Thursday, 24 July 2025

Petai Belalang, Mengkarung dan Timun Tikus

Dah agak lama saya tak melakukan aktiviti morning walk disebabkan beberapa hal - matahari terbit awal (pukul 7.10 matahari cerah memancar), rumput tinggi sangat (bimbang ular) dan ada hari saya rasa kurang sihat. Elehh…banyak betul alasannya ya, cakap jelah malas 😆

Alhamdulillah pagi ini saya kembali menikmati alam walau dalam keadaan matahari memancar garang. Hasil rakaman foto alam pagi tadi :

⏵ PETAI BELALANG

Petai Belalang
Terdapat banyak pokok petai belalang tumbuh liar di sekitar kawasan kediaman saya. Pokok ni jenis mudah membiak (melalui biji), jadinya sana sini tumbuh pokok petai belalang.

Petai Belalang
Rupa petai belalang seakan petai biasa, cuma isinya lebih kecil dan nipis.

Bagi mereka yang membesar di kampung, pasti kenal dan suka makan petai belalang. Mak dan kakak-kakak saya biasa makan petai belalang, makan begitu saja. Berbeza dengan saya yang lahir dan membesar di bandar, saya tiada pengalaman begitu.


⏵ MENGKARUNG
Mengkarung merupakan antara haiwan yang kerap saya jumpa. Mula-mula dulu terselit juga rasa takut, tapi selepas itu mengkarung selalu menjadi model fotografi saya 😀. Sekali tengok macam sama je rupa mengkarung, tapi bila diperhatikan ada perbezaan corak pada badan mengkarung.

Mengkarung ni ekornya nampak macam terputus di hujung.

Hasil foto mod portrait. Rupa mengkarung dapat dilihat dengan lebih jelas.


⏵ TIMUN TIKUS
Pokok timun tikus ni pun antara tumbuhan liar jenis menjalar yang banyak terdapat di sekitar rumah saya. Kalau ada yang tahu, kenapa namanya ada perkataan tikus? Sama seperti petai belalang, kenapa dikaitkan dengan belalang? 🤔

Timun Tikus
Buah timun tikus yang masih muda, berwarna hijau dengan corak berjalur putus-putus warna putih. Kalau dah masak warnanya bertukar merah. Boleh lihat foto buah berwarna merah di entri INI.

Timun Tikus
Saiznya kecil begini.

Buah timun tikus ini juga antara tumbuhan yang biasa dijumpai dan dimakan oleh mereka yang membesar di kampung. Cumanya, timun tikus ni ada beberapa spesis. Timun tikus yang terdapat di tempat tinggal saya ni berbeza spesis dengan timun tikus yang biasa dimakan oleh keluarga saya dan mak mentua di Johor. Rupanya juga sedikit berbeza - saiz lebih besar dan tiada jalur warna putih.

Awal bulan baru-baru ni sewaktu mak mentua bermalam di rumah kami, mak mentua cuba makan sebiji. Baru kunyah sedikit, terus mak mentua luahkan balik. Pahit! Memang berbeza dengan timun tikus yang biasa mak makan di kampung suatu masa dulu - rasanya tak pahit, sama seperti timun biasa.


⏵ JOJO SI ANAK BULU
Selesai morning walk, saya sambung buat kerja di luar rumah. Gemburkan tanah di pasu, buang daun yang dah kering dan buang rumput di sekeliling tanaman. Tapi itulah, ada anak bulu yang suka mengacau.

Saya nak bersihkan rumput keliling pokok kunyit yang di tanam dalam bekas tayar ni, Jojo datang terus melompat masuk dalam tayar. Siap duduk santai, lepas tu mengunyah rumput. Tak mampu nak marah budak dengan macam-macam gelagat yang mencuit hati ni 😄







5 comments:

  1. Cantik2 gambar kak ujie ambil...

    ReplyDelete
  2. Cantik cuaca dan pemandangan yang dirakam.hey jojo..amboiiii....bukan main lagi dia ye...SA tau timun tikus tapi x pernah makan

    ReplyDelete
  3. Petai belalang dan timun tikus tu jadi kudapan kami waktu kecil dulu.

    ReplyDelete
  4. Rindu Jojo, lama tak nampak. Sy ingat ada belalang tadi, rupanya petai belalang. Ingatkan tikus, rupanya timun. Dah brp kali kena scam dengan tajuk dia, hihi. Mengkarung tu macam iguana pulak Kita kalau mengkarung tu cicak kubing.

    ReplyDelete
  5. Masa kecik suka makan petai belalang tu. Mengkarung pernah sesat masuk office. Seminggu dia menyorok. Mujur la jumpa lepas tu staf halau keluar. Cie tak takut tapi geli. Hihi

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****