Thursday, 24 July 2025

Petai Belalang, Mengkarung dan Timun Tikus

Dah agak lama saya tak melakukan aktiviti morning walk disebabkan beberapa hal - matahari terbit awal (pukul 7.10 matahari cerah memancar), rumput tinggi sangat (bimbang ular) dan ada hari saya rasa kurang sihat. Elehh…banyak betul alasannya ya, cakap jelah malas 😆

Alhamdulillah pagi ini saya kembali menikmati alam walau dalam keadaan matahari memancar garang. Hasil rakaman foto alam pagi tadi :

⏵ PETAI BELALANG

Petai Belalang
Terdapat banyak pokok petai belalang tumbuh liar di sekitar kawasan kediaman saya. Pokok ni jenis mudah membiak (melalui biji), jadinya sana sini tumbuh pokok petai belalang.

Petai Belalang
Rupa petai belalang seakan petai biasa, cuma isinya lebih kecil dan nipis.

Bagi mereka yang membesar di kampung, pasti kenal dan suka makan petai belalang. Mak dan kakak-kakak saya biasa makan petai belalang, makan begitu saja. Berbeza dengan saya yang lahir dan membesar di bandar, saya tiada pengalaman begitu.


⏵ MENGKARUNG
Mengkarung merupakan antara haiwan yang kerap saya jumpa. Mula-mula dulu terselit juga rasa takut, tapi selepas itu mengkarung selalu menjadi model fotografi saya 😀. Sekali tengok macam sama je rupa mengkarung, tapi bila diperhatikan ada perbezaan corak pada badan mengkarung.

Mengkarung ni ekornya nampak macam terputus di hujung.

Hasil foto mod portrait. Rupa mengkarung dapat dilihat dengan lebih jelas.


⏵ TIMUN TIKUS
Pokok timun tikus ni pun antara tumbuhan liar jenis menjalar yang banyak terdapat di sekitar rumah saya. Kalau ada yang tahu, kenapa namanya ada perkataan tikus? Sama seperti petai belalang, kenapa dikaitkan dengan belalang? 🤔

Timun Tikus
Buah timun tikus yang masih muda, berwarna hijau dengan corak berjalur putus-putus warna putih. Kalau dah masak warnanya bertukar merah. Boleh lihat foto buah berwarna merah di entri INI.

Timun Tikus
Saiznya kecil begini.

Buah timun tikus ini juga antara tumbuhan yang biasa dijumpai dan dimakan oleh mereka yang membesar di kampung. Cumanya, timun tikus ni ada beberapa spesis. Timun tikus yang terdapat di tempat tinggal saya ni berbeza spesis dengan timun tikus yang biasa dimakan oleh keluarga saya dan mak mentua di Johor. Rupanya juga sedikit berbeza - saiz lebih besar dan tiada jalur warna putih.

Awal bulan baru-baru ni sewaktu mak mentua bermalam di rumah kami, mak mentua cuba makan sebiji. Baru kunyah sedikit, terus mak mentua luahkan balik. Pahit! Memang berbeza dengan timun tikus yang biasa mak makan di kampung suatu masa dulu - rasanya tak pahit, sama seperti timun biasa.


⏵ JOJO SI ANAK BULU
Selesai morning walk, saya sambung buat kerja di luar rumah. Gemburkan tanah di pasu, buang daun yang dah kering dan buang rumput di sekeliling tanaman. Tapi itulah, ada anak bulu yang suka mengacau.

Saya nak bersihkan rumput keliling pokok kunyit yang di tanam dalam bekas tayar ni, Jojo datang terus melompat masuk dalam tayar. Siap duduk santai, lepas tu mengunyah rumput. Tak mampu nak marah budak dengan macam-macam gelagat yang mencuit hati ni 😄







26 comments:

  1. Cantik2 gambar kak ujie ambil...

    ReplyDelete
  2. Cantik cuaca dan pemandangan yang dirakam.hey jojo..amboiiii....bukan main lagi dia ye...SA tau timun tikus tapi x pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah ada depan mata ni pun saya masih tak rasa nak cuba makan timun tikus tu 😄

      Delete
  3. Petai belalang dan timun tikus tu jadi kudapan kami waktu kecil dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman dan memori yang indah untuk dikenang tu kak Amie.

      Delete
  4. Rindu Jojo, lama tak nampak. Sy ingat ada belalang tadi, rupanya petai belalang. Ingatkan tikus, rupanya timun. Dah brp kali kena scam dengan tajuk dia, hihi. Mengkarung tu macam iguana pulak Kita kalau mengkarung tu cicak kubing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah Jojo, ada orang jauh rindu kat dia 😀
      Tajuk scam yang lain tu mesti pasal tendon dan yakiniku 😂
      Ooh…Sk panggil cicak kubing = mengkarung. Habis tu, mengkarung nak panggil apa? 😆

      Delete
  5. Masa kecik suka makan petai belalang tu. Mengkarung pernah sesat masuk office. Seminggu dia menyorok. Mujur la jumpa lepas tu staf halau keluar. Cie tak takut tapi geli. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak jadi keliru pulak, akak sebenarnya takut atau geli 😅

      Delete
  6. Sy morning walk pagi tadi pun dok belek buah petai belalang. Arwah mak dan pak sy suka buat ulam. Yang timun tikus tu mmg ada yg jenis pahit ada yg tidak. Sy pun tak pernah makan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooh…patutlah yang di utara ni pahit, yang di selatan pulak tawar.

      Delete
  7. Kami sebut nya petai cina. Krn banyak dipakai oleh orang cina di sini dalam makanan mereka 😄😄. Mama sering buat jadi pepes. Sedaaap memang.

    Kalo timun tikus saya tak pernah rasa kak. Aneh juga bentuknya.. pendek 😄.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kerana bentuk pendek macam tikus, jadi namanya timun tikus 😄

      Delete
  8. Tadi balik rumah mak, jalan2 belakang rumah, ada pokok petai belalang rumah jiran masuk pagar rumah mak. Makcik J memang selalu pesan ambik je apa2 dari pokok dia. Suka makan macam tu je, menyesal pulak tak ambik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya nanti balik rumah mak, masih ada petai belalang untuk diambil 😀

      Delete
  9. mengkarung tu macam iguana/biawak gitu. saya selalu dengar orang buat lawak "nanti kaki kena tarik dengan mengkarung", ingatkan mengkarung tu sejenis hantu. natang rupanya xD

    cantiknya timun tikus tu, berkilat-kilat! bentuk dia mcm buah zaitun pulak. masak apa yg sedap dgn timun tikus ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada eh lawak pasal mengkarung gitu 😄

      Timun tikus tu orang makan buat ulam je.

      Delete
  10. Mengkarung tidak lari pula apabila Puan Ujie ambil gambar ke arahnya.
    Baru tahu pasal timun tikus. Tidak pernah jumpa dan makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah…elok pulak tak bergerak bila saya datang dekat 😄

      Delete
  11. Mengkarung tu sekali imbas nampak macam iguana ye kak Ujie. Belum pernah lagi terjumpa timun tikus. Petai belalang tu ada je kat tempat saya tapi tak pernah cuba nak makan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak pernah makan, jadi tak rasa nak cuba makan pulak walaupun ada dekat rumah 😄

      Delete
  12. pertama kali mengenali timun tikus.. tak pernah jumpa kat mana2 pasar raya atau pasar pagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, saya sendiri pun pertama kali jumpa sejak menetap di sini.

      Delete
  13. Pernah makan petai ni begitu saja zaman kanak-kanak. Tapi itu je lah sekali. Tengok orang lain kunyah begitu macam sedap betul rasanya. Bila kita cuba, tak kena dengan selera. Kena makan petai yang dimasak juga. Lebih kurang je rasanya dengan petai biasa tu. Entahnya kan, kenapalah dikaitkan tumbuhan dengan haiwan. Agaknya petai tu warna macam belalang kot. Timun tikus tu pertama kali tahu dan tengok rupa dia. Mungkin saiznya dia macam tikus dipanggil timun tikus. Ke sebab tikus makan timun. Banyak betul mungkin dia kan. Mengkarung tu kalau dekat memang tak berani lah. Risau kalau dia meluru lari kat kita pulak. Baik budak Jojo ni jadi peneman setia. Mana mungkin kita marah majikan kita. Cantik-cantik hasil tangkapan gambar Kak Ujie especially mod potrait mengkarung tu.

    ReplyDelete
  14. Cubit budak Jojo tu, nakai dia, kacau orang cabut rumput. 😁 Mengkarung tu, saya panggil tokkai. Sama dengan Ujie, tak tahu makan petai belalang.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****