Tuesday, 12 March 2024

1 Ramadan 1445

Alhamdulillah bersyukur kita semua kerana masih diberi kesempatan oleh-Nya bertemu dengan bulan Ramadan kali ini. Masih bernafas dan masih sihat untuk menjalani ibadah puasa.

Buat pertama kali, saya dan Encik Suami memulakan Ramadan di bumi Perlis. Malam tadi Encik Suami menunaikan solat tarawih di sebuah surau kecil berhampiran kediaman kami, manakala saya melakukannya sendirian di rumah. Terasa janggal. Kebiasaannya kami sentiasa bersama, sama ada berjemaah di rumah atau sama-sama solat di surau/masjid. Eh…bukan bergaduh laki bini ya 😆, tapi atas alasan tertentu.

Menu sahur hari pertama kami - ayam bakar/panggang dengan potongan kentang dan tomato ceri. Saya masak menggunakan air fryer. Sementara tunggu ayam masak, saya buat smoothie campuran buah sejuk beku (pisang & raspberry), chia seed, air susu sejuk dan Greek yogurt. Minuman panas kena ada jugak, saya buat secawan besar green tea jenama Ahmad Tea.


Walaupun berpuasa, aktiviti menikmati alam tetap diteruskan. Berikut beberapa foto alam yang sempat saya rakamkan pada 1 Ramadan :

Perubahan indah warna langit daripada gelap ke cerah di waktu subuh. Pada bahagian langit cerah itulah nantinya muncul matahari sekitar pukul 7.30 pagi.

Sekitar pukul 9.10 pagi, saya keluar berjalan-jalan menikmati alam. Seronok dapat menikmati cahaya matahari pagi, juga hembusan angin yang bertiup kuat dan memerhatikan burung-burung bebas berterbangan. Meriah dengan pelbagai bunyi.

Berdasarkan pemerhatian saya, semenjak musim kemarau melanda saya dapati burung-burung yang ada di sekitar rumah jadi berkurangan. Tak meriah seperti sebelumnya. Burung besar dengan bulu badan berwarna coklat putih juga dah lama tak kelihatan. Mungkin semuanya berhijrah ke tempat yang lebih selesa.

Spesis burung tiong (dalam foto di atas) ni antara burung yang masih bertahan hidup di sini. Buah nona (orang tempatan panggil buah sekaya) tu memang kegemarannya. Sekarang ni buahnya masih hijau, nanti dah bertukar kemerahan (dah masak) memang jadi santapan burung tiong dan burung-burung lain juga.


Ini sajalah catatan 1 Ramadan saya dari tempat dengan suhu tinggi 38℃ ketika saya mengakhiri entri ini. Semoga Allah memberi kami di sini kekuatan dan ketabahan berpuasa ketika musim kemarau.

Buat semua sahabat blog, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN RAMADAN 😊






.

13 comments:

  1. selamat berpuasa akak dan family

    ReplyDelete
  2. Selamat berpuasa kak. Samalah kita jemaah di rumah je.
    Panas tu sampai 38 degree. Best kak pagi pagi dapat menikmati alam.
    Gambar first tu cantik macam sunset, padahal waktu sunrise.

    ReplyDelete
  3. Selamat Berpuasa PU 🌹
    Sekarang suhu > 35°C

    ReplyDelete
  4. selamat berpuasa
    Allahuakbar
    cuaca kl semlm alhamdulillah tak panas sgt
    redupp

    ReplyDelete
  5. Selamat menjalani ibadah puasa Ujie..Nasib baik masa puasa kita tidaklah panjang macam sesetengah negara kan...hihihi

    ReplyDelete
  6. Selamat menyambut bulan suci Ramadan, Mbak.
    Selamat menjalankan ibadah puasa.
    Mohon maaf lahir dan batin.

    Foto suasana paginya cantik sekali. Saya suka.

    Salam,

    ReplyDelete
  7. waaahhh buah nona tu susah dah nak jumpa sekarang! moga akak sihat selalu & dpt menunaikan ibadah spnjg Ramadhan aminn :)

    ReplyDelete
  8. Mumpung belum terlambat,selamat menunaikan ibadah puasa ya sis....menu saur nya sehat banget..ada smoothies nya, di belakang rumah kalau pagi hari masih selalu terdengar kicau burung, selalu foto "nya nampak cantik.

    ReplyDelete
  9. Selalu suka liat foto2 kakak 😍😍👍. Baguus semuanya.

    Happy fasting kak..dilancarkan semuanya sampai akhir ramadhan nanti ya

    ReplyDelete
  10. Bersahur dengan makanan menyihatkan.
    Selamat berpuasa Puan Ujie.

    ReplyDelete
  11. selamat berpuasa kak Ujie. Allahu, di KL ni pun terasa bahangnya, apatah lagi di Perlis nun

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****