk gitu..ratah lauk je pun kenyang dah..
ReplyDeleteAlamak! Lamanya tak makan kerang! Geram la pulak!
ReplyDeletemenarik.menu ikan pari tu...
ReplyDeletekalau sedap ni boleh repeat lagi in the future