Thursday 14 March 2024

The Light Hotel, Seberang Jaya

Hari Sabtu lalu saya dan Encik Suami ke Seberang Jaya, Pulau Pinang. Disebabkan urusan Encik Suami akan mengambil masa seharian, jadi kami memilih untuk bermalam di The Light Hotel.

Dekorasi sambutan Hari Raya menghiasi lobi hotel. Mungkin sebab pihak hotel ada menyediakan bufet buka puasa, maka hiasan begini penting dibuat awal bagi menghidupkan suasana.

Laluan menuju ke bilik penginapan kami yang terletak di tingkat 5.

Disebabkan buat tempahan hotel di saat akhir, maka kami tak dapat bilik dengan katil bersesuaian. Paling penting, dapat bilik yang selesa. Cadarnya kemas dan bersih tanpa sedikit pun cela. Bantalnya pun sangat empuk selesa.

Kemudahan yang disediakan dalam bilik. Semuanya dalam keadaan baik dan nampak bersih. Saya jadi tak ragu-ragu nak masak air dan bancuh minuman panas.

Saya pandang skrin tv, terpapar notis berkenaan kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) mulai 1 Mac 2024 kepada 8%, berbanding 6% sebelum ini. Tak perlu cepat melenting, tapi kita ambil tahu info yang tepat berkenaan kenaikan ini.
Ambil tahu supaya kita tak keliru :
  • Kenaikan SST kepada 8% tidak membabitkan keperluan asas atau harian seperti makanan dan minuman, tempat letak kenderaan, telekomunikasi, logistik, penggunaan elektrik bawah 600 kilowatt-jam (kWj) dan perkhidmatan air dirawat.
  • Sebaliknya, SST 8% itu hanya dikenakan kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan yang bukan keutamaan seperti mengunjungi pusat karaoke, hotel, loteri, mesin perjudian dan perkhidmatan e-dagang serta insurans dan takaful.
Bilik air bersih dan berfungsi baik. Saya tertarik dengan ruang tempat letak deretan sabun dan syampu, ringkas dan kemas. Kalau ada rezeki reka rumah sendiri, mungkin boleh ambil idea begini.

Pemandangan luar hotel dari jendela bilik.

Pagi Ahad, kami turun sarapan di bawah. Menariknya di sini, terdapat pelbagai pilihan makanan disediakan. Sampai susah nak memilih, semua nampak sedap. Roti canai telur dan kuetiau ni kami kongsi berdua. Sedap semuanya kena dengan selera kami.


Setakat ini dah dua kali kami menginap di The Light Hotel. Alhamdulillah belum ada pengalaman yang tak seronok. Servis memang terbaik dari detik kita masuk pintu lobi hingga keluar. Bilik penginapan yang sangat selesa dan hidangan sarapan yang memuaskan selera. Kalau pun ada kekurangan, mungkin masalah ruang parkir yang terhad ketika ada acara tertentu berlangsung di hotel ini.






.

16 comments:

  1. tertelan2 ayaqliur plk tengok roti canai telur tu kak hehehe

    ReplyDelete
  2. Tax di sana masih tak terlalu tinggi kalo compare dengan sini 😅. Nanti start 2024 ini pajak PPN malah dinaikkan jadi 12%. Pajak entertainment lebih tinggi lagi, 40% kalo tak salah.

    Baguuus hotelnya kak. Terlihat dari kamar yg kliatan selesa, dan cozy sangat ada karpet pula. Dan saya suka kalo lantai parkit begitu. Tak terlalu dingin jadinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin di sana perlu tax lebih tinggi bagi memenuhi keperluan pembangunan penduduknya yang lebih ramai berbanding di sini. Tapi kalau cecah 40% tu terlalu tinggi juga ya 😅

      Alhamdulillah…memang bilik yang sangat selesa.

      Delete
    2. Benar. Apalagi tengah membangun IKN pula. Segala hal jadi kena pajak sekarang nih. Bagi saya mungkin tak berasa, tapi banyak orang yg middle income ke bawah menjerit karena barang banyak naik tinggi. :(

      Delete
  3. Meriah dah deco raya depa...
    Sesuai dengan nama nya...hihihi
    Sukanya saya kalau dapat tidur hotel + sarapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun ada lagi deco gantung sana sini saya tak ambik gambar. Meriah macam dah nak dekat raya 😄

      Delete
  4. Cantik dekonya. Bilik hotel pun bersih kemas. View cantik.

    ReplyDelete
  5. betsnyaaa bila bilik cantik & bersih.. menu pon sedapnyaa hehe

    ReplyDelete
  6. Cantik dekorasi sambutan Hari Raya tu tak macam dekorasi di KLCC yang viral baru ni. Even last minit, dapat bilik yang yang bersih dan selesa pun dah okay sangat kan. Saya pun suka bilik air ada tempat letak toiletries macam tu, teringin juga nak buat macam tu nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perasan pulak ada kes apa yang di KLCC tu.

      Kan Fiza…moden minimalis gitu. Tak payah guna rak yang lama-lama jadi buruk.

      Delete
  7. Deco raya di the light hotel cantik . Kerap kali lalu sini tapi tak pernah check in hotel ni .. next time kalau nak short vacay area situ boleh la cuba menginap di the light hotel

    ReplyDelete
  8. Hiasan sambutan raya memang memukau.
    Daripada gambar-gambar yang diambil, hotel ini nampak mewah.

    ReplyDelete
  9. memang jarang ke seberang jaya,tapi manalah tau kalau tercampak ke sana boleh try hotel ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****