Sudah beberapa ketika saya tak melakukan aktiviti morning walk sebab tak mahu meredah rumput kemuncup yang semakin tinggi. Ada hari yang saya redah juga, habis penuh kemuncup di seluar walaupun dah memakai kasut kebun. Jenuhlah nak bersihkan kemuncup di seluar dan kulit jadi gatal terkena kemuncup.
Kelmarin rumput sudah pun dipotong, jadinya pagi semalam - hari Rabu, 20 November 2024 dapatlah saya kembali menikmati suasana pagi dan memerhatikan keindahan alam.
Daytime moon - bulan menghiasi langit siang.
Pemandangan kawasan berbukit di belakang rumah saya, dipenuhi dengan bunga kecil warna kuning.
Bergantungan buah-buah warna merah di celahan pokok pagar. Ada yang tinggal separuh, mungkin di makan burung. Menurut jiran, ini buah timun tikus.
Saiznya kecil, berwarna hijau kemudian bertukar merah apabila sudah tua. Carian saya mendapati, ia sejenis pokok herba dan dijual dengan harga yang tinggi di Shopee. Tak pastilah jika ia jenis yang berbeza (tetapi sama nama).
Sejak bulan lepas, saya perasan kehadiran burung bersaiz besar ini. Entah apa namanya tapi mungkin spesis burung hijrah kerana ia hadir pada tempoh tertentu sahaja. Cantik rupa burung ini dengan badan berwarna coklat muda berjalur putih dan bahagian bawah sayap berwarna putih. Selalu ada di sekitar rumah saya - mencari makan di tepi rumah dan terbang sambil berbunyi kuat ‘uokk…uokk…uokk’.
Sangat sukar saya nak memotret burung ini, walaupun ia selalu ada di tepi rumah dan dapat dilihat menerusi tingkap rumah. Derianya sangat peka dengan kehadiran saya dan segera terbang pergi. Alhamdulillah kali ini saya berjaya memotret, tetapi dari jauh dengan menggunakan lensa zoom-in. Hasil foto tak begitu jelas tapi bolehlah nampak bagaimana rupa burung ini.
Dalam masa beberapa detik, burung ini segera terbang dan hinggap pula di dahan pohon besar.
Terima kasih Allah yang memberi kesempatan buat saya menikmati keindahan alam ciptaan-Nya. Menghargai sekecil-kecil nikmat akan membuat hidup kita rasa lebih bahagia.
tak hujan dekat sana kak?cantik cuaca langit biru...pantai timur dah masuk musim tengkujuh,hujan lebat
ReplyDeletePagi semalam panas terik. Harini mendung.
DeleteYelah kan, dah masuk musim monsun timur laut. Sini pulak dah mula angin kuat, dah nak masuk musim angin timur.
Unik burung tu. Besar macam bangau agaknya..
ReplyDeleteIya, lebih kurang saiz bangau yang kecik.
Deleteboleh dibuat apa timun tikus ni? buah atau sayur?
ReplyDeleteOrang buat ulam - makan gitu je. Entah nak sebut buah atau sayur ekk? 😄
Deletewahh bestnya dapat nikmati pemandangan yang indah dan menenangkan..rasa rindu nak balik Kedah pulak
ReplyDeleteKedah dan Perlis kaya dengan pemandangan indah. Seronoklah ada kampung di Kedah.
DeleteFlora dan Fauna. Timun tikus tu baru pertama kali tengoknya.
ReplyDeleteSaya pun baru tau, sejak menetap di sini.
Delete1st time tengok buah timun tikus
ReplyDeleteKalau orang bandar memang tak kenal buah ni, akak pun baru tau 😄
DeleteWow! Orang mata seni ni memang pandai je tunggu momen nak ambik gambar!
ReplyDeleteHehe…Alhamdulillah ada pulak rezeki momen bagus.
DeleteKami pun panggil buah tu timun tikus. Cantik warnanya bila masak.
ReplyDeleteRasa tenang tengok foto rumput dan burung yg PU ambil ni. Cantik!
Wah…PH pun kenal timun tikus. Mesti dah biasa jumpa/makan masa kecil dulu ya?
DeleteAlhamdulillah memang satu ketenangan dapat menikmati alam semula jadi.
Subhanallah cantiknya. Buah timun tikus, first time dengar. Unik.
ReplyDeleteBest kan dikelilingi kehijauan alam Ilaihi. Kemuncup, aduii nak cabut tu.
Cantik warna merahnya tu kan..
DeleteItulah…jenuh uii nak mencabut satu satu kat seluar.
Selalu tgk timun tikus tu hijau ni masak ranum merahh cantiknya
ReplyDeleteSaya pulak tak perasan yang hijau. Lain kali nak membelek cari yang hijau pulaklah.
DeleteSuasana pagi yang indah Mbak.
ReplyDeletebuah timun tikus? Apa ya disini namanya?
pasti terasa sejuk, segar berjalan kaki pagi dengan suasana sekitar seperti pada foto-foto diatas.
Salam,
Saya pun baru kenal timun tikus 😄
DeleteAlhamdulillah udaranya segar walaupun matahari sudah memancar.
cantiknya semua gambar, kehijauan semuanya. sejuk mata memandang :D
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah alam semulajadi sebagai terapi mata dan jiwa 😊
DeleteCuba la amik gambar upload dalam shopee .. tgk ada tak org nak beli hahaha .. kalau dah banyak sangat kan :D
ReplyDeleteAdeh…kurang rajin pulak akak ni 😂
DeleteBila rumput semua dah dipotong nak berjalan pun seronok .. mata nak memandang pun seronok.. Cantik burung tu.. rasa burung api api atau burung puchong.. ke semua salah hihii :D
ReplyDeleteBetul, sakit mata tengok rumput kemuncup meninggi. Tapi sebab musim hujan, memang cepat sungguh rumput naik. Haha…entahlah burung apa, kena rujuk dengan pakar burung.
Deleterasa segar kan pepagi dpt tgk benda2 hijau ni. nikmat sgt.
ReplyDeleteBetul kak Yan, segar mata dan jiwa 💙
Deleteseekor je dia? mana geng2 yg lain?😁
ReplyDeleteSolo lah…senang nak travel mana-mana 😂
Deletesejuk dan teduh bener melihat yang hijau-hijau begini
ReplyDeleteIya…hijau alam yang memberi ketenangan.
DeleteLuas ya kawasan berbukit di belakang rumah Puan Ujie. Kira tiada jiran di belakang ya?
ReplyDeleteKira luas jugaklah. Ya, tiada jiran di belakang. Tu yang saya bebas nak morning walk 😀
DeleteSaya suka tempat tinggal kakak ini banyaaak sekali hewan dan tumbuhan yg unik. Rare moment lah. Dah susah nak melihat burung seperti ini kalo tinggal di tengah kota yg padat dan ramai kan. . Sukaaaa lihat hasil foto2 alam yg Kaka ambil
ReplyDelete