Friday, 12 July 2024

سراڠڬ دان فوڠوس

Aktiviti saya hampir setiap pagi - jalan-jalan di sekitar rumah sambil memerhati alam. Berikut merupakan foto-foto serangga dan fungus hasil pemerhatian pagi ini :

Sekumpulan serangga berwarna oren dengan rupa yang aneh.

Taklimat pagi agaknya 😄, besar kecik semua berkumpul atas sehelai daun.

Sejenis lagi serangga aneh yang saya temui pagi ini. Hebatnya penciptaan Allah.

Badannya berwarna oren dan hitam.

Kupu-kupu dengan corak unik - seperti ada mata besar.

Cendawan besar. Musim hujan begini dapatlah tengok cendawan tumbuh. Sudah masuk minggu ke-empat (sejak pertengahan bulan Jun) suasana mendung dan kerap hujan di tempat saya. Jarang dapat tengok matahari bersinar seharian. Suasana nyaman dan sejuk.


Terima kasih Allah yang mengurniakan keindahan alam dengan segala kepelbagaian hidupan. Terapi jiwa buat saya bila dapat memerhati keunikan flora, fauna dan fungus.







15 comments:

  1. Cantik kupu-kupu tu..memang seperti mata 👀

    ReplyDelete
  2. Serangga tu memang unik sebab tak pernah nampak pun....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, itu yang saya tengok rupa dia aneh 😄

      Delete
  3. Best area umah ujie penuh dengan alam semulajadi... pagi2 kalau walk mcm ni mmg segar je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma kena hati-hati berjalan, bimbang ancaman haiwan - monyet dan ular. Mata kena sentiasa pandang sekitar, telinga kena peka dengan bunyi aneh.

      Delete
  4. Walaupun mereka hanya serangga tapi sempurna ciptaan Allah yang maha kuasa. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terasa kerdil diri bila fikir kehebatan ciptaan Allah.

      Delete
  5. Macam-macam jenis serangga unik dijumpai sekitar rumah Puan Ujie. Saya tiadalah jumpa serangga yang pelik sekitar rumah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul la tu NA. Saya duduk sini barulah jumpa macam-macam serangga yang tak pernah jumpa.

      Delete
  6. Yg oren hitam tu tgh salin kulit tu.. warna hitam tu warna baru dia.. seronon dpt tgk alam sekitar di kawasan rumah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...Afif kenal ya serangga ni?

      Thanks info 👍

      Delete
  7. Sampai sekarang CCL tak tahu apa nama serangga pertama tu

    ReplyDelete
  8. Selalu sukaaaaa hasil foto kakak 👍👍😍. Jelas jernih dan baguuus sangat.

    ReplyDelete
  9. cantiknya serangga kaler oren tu...background kaler hijau...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****