Pada hari Isnin hingga Rabu lalu, saya ikut Encik Suami ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang atas urusan kerja. Penginapan disediakan oleh penganjur di Wesley Hotel.
Awalnya saya rasa malas nak ikut, sebab memikirkan akan terperap 3 hari 2 malam di bilik hotel yang biasanya tak begitu luas dan belum tentu selesa. Memanglah rumah yang saya diami sekarang bukanlah begitu selesa sebab rumah lama banyak cacat cela, tapi bila dah menetap di sini lama-lama jadi serasi dan selesa jugaklah.
Alhamdulillah, rupa-rupanya dapat penginapan jenis suite 😊
Buka pintu je terus nampak ruang tamu, meja makan dan ruang dapur kecil (kitchenette).
Bilik tidur di ruang berasingan.
Ruang dapur kecil - ada sinki, peti sejuk mini dan kemudahan buat minuman panas.
Ruang bilik tidur dengan katil king dan meja serbaguna. Katil dan bantalnya empuk selesa tidur. Kekurangan bilik ini, tak ada cermin besar jadi bila nak bersiap pakai tudung kenalah masuk bilik air. Juga tak cukup ruang gantung pakaian/tuala, yang ada di luar pintu bilik air tu jelah tempat nak menggantungnya.
Bilik airnya selesa - bersih dan semua berfungsi baik. Pintu bilik air agak kurang selesa digunakan sebab jenis frosted glass. Bukanlah nampak jelas ya, tapi nampaklah bayang-bayang. Gaya moden tapi tak sesuai untuk bilik air.
Pemandangan luar hotel pada waktu senja. Hotel ni dekat dengan jalan besar, siang malam bising dengan bunyi kenderaan lalu-lalang. Mujur juga bilik tidur asing dan ada pintu bilik, taklah terganggu waktu tidur dengan bunyi kenderaan.
Kami sarapan pagi di Bosses Cafe yang terletak di aras bawah hotel. Sarapan tak disediakan secara buffet. Terdapat enam set hidangan pilihan, antaranya - local breakfast, American breakfast dan continental breakfast. Menurut saya dan Encik Suami, makanan di sini tahap biasa-biasa saja. Boleh makan tapi kurang menepati cita rasa kami.
Secara keseluruhannya, saya rasa puas hati sepanjang menginap di Wesley Hotel. Penginapan kami di bilik 4007 sangat selesa - semuanya dalam keadaan bersih dan berfungsi baik. Dalam bilik ni juga terdapat smart TV saiz 40 inci, bolehlah menonton/buka YouTube di skrin besar.
Kekurangan menginap di sini - masalah ruang parkir terhad dan sukar mendapatkan makanan halal berhampiran. Pihak hotel tak menyediakan ruang parkir, jadinya kita kena cari parkir di luar bangunan dan perlu bayar caj parkir. Bab makanan halal pula, petugas kaunter hotel (seorang perempuan Melayu bertudung) maklumkan makanan halal boleh didapati di Bosses Cafe dan restoran nasi kandar yang terletak di bangunan lain. Pilihan lain, bolehlah buat pesanan online menerusi aplikasi penghantaran makanan.
Wahhh luasnya. Tak bosan la walaupun duduk lama 😬
ReplyDeleteHehe...betul.
DeleteKalau saya minta kebenaran merayap kalau pasangan bekerja. Hehe tapi saya belum kahwin.
ReplyDeleteNasib baik selesa dan luas. Puan Ujie buat apa ketiga suami bekerja?
Saya kurang suka merayap kawasan bandar, cth pergi mall. Di rumah boleh merayap keliling rumah tengok alam, tu saya sukalah.
DeleteHotel ni ada smart TV, saya tengok YouTube cerita Pak Ya Cong Codei dan baca buku yang dibawa. Memang berehat sungguhlah 😄
Selesa tempatnya kak ;)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tak terasa duduk lama.
DeleteBesarnya bilik!
ReplyDeleteKawasan BM ni pesat membangun sungguh skrg ni kan, lain sangat dari sebelum ni. Moden bandarnya...
Betul, rasa macam ke tempat asing.
DeleteItu bukan hotel dah.. dah level studio satu bilik.. seronok la kalau dpt cenggini.. memerap sekejap takde hal lah hahahaa...
ReplyDeleteHehe...kan! Sesekali dapat peluang gini.
DeleteKita pun kdg2 tgk bajet company.. klau ke satu tmpt tu ada yg cenggini bwa bajet mmg check in la hahahaa..
Deletemewah sekali hotelnya
ReplyDeletesaya rasa dengan fasilitas seperti itu
biaya yang dibayarkan per hari juga pasti mahal hehe
Kalau bayar sendiri memang tak ambil bilik mahal begini 😂
DeleteWah, cantik biliknya, bersih dan luas pulak tu. Tempat makan hotel pun nampak classy.
ReplyDeleteItulah...syukur Alhamdulillah!
Deletekalau suite mmg best.. kali terakhir saya stay di bilik suite, masa berbulan madu dulu.. hahaha
ReplyDeleteKira hebatlah dari kami ni, dah tua baru merasa 😄
DeleteUntung jadi ikut ya..kalo gak sayang tu..hotelnya cantik kamarnya...bisa lihat pemandangan di luar dari jendela dengan puas sambil ngopi 😁
ReplyDeleteKalau tak ikut, mau menyesal sungguh 😂
DeleteCantik view waktu senja tu
ReplyDeleteKan...
Deletebilik luas & sofa pn cantik mcm kt rumah
ReplyDeleteMemang rasa selesa macam duduk rumah 😀
Deletetido kat sofa pun sy dah terasa seronok apatah lg kawasan sekelilingnya yg lapang mcm tu
ReplyDeleteAkak baca buku kat sofa sampai tertido 😂
DeleteWalau pernah lama di Penang, tapj bukit mertajam ini saya tak pernah datang 😅. Tahu tempatnya, Krn salah satu teman kuliah rumahnya di sana. Tapi tuh lah tak pernah pergi sampai sana 😂
ReplyDeleteKalo hotel tak ada cermin di kamar agak susah juga yaa. Terkadang saya kurang suka hrs dandan di kamar mandi. Apalagi kalo jarak ke cermin agak jauh terpisahkan meja. Soalnya mata saya minus, jadi kalo nak pakai eyeliner hrs dekaaat sangat dengan cermin 😅
Haa...betul, akak pun tak suka kalau cermin berjarak dengan meja. Tak puas nak bercermin 😄
Deleteselesa biliknya...cantik sofa nya..gebu gebas..
ReplyDelete