Bahagian akhir catatan laluan ke Teluk Pandan Besar. Catatan sebelumnya di Bahagian 1 dan Bahagian 2.
Biasanya kalau hiking atau jungle trekking ke mana-mana, catatan saya cukup dengan satu entri. Tapi kali ini saya bahagikan kepada tiga bahagian sebab banyak hal menarik yang dapat saya perhatikan sewaktu melakukan eksplorasi hutan Taman Negara Bako (TNB).
TIBA DI DESTINASI - TELUK PANDAN BESAR
Peta taman negara dan papan tanda arah yang terakhir ditemui sebelum tiba di destinasi. Tertera amaran - ‘This trail ends at the cliff ahead. Dangerous cliff below’.
7 minit kemudian, kami tiba di penghujung laluan. Terdapat pagar kayu di sepanjang tebing.
MasyaAllah…indah sungguh panorama alam yang terbentang 😍
Rasa berbaloi segala penat lelah bila dapat menikmati keindahan dan ketenangan di sini.
Pandang atas, nampak dahan pokok dan langit cantik!
Pandang bawah, nampak keunikan batuan di sini. Semuanya ada sebab kejadian untuk kita fikir dan renung kehebatan kuasa yang menciptakan alam ini.
Aliran air berwarna gelap (mungkin aliran air dari hutan kerangas yang berwarna coklat kemerahan) bercampur dengan air Laut China Selatan. Pantai di bawah sana nampak bersih dan begitu menggoda hati.
Di suatu sudut bertentangan, terdapat sebuah tebing batu. Agaknya lebih kurang begitulah sudut pandang tebing batu tempat kami berada sekarang. Cuma di sini lebih luas dan bukan di kawasan hutan tebal.
2.48 pm |
Terima kasih Allah atas nikmat kurnia-Nya 💙
Rekod perjalanan kami pergi-balik. |
Tambahan info untuk rekod - lowest elevation 51m & highest elevation 162m dan perjalanan pergi 1 jam 38 minit & balik 1 jam.
MENGEJAR MASA
Perjalanan balik terasa lebih menyeksakan, kaki rasa penat sangat tapi kami perlu bergerak pantas dek kerana mengejar masa. Kami perlu tiba di bangunan Park HQ untuk urusan daftar masuk penginapan selewat-lewatnya pukul 4 petang. Masa ni saya dah tak pandang kanan kiri sangat, betul-betul fokus pada laluan di depan mata. Sesekali kami memperlahankan langkah dan bertegur sapa dengan pengunjung lain.
Mungkin kerana keletihan, ada sekali tu saya tergelincir sewaktu menuruni laluan batu besar. Syukurlah tak terjadi perkara lebih buruk, cuma tapak tangan terasa pedih bergeser dengan batu. Encik Suami pulak, kaki terpelecok sedikit sewaktu sedang menuruni laluan berbatu kecil. Awalnya tak begitu sakit, tapi esok hari barulah semakin ketara sakit sehinggalah pada pagi hari keempat tak boleh nak berjalan.
Alhamdulillah kami selamat tiba di bangunan Park HQ hampir pukul 4 petang. Fuh! Kalau tak kerana mengejar masa, agaknya saya masih berada dalam hutan 😁. Berjalan santai melayan letih kaki sambil menikmati alam.
Video berdurasi 1:37 minit.
Laluan Teluk Pandan Besar - sebuah perjalanan eksplorasi hutan yang memberi kepuasan buat saya. Laluannya tidak terlalu sukar, tetapi tidak juga terlalu mudah. Rata-rata pengunjung yang kami temui merupakan warga asing - mat salih. Masing-masing nampak keletihan dengan wajah memerah, tapi masih mampu mengukir senyum dan saling bertegur sapa. Inilah antara perkara yang saya suka bila masuk hutan, orang-orang yang tak saling kenal tetapi masih bertegur mesra.
Catatan seterusnya, berkenaan penginapan kami di taman negara. Selesa ke tidak?
Subhanallah, cantik pemandangan di hujung trail tu 😍 mesti terus hilang segala rasa penat bila tengok pemandangan alam yang terbentang luas di depan mata.
ReplyDeleteBetul Carneyz, rasa berbaloi penat lelah.
DeleteCantiknya permandangan kat atas tu mengadap laut. Cantiknya ciptaan Allah.
ReplyDeleteKan...cukup mempesona, tak jemu pandang.
DeleteMasyaAllah, cantiknya pemandangan. Ya Allah, suka betul tengok pemandangan cenggini. Pepohonan yang kehijauan beserta langit yang kebiruan. Allahu Akbar!
ReplyDeleteWarna alam yang cukup indah!
DeleteCantik gambar²nya 👍
ReplyDeleteTerima kasih kongsi dgn kami, nak jejak sana tak tau bila tapi dapat tgk gambar gini pun sangat mengujakan. Mesti sejuk dan redup je kan dlm hutan ni...
Sama-sama PH 😊
DeleteAda tempat yang sejuk redup sebab pokok besar, tapi masa lalu hutan kerangas tu kebanyakkan tempat agak panas sebab pokok kecil.
suka view dia... ijo plus langit membiru mmg nice combination
ReplyDeleteKan..indah lukisan alam Tuhan.
Deletewah, puas hati bila sampai destinasi
ReplyDeleteAlhamdulillah memang puas hati.
DeleteCantik tengok lorekan air yang berwarna hitam bercampur air laut.
ReplyDeleteMacam seni lukisan pulak kan..
DeleteBenaaaar..beberapa kali ikut trekking, dan kalo berjumpa dengan pengunjung lain, rata2 mereka suka kasih support dan semangat. Supaya kita pun berhasil naik ke atas juga.
ReplyDeleteBisa melihat pertemuan air sungai ke laut juga ya kak 😍😍
Menarik kan...memang unik tempat ni.
Deletecantiknya pemandangan teluk...
ReplyDelete